7 sebab anda perlu berkunjung ke Danau Ranau, Selatan Sumatera, Indonesia

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Selepas cerita mengenai pengalaman di Baturajah dan Muara Enim, kali ini aku ambil peluang yang ada untuk tulis…

Selepas cerita mengenai pengalaman di Baturajah dan Muara Enim, kali ini aku ambil peluang yang ada untuk tulis sedikit pengalaman dan kongsi sebab kenapa anda perlu datang ke Danau Ranau, yang terletak di Ogan Komering Ulu Selatan, South Sumatra, Indonesia. 

Kalau anda tertanya-tanya Danau Ranau itu sebenarnya apa, ia merupakan tasik kedua terbesar di Sumatera selepas Danau Toba. Ianya terhasil selepas berlakunya letusan dari gunung yang berdekatan iaitu Gunung Seminung yang mempunyai ketinggian sekitar 1881 meter diatas permukaan laut. Walaupun tidak la begitu tinggi, tapi pemandangan yang dijanjikan pasti akan memukau siapa sahaja yang melihatnya.

Peta atas menunjukkan di mana terletaknya Danau Ranau. Oh ya! Jangan keliru pula kerana ini bukan Ranau yang terdapat di Sabah ya. Hehehe… Danau bermaksud tasik, dalam bahasa Indonesia.

Sepanjang trip ini kami banyak melalui perjalanan yang agak panjang. Dari Palembang ke Baturajah, lepas tu dari Baturajah ke Danau Ranau. Jarak Danau Ranau dari Baturajah adalah sekitar 192km (4 jam 4 minit, bergantung pada keadaan jalan).

Lagi sekali, jalan di Selatan Sumatera ni tak ada la besar mana. Oleh itu, jangan terkejut kalau jarak hanya sekitar 100km pun boleh ambil masa sehingga 4 atau 5 jam lebih. Itu normal.

Aku ambil peluang sebaik mungkin untuk tidur, makan, minum dan melayari Internet (kadang-kadang signal agak memuaskan). Terima kasih lagi pihak penganjur kerana menyediakan simkad kepada kami untuk terus berhubung dialam maya (ayat skema habis).

Pejam celik, pejam celik. Akhirnya sampai juga di Danau Ranau. Masa sampai tu dah pukul 5.30 petang makanya gak bisa lihat keindahan sekitar sini. Tapi, sempat tengok sunset. Cantik yang tak terkata oi!

So, malam tu kitaorang mandi segarkan diri. Lepas tu makan malam dan karoake (selebihnya biar hanya menjadi kenangan di Danau Ranau ya. Jangan dibawa pulang ke Malaysia) BHAHAHAHA!

Banyak pula aku bebel, maaf. Tiba-tiba teruja semula nak cerita pengalaman ke sini. Tanpa membuang masa, berikut merupakan sebab mengapa anda perlu berkunjung ke Danau Ranau apabila berada di Selatan Sumatera, khususnya Ogan Komering Ulu Selatan.

1. Menghargai keindahan alam ciptaanNya

Jujur aku katakan, Danau Ranau merupakan salah satu khazanah alam yang tercantik pernah aku lihat (mungkin sebab aku ni jenis memang suka dengan alam semula jadi, so aku sangat hargai keindahan seperti ini). 
Aku boleh duduk selama yang boleh menikmati panorama yang cantik ni. Rasa seperti dari sakit terus  boleh sihat terus. Tempat ni juga sesuai untuk anda mencari ilham dalam menghasilkan sesuatu karya seperti menulis dan sebagainya. 
Jujur, kalau jadual kitaorang tak padat, mesti aku boleh siapkan kerja-kerja yang belum sempat aku selesaikan. Tapi apa pun, semua ni bergantung pada selera masing-masing kan. Ada yang suka buat kerja di restoran, pejabat dan sebagainya. 

Kalau korang berhasrat untuk datang ke sini, menginaplah sekurang-kurangnya 2 malam di sini untuk beri ruang yang cukup untuk anda hargai segala keindahan yang Danau Ranau tawarkan kepada anda.  Sudah tentu la waktu terbaik untuk menikmati pemandangan di sini ialah pada waktu matahari terbenam dan terbit.

With that, you can effortlessly shoot a stunning panoramic picture!

2. Santai bersama kawan-kawan

Travel dengan kawan-kawan (yang satu kepala) selalunya menjadi impian anak-anak muda zaman sekarang sebab masa tu la korang boleh teroka negara lain sambil gila-gila bersama dengan kawan-kawan korang. 
Bukan bab gembira je, bab susah pun kena la bersama. Baru pengalaman mengembara lebih bermakna. Adakah Danau Ranau sesuai untuk mereka yang travel bersama dengan kawan-kawan? Sudah tentu YA! 
Di sini, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang korang boleh buat sebagai contoh – santai tepi tasik, karoake (eh, again?!), buat aktiviti air dan sebagainya. Untuk penginapan, terdapat beberapa homestay terletak di sekitar Danau Ranau. Homestay yang kitaorang duduk hari tu ialah Pusri Danau Ranau
Korang juga boleh sewa bot kecil untuk bawa pusing sekitar Danau Ranau. Harga sewa bot sekitar IDR 150,000 untuk 20 minit. Jumlah bayaran mungkin berbeza mengikut pemilik bot, musim dan faktor lain. 

3. Merasai kolam air panas

Memandangkan Gunung Seminung terletak di sekitar Danau Ranau, para pengunjung juga boleh menikmati kolam air panas. Hah, dekat sini korang juga boleh luangkan masa lapang bersama dengan kawan-kawan. 
Tahap kepanasan air di sini tidaklah begitu panas. Awal-awal memang la ada rasa panas but lama-lama you’re good to enjoy the warmness. Heee!
Bayaran masuk ke kolam air adalah sekitar IDR 2,000.
4. Terjun ke dalam air tasik
Tapi kalau berendam dalam kolam air panas tu bukanlah kegemaran korang, tak mengapa anda masih lagi boleh buat aktiviti lain. Bersebelahan dengan kolam air panas, terdapat kawasan khas yang korang boleh mandi dan buat terjunan artistik. 
Paras air tidaklah begitu dalam namun adalah dinasihatkan untuk anda memakai pelampung. Bunyi macam kanak-kanak sangat kan tapi dekat sini tak ada penjaga keselamatan para pengunjung, so segala kemungkinan dan keburukan berlaku adalah tanggungjawab sendiri. 
Korang boleh sewa pelampung tu di sini. 

Keseronokan yang kitaorang alami tu masih segar lagi dalam ingatan. Setiap jeritan dan tawa riang tu betul-betul membuktikan bahawa masa tu merupakan antara pengalaman yang aku tak boleh lupakan. Kena pula trip kali ni semua masuk kepala, memang gila je la semua orang sepanjang masa.

Lagi best kalau korang datang sini beramai-ramai. Di sini juga ada orang jual makanan ringan seperti maggie dan snek untuk korang alas perut selepas sakan terjun dalam tasik!
5. Tempat ideal untuk refleksi diri
Selain itu, Danau Ranau juga destinasi yang sesuai untuk mereka yang cari ketenangan. Memandangkan belum ramai lagi pengunjung luar yang datang ke sini, tasik ini masih lagi tenang dan aman tanpa banyak pencemaran. 
Sebab tu la agaknya langit cantik je sepanjang masa. 
Korang boleh buat yoga atau apa jua cara meditasi diri yang ada. Terdapat satu jeti utama (tempat untuk bot ambil dan turunkan penumpang) boleh dijadikan sebagai tempat untuk bermeditasi kerana ia menghadap Gunung Seminung dan juga Danau Ranau. 
Pemandangan yang boleh anda nikmati adalah seperti dalam gambar di atas. 
6. Peluang mengambil gambar lanskap yang menarik
Jika anda seorang yang gemar mengambil gambar lanskap, semestinya Danau Ranau adalah tempat yang tepat buat anda. Di sini, anda boleh luang masa yang lama untuk mengambil gambar-gambar panorama sekitar Danau Ranau. 

Pemandangan setikar tasik, Pulau Marisa dan Gunung Seminung pasti menjadi kegemaran dan juga simbol ikonik bagi destinasi ni. Lepas ni, aku pasti, Danau Ranau pasti akan terkenal bukan hanya dalam kalangan orang tempatan tapi juga mereka yang datang dari luar negara.

Selain itu, kalau anda bernasib, boleh la ambil gambar-gambar orang tempatan tengah buat kerja masing-masing (tangkap ikan dan sebagainya). Tapi, kalau boleh minta la izin ataupun guna zoom lens, iaitu lens yang membolehkan anda ambil gambar tanpa perlu dekat dengan subjek. 
Sebenarnya banyak lagi gambar lanskap yang nak dikongsi, tapi biar la aku simpan dulu. Kalau ada peluang nanti aku kongsi dalam entri yang akan datang. InsyaAllah. 
7. Menikmati Ikan Mujair Kumbang
Akhir sekali, tak sah datang Danau Ranau tapi korang tak cuba ikan mujair kumbang. Yang dengar cerita saiz seperti ini hanya terdapat di sekitar Danau Ranau. 

Sebelum berangkat meninggalkan Danau Ranau, kitaorang sempat singgah salah satu restoran tempatan yang menyediakan hidangan halal untuk menikmati makan tengahari dan solat jumaat. Kebetulan rumah makan ni terletak berdekatan dengan masjid, senang la sikit.

Tak tahu nak terangkan ikan mujair kumbang ni sebenarnya ikan jenis apa (ikan tilapia mungkin), since aku pun tak berapa gemar makan ikan. Tapi yang pastinya, saiz ikan ni sangatlah besar lepas tu isi pula gebu. Bagi mereka yang minat makan ikan, mesti puas hati lah!
Siapa sangka disebabkan ikan ni, aku makan sampai 2 pinggan nasi. Sampai Mas Cumi siap cakap “

Ini budak makan banyak sekali, tapi tetap kurus“. Entah la itu satu pujian atau apa, yang penting ikan ni memang sedap. Ditambah pula dengan kuah kicap pedas manis, lengkap pakej!

Datang ke sini jangan lupa untuk rasa ikan mujair kumbang ya!

Terima kasih @ProjekTravel untuk baju yang sangat selesa ini!

Tips:
1. Terdapat jaringan pengangkutan awam untuk ke Danau Ranau. Tapi, sewa kereta adalah alternatif terbaik.
2. Anda juga boleh mendaki Gunung Seminung, pastikan anda mempunyai fizikal yang sihat dan juga jangan lupa untuk bawa air dan makanan secukupnya – tambah tenaga.
3. Jangan lupa untuk minta nombor orang yang bawa bot tu agar senang korang nak berhubung kalau ada apa-apa.
4. Bulan yang sesuai untuk anda datang ke sini ialah sekitar Julai hingga Ogos. Masa ni boleh la korang tengok bunga edelweiss mekar tumbuh di sekitar Danau Ranau.

Danau Ranau
-4.848460, 103.937430

Pusri Danau Ranau
-4.845256, 104.017748

Saksikan Video
 [Travelogue] Pesona SriWijaya VLOG #4: Enjoying our moments at Ranau Lake, South Sumatra 

Jumpa lagi dalam entri seterusnya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan siri jelajah Gerhana Matahari Total dan WonderfulSriWijaya ini! 
Ikuti pengembaraan kami ke Selatan Sumatra DI SINI

14 comments

  1. Masa aku pergi ke Bukittinggi tahun lepas, ada melawat Danau Maninjau yang lebih kurang sama seperti Danau Ranau ni. Aku dapat rasakan keajaiban dan mistik bila tengok danau ni dilitupi kabus pada awal pagi.

Leave a Reply to Nina Mads Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *