Ada berani?

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada para pembaca yang masih lagi setia untuk membaca blog ini. Diharapkan semua sentiasa…

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada para pembaca yang masih lagi setia untuk membaca blog ini. Diharapkan semua sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera. Kepada yang masih bercuti, bagaimana cuti anda? Hope anda dapat enjoy masa cuti anda. Kepada yang masih bertungkus lumus untuk berperang dalam bilik peperiksaan, diharapkan anda semua dapat menjawab soalan dalam keadaan yang tenang. InsyaAllah, keputusan yang baik akan ada dalam tangan anda jika anda menjawab dengan baik. Bersempena dengan cuti yang tak berapa nak panjang ni, aku ada sesuatu untuk para pembaca. Hadiah? Bukan. Ini merupakan perkara yang jarang dilalukan oleh orang diluar sana. Apa dia? Menunjukkan gambar&kisah daripada kecil hinggalah kini.


Mengapa dengan ADA BERANI?

Dengan ini, saya dengan berani dan tidak malunya ingin mendedahkan cerita dan sejarah pojiegraphy daripada kecil hinggalah besar. Tak salah kan?

Setiap manusia di luar sana mempunyai sejarah masing-masing.

pojiegraphy pada masa dulu merupakan seorang budak kecil yang mempunyai pendidikan seawal tadika iaitu di Tadika St. Paul, Kolopis, Sabah. Selepas habis waktu tadika, dia melanjutkan pelajarannya di Sekolah Rendah Kebangsaan St.Paul. Sampai ke darjah dua, dia berpindah ke Sekolah Kebangsaan Kibabaig dan telah mengambil peperiksaan UPSR di sekolah tersebut. Keputusan? Alhamdulillah, LULUS. Selepas itu, dia dapat peluang untuk melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Menengah St Michael. Di sekolah itu juga dia berjaya menduduki peperiksaan PMR dan sekali gus mendapat keputusan LULUS walaupun kurang memuaskan. Selepas itu, keluarganya bercadang untuk menghantar dia ke Semenanjung Malaysia. Dia sempat memasuki Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 11, Shah Alam sebelum berpindah ke Sekolah Menengah Teknik, Shah Alam. Di sekolah teknik inilah menjadi penentu hala tuju dia selepas ini. Pengaturcaraan Komputer ialah kursus yang diambil olehnya di sekolah tersebut. Akhirnya, berjaya menduduki peperiksaan di sekolah tersebut dan mendapat keputusan yang memuaskan. Berkat dan doa ahli keluarga dan rakan-rakannya, dia kini menyambung pengajiannya di Universiti Teknologi Mara, Kampus Alor Gajah, Melaka.

hmmpph, what a quite short stories about studies life. Daripada awal sampailah ke akhirnya, banyak benda yang aku belajar. Macam-macamlah. Thanks kepada cikgu-cikgu yang telah bertungkus lumus dan begitu juga kepada ahli keluarga aku yang berjaya menjadikan aku seorang ‘MANUSIA’.


Disamping itu, aku ada sesuatu untuk korang. Dibawah ini adalah gambar-gambar yang sempat aku petik.


#1 : Gambar ketika aku berumur 4 tahun. Bersama dengan Shahril Affendi, iaitu abang aku. Masa ini? Aku cuma mampu bermain dengan permainan permainan seperti kereta mainan dan sebagainya.

#2 : Gambar ini ketika aku berumur 5 tahun. Sama juga, bersama dengan abang aku. Beliaulah yang sering temankan aku bermain pada suatu ketika dahulu.

#3 : Gambar ini ketika aku berumur 10 tahun. Gambar ketika raya pada sekitar tahun 2003 bersama dengan saudara mara.

#4 : Gambar ini ketika aku berumur 13 tahun. Masa bercuti di Kuala Lumpur bersama dengan adik-beradik. Gambar ini juga aku bersama dengan adik, Fareez Izhwan.

#5 : Gambar ini pula ketika aku berumur 15 tahun. Hmm, saje posing untuk salah satu laman sosial yang top pada waktu itu, Friendster.

#6 : Gambar ini ketika aku berumur 16 tahun. Botak? Yes, masa ini aku dah masuk sekolah teknik. So, botaklah jadinya.

#7 : Ketika berumur awal 17 tahun. Dah berani bawak handset pergi sekolah kan? Yelah, zaman tu semua takut takut lagi nak bawak telefon bimbit ke sekolah. Takut kena rampas katanya.


#8 : Ketika selesai dengan peperiksaan SPM. Macam ni la aku ketika menunggu keputusan SPM.

#9 : Sempat juga mendapat panggilan daripada Karangkraf. Masa ini hampir hampir keputusan SPM keluar.



#10: Zaman kegemilangan, mendapat anugerah pelajar cemerlang mengikut keputusan SPM


dan akhir sekali,




#11: Gambar terkini, menjadi seorang pelajar di sebuah universiti awam Melaka.

Dapat tak sedikit gambaran? Hmm, aku pasti ini sesuatu yang tak ramai orang buat atau lakukan. Berani? Cubalah! 🙂


See you guys later for the next entry.
Regards, Pojiegraphy.

3 comments

Leave a Reply to sarah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *