Cerita Sama, Pengalaman Baru.

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email /Sebagai gambar pembuka selera kepada semua pembaca!/Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca. Agak-agaklah, berapa lama kita tidak…


/Sebagai gambar pembuka selera kepada semua pembaca!/

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca. Agak-agaklah, berapa lama kita tidak ketemu? Agak lama kan? Harap semua pembaca sihat sejahtera disisi orang yang tersayang mahupun bukan tersayang. Yang penting korang maintain sihat dan masih mampu untuk membuka blog aku ini. Maaflah, tuan punya blog tidak dapat membuat entri terbaru dalam masa terdekat sebelum ini. Busy dengan pelbagai benda. So far? Hmmm, macam ini je la. Tiada apa-apa perubahan. Ada masalah, berjaya untuk selesaikannya, ada masalah, tetap berjaya untuk menyelesaikannya. Namun, tetap parah pada dalamannya walaupun masalah sudah pun berjaya di selesaikan. Sebelum terlupa, kepada semua pembaca secara tersembunyi dan tersorok, selamat membaca entri aku ini ek. (Baru perasan ada pembaca secara senyap-senyap dekat suatu lokasi yang kurang dikenal pasti) Hikhikhik

Kehidupan sebagai siswa tahun 2 bukanlah seperti yang aku sangkakan. Sudah berapa kali saya uar-uarkan isu ini dalam blog diharap para pembaca tidaklah menjadi bosan membaca isu ini ek. Jadi pelajar semester 2 dalam bidang art & design sangat parah. Lagi-lagi kitaorang la yang menjadi batch pertama hanya ada 5 sem berbanding sem sem lepas, diorang ada 6 sem. Disebabkan 5 sem sahaja itulah yang menjadi diri ini terasa lebih parah. Mak aiih, bukan main parah lagi. Dimana dengan lukisan itu, lukisan ini, shooting itu, shooting ini, gambar itu, gambar ini, pergi studio, terpaksa kejar utk mencari lecture nak proceed assignments and bermacam-macam lagi. So, masa untuk berehat, tukar baju memang tiada lagi. Inikan pula nak makan, jangan hairanlah kalau orang yang tamak dan kuat makan seperti aku ini hanya makan roti sosej yang dibeli dekat cafe berdekatan sekadar untuk meneruskan ‘Kehidupan’ (Bunyi agak sedih kan?). Apa yang aku harap, dalam minggu yang ke 9 atau 10 tiadalah lagi rasa penat macam ini. Giler kentaaanglah! Kalau hari-hari buat benda ni benda yang sama, memang tiada life la aku nanti. Sebenarnya, bukan nak merungut atau apa, just nak berkongsi apa yang aku rasa. Salahkah aku? Yalah, agar budak-budak yang bakal menjejaki dunia Universiti dapat menyiapkan metal mereka dengan sebaik mungkin dan akan tahu apa yang mereka akan alamai lebih-lebih lagi menjadi seorang pelajar Seni Lukis dan Seni Reka. Dan demikianlah cerita sebagai pelajar tahun kedua. Betapa kejam dan bahagianya diri ini bergelar seorang siswa.

/thanks to wada safri kerana menjadi pemandu yang berhemah/

Lebih mendalam lagi, sebagai pelajar Art & Design yang mengambil bidang Photography. Senangkan? Snap gambar, edit sikit lepas tu proceed dekat lecturer or terus submit je dekat lecturer. Nampak sangat ringkas dan senang. Jadi pelajar Fotografilah course yang dianggap sebagai course yang mudah untuk diambil. Sesiapa yang sedang mengambil jurusan Photography itu, marilah kita bersama-sama menangis apabila mendengar budak-budak luar berkata “Ala! Setakat photography tu, Kacang je beb!”. Marilah kita berkabung disebabkan statement tersebut.

/sketsa sebelum bermulanya sesi shooting gambar/

/ambil la gambar lain, bukan kitaorang. Takkan nak hantar gambar kitorang? Karang kena slash lagi/

/Jadi model untuk assignment mek/

Tugasan terbaru kitaorang ialah MELAKA. Semuanya tentang Melaka. Ada apa yang perlu dilakukan dengan Melaka? Shootinglah beb!
Kali ini diberi tugasan yang agak berat, tapi Alhamdulillah dapat juga menyelesaikan tugasan tersebut WALAUPUN!.


/oh adik manis/

/behind the scene/

Kerja-kerja tersebut terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu bahagian PERTAMA. Shooting gambar berkonsepkan Hitam dan Putih (Journalism, Fine Art, Architecture, and Landscape) manakala bahagian KEDUA pula Terpaksa membuat shooting untuk kaji Colour Temperature (Merah, Kuning, Hijau, Biru dan juga Oren) dan dibawah ini merupakan Senarai gambar-gambar yang telah aku shoot. Tidaklah begitu cantik dan juga tidaklah begitu buruk. (Kalau ada comment yang bernas, silalah jatuhkan comment anda ya).

Journalism

Haaaa, yang ini sudah menjadi konsep yang sangat popular dalam kalangan pelajar photography. Cakap saja journalism, memang diorang tahulah! Sebenarnya, shooting untuk journalism ini bukanlah suatu yang senang untuk dilakukan kerana ianya melibatkan perasaan, ekspresi muka, dan juga gerak geri tubuh badan seseorang itu. Untuk yang ini, kebanyakkannya orang akan shoot untuk menggambarkan kesusahan yang dialamai seseorang itu, payah yang dihadapi dan juga kesedihan yang dirasai oleh setiap orang. Contohnya, gambar-gambar yang di ambil pada waktu berlakunya rusuhan besar-besaran di Mesir. Ramai yang cedera, ramai yang terputus bekalan dan juga ramai yang hilang rasa selamat apabila berdiri di negara sendiri. Disitu, macam-macam kita boleh shoot untuk journalism. Haa, yang ini shot daripada aku.

Lokasi : Bukit St John.

Lokasi : Portuguese Settlement

Lokasi : Portuguese Settlement

Lokasi : Portuguese Settlement

Landscape

Yang ini, mudah dan senang. Hanya menunjukkan permandangan sesuatu tempat. Kebiasaannya, mereka akan membuat shooting jauh daripada subject utama sebagai contoh Taman atau Pondok kecil. Dengan adanya jarak jauh, maka effect landscape itu akan ada. Yang ini adalah hasil gambar yang aku shoot.

Lokasi : Menara Taming Sari

Lokasi : Jonker Street, Malacca.

Lokasi : Portuguese Settlement

Fine Art

Ramai yang salah ertikan konsep yang ini. Para pelajar menyangka bahawa Fine Art ini adalah benda yang kita shooting yang ada kaitan dengan seni halus. Seperti lukisan, arca-arca dan juga corak-corak yang menarik pada mana-mana dinding yang mempunyai unsur seni halus. Sebenarnya, Fine Art ini adalah satu shooting yang melibatkan sesuatu yang ada makna tersirat. Tidak kisahlah shooting itu berbentuk apa, kucing yang tengah makan sayur kubis ke, manusia yang boleh terbang ke, apa-apa sajalah yang mempunyai maksud tersirat dan apabila kita melihat gambar tersebut, secara automatiknya kita tahu apa cerita di sebalik gambar tersebut tanpa sebarang penerangan daripada mana-mana pihak. Dan berikut merupakan gambar Fine Art yang sempat aku shoot (Aku juga turut tergolong dalam kalangan pelajar yang menyangka Fine Art itu adalah apa-apa saja yang ada kaitan dengan Seni Halus).

Lokasi : Jonker Walk, Malacca.

Lokasi : Jonker Walk, Malacca.

Lokasi : Jonker Walk, Malacca.

Lokasi : Jonker Walk, Malacca.

Colour Temperature

Bagi shooting yang ini pulak, NOTHING MUCH. Its just we have to play with the colour. The White Balace and Colour Temperature is the main key for this. Ada rasa nak try untuk shooting yang ini? Cubalah! Selamat Berjaya.

Red
Location : Jonker Street, Malacca.

Blue
Lokasi : Jonker Walk, Malacca.

Orange
Lokasi : Jonker Walk, Malacca.


Dan, Terima Kasih juga kepada rakan-rakan yang turut membantu dalam menjalankan shooting tersebut dan juga rakan-rakan yang turut serta bersama dalam misi mengejar gambar iaitu Mek, Wada, Rauf, Mony, Syafiq, Maula, Syuk dan juga Zul.

/mony, rauf, pojie, wada/

/scene 2/

/kesian mek xdapat bergambar dengan aku. HAHAHA/

Sesi Tugasan kedua Shooting Dalam Studio Photography
Kali ini, jangan hairan kalau aku juga turut menjadi model dalam shooting tersebut. Dah memang kekurangan model, so angkut je la mana yang ada. Tengoklah, sejak jadi photographer ini, peluang menjadi model cuma ada apabila betul-betul tidak ada model. /sigh/ Terimalah kenyataan yang memang sudah nyata.

Inilah Antara shooting terbaru yang dibuat dalam Studio.
Selepas Basic Lighting. Kali ini kitaorang dikerah untuk membuat tiga lagi shooting, Ratio, Low Key dan High Key.
Shooting bagi Ratio belum lagi sempat disiapkan dan berikut merupakan Shot bagi Low Key dan High Key.


Dengan ini, kami telah sah berkahwin. /Tak boleh blah!/

/Sesi bergambar secara suka-suki./

/am i look too akward?/

/Mek dengan gambar ala-ala Dato’ Siti lagi. HAHA!/

HIGH KEY
Model : Idzni


LOW KEY
Model : Mek
Jangan biarkan hati rasa kurang selesa dan tidak senang. Marilah bergembira bersama!

/sketsa pada waktu petang bersama dengan pelakon wanita baru popular : Skolu/

Salam Maulidur Rasul kepada semua.
Teruskan membaca blog aku ok.
Sebelum itu, terima kasih juga kepada rakan-rakan aku yang sanggup tunggu dan terus mengingatkan aku untuk terus membuat entri terbaru! Sayang korang semua.
p/s : Walau engkau jahat terhadap daku, daku tetap sayang engkau!
Regards, Pojiegraphy.

12 comments

  1. nice! great job pojie..erm bukan sng bidg art n desgn ni,,akan menyusul xlame lagi..hehe..

    p/s: teruslah menulis blog n entry2 yg best~~

Leave a Reply to Qarl Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *