7 tempat wajib dikunjungi di Tana Toraja, Selatan Sulawesi, Indonesia

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Memang betul kata orang, Indonesia ternyata sebuah negara yang menawarkan pelbagai perkara menarik buat para pelancong yang datang…

Memang betul kata orang, Indonesia ternyata sebuah negara yang menawarkan pelbagai perkara menarik buat para pelancong yang datang di sini. Kalau anda inginkan suasana bandar yang mempunyai banyak pusat beli belah, Jakarta mungkin sesuai untuk anda. Jika anda ingin percutian berbulan madu, Bali sentiasa menjadi pilihan ramai. 
Jika anda inginkan kelainan, datanglah ke Tana Toraja, Selatan Sulawesi kerana tempat ini sesungguhnya bakal memberikan sedikit kelainan kepada anda — katanya ada mayat yang mati dan hidup semula. Betul ke? 

 Informasi mengenai Tana Toraja 

Tana Toraja Regency (Torajaland), yang terletak di Selatan Sulawesi, pernah diiktiraf sebagai destinasi pelancongan (kedua selepas Bali) oleh Kementerian Pelancongan Indonesia sejak tahun 1984. Ramai pelancong tidak kira dari dalam dan juga luar Indonesia berkunjung ke sini kerana kepercayaan dan budaya yang dimiliki oleh etnik Toraja, iaitu kaum majoriti di Tana Toraja.

Terkenal dengan nama “Land of Heavenly Kings“, Tana Toraja terbahagi kepada dua regency yang berbeza iaitu Makale (Toraja) dan juga Rantepao (Toraja Utara).

 Cara ke Tana Toraja 

Berdasarkan pengalaman sendiri

Korang boleh datang ke Tana Toraja dengan menaiki flight Air Asia dari Kuala Lumpur dan akan tiba di Lapangan Terbang Sultan Hasanuddin, Makassar. Dari Makassar, anda akan melalui perjalanan selama sekitar 6 atau 7 jam untuk sampai ke Tana Toraja. 

Walaupun terdapat pelbagai alternatif lain (naik flight atau bus), sewa supir sangatlah membantu dan untung jika anda pergi secara berkumpulan dan nak jimat masa. Keadaan jalan dari Makassar ke Tana Toraja boleh tahan mencabar jugalah.

Hampir empat kali juga la aku tidur and bangun balik siap tanya “Pak, udah sampai belum?” LOL

 Tempat-tempat perlu anda kunjungi di Tana Toraja 


1. Baby Grave


Dalam perjalanan ke upacara pengebumian, Pak Imanuel (supir) sempat juga bawa kami tengok Baby Grave iaitu wisata pertama yang aku akan kongsikan kepada korang. Nothing much. Di sini korang boleh tengok satu pokok besar yang dipercayai tempat bayi-bayi dikubur pada suatu ketika dahulu. Ada berani nak tengok dalam pokok tu tak? 
Masa melawat: 15 – 20 minit
Boleh baca cerita penuh DI SINI

2. Bori Paridinding

Tempat ini merupakan tempat dimana mayat orang dulu-dulu disimpan dengan cara yang menarik dan unik (dalam batu). Kenapa orang Toraja tak tanam je mayat tu? Menurut kepercayaan mereka, tanah mempunyai elemen suci untuk kehidupan sebab tu la mereka tak nak cemari ‘kesucian’ tanah tu. Instead of tanam, mereka pilih untuk simpan mayat tu dalam batu/gua atau dimana-mana. 

Masa melawat: 30 minit
Boleh baca cerita penuh DI SINI

3. Batu Tumonga

Batu Tumonga atau dikenali sebagai perkampungan atas awan merupakan salah satu wisata terbaik yang korang tak boleh lepas pandang bila datang Tana Toraja. Dengan kedudukannya pada paras 1400 meter di atas permukaan laut, namanya juga terdapat maksud tersendiri iaitu Batu (batu) Tumonga (sombong) bermaksud tempat ni terpinggir dan jauh dari pelbagai benda. 

Menariknya tempat ini ialah di bahagian puncak nanti korang boleh menikmati pemandangan panorama menarik Tana Toraja yang sememangnya menakjubkan!

Masa melawat: 30 minit
Boleh baca cerita penuh DI SINI
4. Londa

Lain pula cerita berlaku di Londa, iaitu gua khas dimana mayat-mayat orang Toraja di’kubur’ dekat sini. Menurut orang tempatan, semakin tinggi kedudukan mayat tersebut, semakin tinggilah status mereka masa hidup. Anda boleh masuk dan rasai sendiri suasana dekat dalam tu. Seram semacam and adalah dinasihatkan untuk tidak menyentuh tengkorak-tengkorak yang ada dekat dalam gua ni.
Dengar cerita dekat bahagian atas (tiada siapa boleh sampai) tu ada keranda & harta milik mayat orang elit Tana Toraja. Biar betul? 
Masa melawat: 20 minit



5. Kete Kesu


Jika anda nak tengok dan masuk rumah tradisional orang Toraja, boleh datang ke Kete Kesu, iaitu perkampungan yang telah mencecah usia selama 400 tahun dan dikhabarkan tidak mengalami perubahan sehingga kini. Tarikan ini juga telah diiktiraf oleh UNESCO.

Bentuk rumah ni sangat unik kan? Anda pasti kagum bila masuk dalam rumah tradisional Toraja ni. Kecik but diorang boleh survive tinggal dalam rumah ni.

Masa melawat: 20 minit

6. Pasar Bolu

Kalau korang nak tengok rutin biasa orang Toraja, boleh datang ke Pasar Bolu di mana korang boleh nampak orang-orang Toraja membeli barang-barang keperluan dan yang paling menarik di sini ialah tempat khas untuk jual/beli kerbau. Di Tana Toraja, kerbau sangatlah bernilai di sini.

Jangan lepaskan peluang untuk singgah ke sini ya!

Masa melawat: 15 – 20 minit
Boleh baca cerita penuh DI SINI

7. Toraja Funeral Ceremony 

Datang ke Tana Toraja tak sah kalau korang tak ambil peluang untuk melihat dan merasai sendiri suasana upacara pengebumian orang Toraja. Adalah sangat digalakkan untuk korang sewa supir so that dia boleh approach and minta kebenaran tuan rumah atau carikan mana-mana upacara yang sedang berlangsung pada hari-hari tertentu. Sempat juga tengok babi kena bakar hidup-hidup
Masa melawat: 30-45 minit
Boleh baca cerita penuh DI SINI
KLIK SINI untuk tonton video travelog Tana Toraja

14 comments

Leave a Reply to Jari Manis Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *