Bershooting = Kurus + Gelap

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email *kesat peluh sebelum mula menulis* Ayuh kita tengok lagi sesi shooting yang dijalankan oleh pojiegraphy dan rakan-rakannya. Bertempat…

*kesat peluh sebelum mula menulis*
Ayuh kita tengok lagi sesi shooting yang dijalankan oleh pojiegraphy dan rakan-rakannya. Bertempat di? Sudah tentulah kota Melaka. Since ini merupakan assignment yang dah memang last minute nak selesaikan, so terpaksalah buat sesi shooting dalam area melaka sahaja, yang pasti bandar melaka. Walaupun sudah hampir setahun shooting dekat ni, tetap juga meneruskan sesi shooting walaupun dengan subjek yang sama. Mana tahu dapat cari sudut yang berbeza daripada subjek yang sama? 🙂
Jom Jom Jom
Hai cik adik, kakak serta abang. Jangan pelik ya, aku memang nak pergi shooting tapi lagaknya duduk macam boss besar nak hadir meeting pulak. T-shirt untuk meeting? Boss besar zaman sekarang namanya. BAHAHAHA
Tidak lupa, salah satu subjek pelik serta aneh yang sempat aku shoot. Orang kata, “sambil kita menyelam, sambil tu kita boleh minum air”. Dalam pada kita nak buat kerja ini, apa kata kita buat sekali kerja yang lain selagi ada masa/peluang. Sebelum tu, maaf ya Afiq Ashmir sebab aku terpaksa post gambar hang dalam blog ini. Bukan itu yang kau nak? Lebih glamor daripada biasa bukan?
Tidak lupa, ucapan Assalamualaikum dan Salam Sejahtera diucapkan kepada para pembaca!
;]
Sesi shooting #1, suka suka. Apa ni? buat assignment ke apo?
Mek, jangan hairan bila kita kena marah dengan lecturer disebabkan kelalaian kita semasa shooting. Hua Hua Hua
Memperkenalkan, Amirul Syafiq Razali. Jarang ‘mencapap’ dalam blog aku ni. Malu-malu katanya.
Mba endon yang sempat aku shoot. Dah macam ala-ala akak indon dah.
tips untuk shooting #1
Jikalau anda ingin mengambil seseorang itu, adalah sebaik-baiknya korang cuba duduk sebelah orang tersebut dan cuba untuk bercakap dengannya sebaik-baik mungkin. Extra tips ; bagi rokok, mungkin?. Dan seterusnya, cuba meminta izin dari mereka untuk mengambil gambar. Jangan sesekali korang mengambil gambar orang tersebut dari jauh dan setelah korang sedar yang mereka telah sedar bahawa anda tengah mengambil gambar mereka time tu la korang baru nak dekat dengan dia dan meminta izin. Oh no, itu salah ya adik-adik.
Watch out! Its hot and sunny day right here.
Tulah, kamera pantang nak shoot gambar aku. Once dia dah start shooting, habislah.
Apa kena dengan entri kali ini? Tiada kaitan lansung dengan isi-isinya… haip! kejap!
Haaa, mai dekat-dekat. Nak share something untuk korang. Untuk semua individu terutamanya yang bukanlah golongan yang terlibat dalam bidang photography ni, cheq ada benda nak habaq dekat korang semua. Bila bershooting di kawasan luar, janganlah korang hairan apabila badan korang terasa lenguh semacam, terasa kurang selesa semacam dan terasa panas semacam kerana itu merupakan perkara yang sangat normal apabila anda menjalani sesi shooting di luar kawasan bangunan (outdoor shooting). Dengan itu, janganlah korang terkejut apabila balik rumah/kolej, anda sedar bahawa kulit anda semakin gelap. Jangan pula korang tanya dekat diri korang “Eh! adakah kicap tertumpah atas badan aku tadi?”. Perkara ini sesungguhnya sangat biasa bagi kitaorang yang sememangnya giat aktif dalam bidang bershooting ni. Eceh, dann dann.
Tapi…. jangan lupa. Selepas shooting tu, mestilah ada habuannya…
Jom pekena coconut shake special, sluuuuurp! Sangat sesuai untuk hari panas dan badan yang tengah melekit terasa kepanasannya. Selain daripada cendol, coconut shake juga menjadi kegemaran aku dan sesetengah geng shooting aku ni.
Deeeng, sangatlah menarik perhatian untuk merasainya.
Nyumm nyumm bukan?
Perhatian, aku bukanlah duta bagi minumam ini. Saja nak bagi orang yang gemar minum coconut shake ni jeles sedikit apabila menatap gambar ini.
Rasanya watak bermuka nak kiut gedik semacam tu takperlulah kot mek, takut orang ramai taknak rasa minuman ni pulak.
Tak puas tengok gambar-gambar aku? Cewah!
Nah, untuk korang semua!
#1
#2
#3
Hasil tangkapan daripada Mek @ Penjual jamu yang hebat lagi hangat di pasaran.
The most best part apabila bershooting ialah masa nak balik ….
Kenapa ya? …..

Aku dapat duduk seat belakang. Fewah, tengok ah. Aku dapat berlagak ala-ala boss lagi. Walaupun penat, tetap maintain cool and fresh.
Untuk Entri seterusnya, aku akan tulis serba sedikit TIPS UNTUK BUAT PERSEDIAAN MELAKUKAN AKTIVITI (OUTDOOR SHOOTING).
Nantikan entri seterusnya ya kawan kawan. Jangan lupa untuk klik button dibawah ini untuk mengetahui segala updates dari pojiegraphy :]

Wants my updates?


5 comments

  1. hehehehe..memang best laaa..btw..memang cantik2 pic yang kamu snap tu..lalala..then tempat2 yang kamu snap tu sume memang selalu aye g..al;mklum ler aye kan anak jati melaka

Leave a Reply to Iskandar Al-Haziq Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *