9 pelajaran hidup aku dapat ketika mengembara

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Mengembara ni tidak dapat dinafikan memang seronok. Kita dapat rasa pelbagai pengalaman menarik termasuklah melawat ke pelbagai tempat-tempat…

Mengembara ni tidak dapat dinafikan memang seronok.

Kita dapat rasa pelbagai pengalaman menarik termasuklah melawat ke pelbagai tempat-tempat cantik, cuba makanan-makanan sedap atau eksotis, beli belah barangan unik dan jumpa orang dari pelbagai latar belakang. Hmmm, bercakap pasal travelling ni, mula la gatal tangan nak cari tiket flight murah di Wego (tapi bila tengok duit dalam bank, terus terkubur hasrat tu haha). Baru perasan yang kita juga boleh search flight atau hotel di Wego.

Okay, back to topic. Sebenarnya aku nak cerita something. Aku start megembara masa umur 21 tahun. Nak kata dah banyak tempat aku pergi tu tak la juga tapi one thing for sure is aku dapat pelbagai pengajaran hidup sepanjang perjalanan meneroka dunia. Ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri.

 10 pelajaran hidup ketika mengembara 

 1. Hargai negara sendiri 

Betul orang kata sejauh mana atau secanggih mana negara kita lawati, tetap negara sendiri juga the best. Jujur, dulu aku banyak merungut pasal negara sendiri. Itu tak best, ini tak best. Tapi bila dah pergi tempat orang lain baru la aku start hargai tempat asal aku.

Makanan best.
Rasa selesa bila ke mana-mana.
Dikelilingi orang yang kita kenal dan selesa.

The smell of home is always my favourite scent.

 2. Belajar buat keputusan 

Mengembara memberikan aku peluang untuk latih diri buat keputusan sendiri. Kalau sebelum ni selalu bergantung dengan someone like parents atau adik beradik tapi kalau travel, diri sendiri la perlu buat keputusan.

Keputusan nak pergi ke mana,
keputusan pilih cara untuk ke sesuatu tempat,
keputusan untuk selesaikan apa jua masalah terjadi semasa travel,
dan banyak lagi.

 3. Besabar 

Ini antara salah satu nilai paling berharga yang aku pelajari semasa mengembara, bersabar. Masa pergi tempat orang, macam-macam dugaan yang kita akan hadapi seperti kena tipu, tertinggal kenderaan dan sesat tengah jalan.

Pernah satu masa di Georgia. Selepas mengharungi perjalanan yang agak memenatkan dari London, kami sesat nak cari tempat penginapan. Time tu pula awal pagi dan cuaca sejuk yang amat. Rasa nak jerit dan maki sekuat yang boleh tapi fikir balik tak ada gunanya aku berbuat demikian. Tak selesaikan masalah pun. Aku sabar dan quickly cari jalan penyelesaian daripada sakit kesejukan.

Mengembara mengajar aku untuk sentiasa kawal emosi. Sebab tu orang jarang nampak aku marah. Eh, ye ke? HAHA.

 4. Mengenali corak hidup orang lain 

Dapat mengenali corak hidup orang lain merupakan salah satu pengalaman unik dan berharga yang aku dapat semasa mengembara. Aku pasti belajar benda baharu dari setiap bandar atau negara yang aku lawati kerana mereka mempunyai kepercayaan yang berbeza, cara hidup yang berlainan dari kita dan juga cara layanan mereka terhadap orang lain.

Indah bukan?

 5.Tambah kenalan 

Dalam sedar tak sedar, dah ramai kenalan yang aku ada dari berbagai negara. Ini la yang dikatakan from a stranger to a best friend. Sepanjang aku mengembara, aku dapat kenal ramai orang datang dari pelbagai latar belakang. Dapatlah berkongsi pendapat tentang negara sendiri, cerita mengenai hidup mereka dan banyak lagi.

Kelebihan bila buat kawan dari luar negara ni ialah kita boleh dapatkan pertolongan apabila berpeluang untuk travel ke negara mereka lagi. Boleh dapatkan tips, recommendation dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, kita juga boleh tunjuk keindahan tempat kita bila mereka datang ke negara kita.

Make friend with the locals. You’ll be surprised.

 6. Jadi lebih berani 

“Travel la sejauh yang boleh. Keluar la dari comfort zone anda”.

Itulah ayat yang selalu aku ungkapkan pada diri sendiri. Travel ni terdiri dalam pelbagai bentuk – pergi dengan family, kawan-kawan, pasangan hidup serta melalui agensi pelancongan. Tak kisah la apa jua cara kita mengembara, pasti ia akan sedikit sebanyak mengajar kita untuk lebih berani dalam hidup.

Kita lebih berani berdepan dengan orang lain.
Kita lebih berani mengambil risiko.
Kita lebih berani menjejakkan kaki ke tempat asing.

 7. Buang rasa malu, rajinkan bertanya 

Kalau nak ikutkan, aku ni jenis pendiam senang kata introvert la (Eh, ye ke?). Sebelum ni mulut aku ni rasa berat sangat nak bertanya. Entah la. Mungkin sebab rasa malu kot.

Masa awal-awal travel tu aku tak banyak tanya sangat sampai one point aku sedar bahawa pentingnya bertanya kalau nak survive dalam hidup. Betul la ada satu pepatah mengatakan malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut. Aku pernah tertinggal tren di Jepun sebab terlalu percaya pada naluri sendiri instead of bertanya dekat orang tempatan.

Lesson learned. Always remember, tak salah dan tak rugi kalau bertanya.

 8.Menyedari bahawa besar sungguh kuasaNya 

Tak perlu tulis panjang-panjang untuk buktikan yang ini. Kalau anda nak tahu, go out and see the world. Anda akan sedar betapa hebatnya kuasa Dia.

Tears drop like a waterfall.

 9. Merasai perbezaan hidup 

Mengembara beri aku peluang untuk merasai kehidupan orang lain. Bukan semua orang dalam dunia ni hidup sesenang kita. Ketika anda sedang baring atau duduk di tempat yang selesa ketika membaca artikel ini tapi orang lain diluar sana mungkin ada yang tengah susah payah mencari tempat berteduh dan seharian tak makan.

Salah satu pengalaman yang aku tak boleh lupakan ialah semasa mengembara di Ladakh, India. Aku kagum dengan kekuatan mereka menjalani kehidupan walaupun dalam serba kekurangan. Rumah asal ada, sumber makanan pun agak terhad, cuaca pula boleh tahan mencabar, tapi still mereka tak lokek untuk senyum kat orang lain.

Dari situ juga aku belajar bahawa kebahagiaan itu bukan hanya bergantung pada harta atau kekayaan yang kita miliki.

Itu saja perkongsian aku buat masa ni. Anda pula bagaimana?

Aku akan selalu doa agar kita diberikan rezeki dan dikurniakan kesihatan baik agar berpeluang untuk mengembara ke banyak tempat dan belajar banyak hal lagi. Amin.

Okay, jom sambung berangan sambil search tiket atau hotel murah di Wego.

5 comments

  1. This is truly inspiring, Pojie! I just started to travel so I guess I still need to learn more from travellers like you and others.

    Keep on inspiring and flying high!

  2. Yup, being away from home gives us a different perspective about our home. We start to appreciate what we usually take for granted.

  3. pojie INTROVERT??? sesuatu yg meragukan, kbye! HAHHAHA btw i absolutely agree part BELAJAR BUAT KEPUTUSAN especially bila kena spontaneous decide sbb sesat ke or whatsoever huhu i do learn a lot too!

Leave a Reply to CikguAyudotMy Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *