5 Perkara Asas Yang Blogger Perlu Tahu

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Sedikit perkongsian berkenaan dunia blogging. Memang jelas bahawa menulis blog ni masih lagi relevan dalam kalangan kita. Tidak…

Sedikit perkongsian berkenaan dunia blogging. Memang jelas bahawa menulis blog ni masih lagi relevan dalam kalangan kita. Tidak dapat dinafikan, ramai yang setuju dengan itu. 
Walaubagaimanapun, mereka yang masih bergiat aktif dalam dunia blogging ni perlu tahu bahawa kita sudah pun melangkah ke era baru dengan teknologi yang lebih canggih & begitu juga dengan amalan kita dalam berblogging. Tengok saja sekarang ni.. Seseorang itu boleh menaip blog melalui telefon bimbit atau tab (macam aku tengah buat ni). Lihatlah betapa berkembangnya teknologi sekarang kan? 
Masih ingat lagi zaman dulu. Punyalah sampai bergaduh dengan kakak agar dapat guna broadband & komputer untuk update blog. Sekarang ni, dimana-mana pun kita boleh update blog. 

Masa lepas jogging pun sempat lagi taip entri ni. Masa ni idea mencurah-curah. So, just taip apa yang kita nak & save as draft. Bila sampai rumah, bolehlah edit mana yang patut lepas tu publish! 

5 Perkara Penting Para Blogger Perlu Tahu

1. Penulisan 

Kalau dulu, bolehlah penulisan kita panjang macam nak buat kertas karangan SPM. Ayat merapu sana sini (sampai penulis tu sendiri tak tahu apa yang mereka tulis). Dulu boleh sebab dunia blogging ni memang tengah trending dalam kalangan kita. Tapi sekarang? Tak ramai yang begitu tertarik untuk baca teks sepajang & semerapu itu . Para pembaca sekarang lebih sibuk dengan banyak benda (ada Twitter, Instagram, Facebook dan banyak lagi). Dinasihatkan agar penulisan kita lebih straight forward, ringkas dan padat dengan informasi. Memang terkadang ada saja unsur merapu yang dimasukkan dalam entri tu. Penggunaan bahasa juga penting, kalau rata-rata readers prefer Bahasa Melayu, go on tulis entri dalam BM dan begitu juga sebaliknya. Jangan pula tulis dalam Bahasa Inggeris ayat bombastic bagai, at last readers tak faham pun sebab mereka lagi prefer BM. 

2. Visual 

Aku tak tahu la sama ada aku saja  atau blogger lain pun turut perasan juga. Sekarang ni, pembaca lebih tertarik untuk tengok gambar instead of text yang panjang gila. Mereka especially orang muda akan lebih tertarik untuk baca blog itu kalau ada gambar/video. Dengan itu, perbanyakkanlah gambar dan yang penting ianya mesti ada kaitan dengan topik. Kalau ada teknik fotografi yang bagus, tu kira bonus la buat blogger tu. Start dari sekarang cuba untuk aplikasikan teknik ini.

3. Target reader/audience 

Sebelum mula tulis entri tu, cuba identify dulu background pembaca anda. Bila dah tahu siapa pembaca anda, barulah anda boleh menyesuaikan penulisan anda dengan target reader. Sebagai contoh, ada boleh guna ayat yang sempoi dan urban jika target reader anda ialah golongan muda/remaja. Begitu juga kalau target reader anda golongan berumur, sudah tentu ayat yang digunakan perlulah sedikit formal dan kemas. Kalau boleh, ELAKKAN DARIPADA MENGGUNAKAN SHORT FORM.

4. Design Blog

Ini merupakan perkara paling penting dan seharusnya dititikberat oleh para penulis nlog diluar sana. Rupa layout blog korang banyak main peranan ya. Gunakan konsep minimalist. Tidak perlu ada background music, design kerawang, fancy fonts dan sebagainya kerana ini hanya akan menganggu penglihatan para pembaca serta menggalakkan mereka untuk click button exit sebab blog anda terlalu berat dimata mereka. Gunakan konsep minimalist tu bermaksud anda aplikasikan design yang cukup simple, penggunaan warna yang harmoni dan juga menarik, background image simple & kalau boleh plain image. Kena ingat, pembaca datang blog bukan sebab nak tengok design blog kita yang “Mak aih! Macam nak pergi kenduri kahwin pula”. Mulai dari sekarang, cuba aplikasikan design yang simple dekat blog anda. Ia ia juga membantu anda untuk dapat SEO yang baik.


5. Topik Penulisan

Blog anda kena ada indentiti khas. Kalau dah tahu blog anda tu more on what, barulah kita dapat idea untuk menulis tentang topik apa. Para pembaca tak akan tertarik untuk baca blog anda jika ianya tidak ada identiti. Adalah lebih baik jika korang tak campurkan banyak genre dalam satu blog milik korang tu. Sebagai contoh, personal, hiburan, politik, isu semasa, advertorial dan banyak lagi. Nampak tak menarik. Kalau boleh dalam empat atau lima genre dah kira okay. Kalau aku, aku lebih suka orang datang ke blog aku sebab cerita yang memang datang dari aku dan bukannya pasal gossip artis ataupun apa-apa yang tak ada kaitan dengan aku. Your readers will literally feel closer to you when you write something that is related to you.  
Tujuan penulisan entri ini juga sebagai guideline untuk diri sendiri. At least kita dapat tahu serba sedikit tentang perkara yang kita perlu buat & titikberatkan bila menulis blog ni. Teruskan menulis ya! 

28 comments

  1. blog saya 100% personal. taip apa yang saya nak taip je. but for sure mmg psl personal thing je lah. but not that detail pun. hihihi. and dah try utk tidak menyemakkan design blog dgn mcm2 perhiasan. huhuhu. thanks for the tips anyway!

  2. Good! Kita sama, blog more to personal stories. Tak apa la kalau cerita tak menarik sangat asalkan kita ikhlas menulis. Yang penting, design kena la kemas dan cantik. Selesa untuk orang melawat blog anda!

  3. yang short form tu akak setuju sangat. tak boleh tahan baca blog yang guna short form. sabar je lah kadangkadang nak fahamkan maksud diorang tu heheh

  4. Papaglamz setuju. Tang fokus issue. Tp benda alah ni la ug slalu ssah utk Papaglamz buat. Kdg2 mula2 taip lain, at the end jadi lain.. Masih kne blajar lgi..

  5. Itu la. Kadang-kadang bila dah khusyuk menaip tu terus lari topik. hehe. Apa pun, blog papaglamz dah jadi blog contoh dalam mengaplikasikan penulisan yang ringkas tapi padat dengan informasi 🙂

  6. Thanks pojie kerana berkongsi tips yang berguna ni. haha apa yang pojie mention kat atas ni kebanyakannya banyak yang syed dah langgar especially part tulis direct and straight to the point tu. Kadang-kadang suka tulis merepek juga and berbunga-bunga sikit before get into the topic. Part niche tu pun sama, macam banyak sangat niche tak tahu nak fokus mana satu. Nanti saya perbaiki mana yang boleh.

  7. betul tu pojie. kelima2 prkara ni mmg penting dlm blogging.. even kita blogger, kita juga reader di blog org lain. so, mcm busyra mmg kurang suka sikit baca blog yg font susah nak di baca. hehe.. dan bab design blog tu, blog poijie mmg terbaik bab design! busyra suka masuk sini. 🙂 teruskan berblogging!

  8. #2 tu paling tak reti so selalu ambik dari stock photos je. soz not soz. haha.
    #5 tertusuk di kalbu bila baca yang ni sebab my blog memang takde niche tertentu tapi overall lebih kepada personal blog 🙂

    Nice tips btw pojie! Memang perlu ambik tahu perkara2 yang di share ni.

  9. salam ziarah..

    tq utk tips2 berguna tu…cam blog akak lebih kepada personal. so tulis pun ikut sesuka hati janji detik2 indah dalam hidup dapat dirakam utk kenangan dah tua kelak..hihi

Leave a Reply to Dairi Sally Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *