He miss 5PK so much.

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Salam to all the readers! Bertemu lagi kita. Jangan risau, entry kali ini tidaklah begitu panjang. Korang mesti…

Salam to all the readers! Bertemu lagi kita. Jangan risau, entry kali ini tidaklah begitu panjang. Korang mesti dah jenuh baca ayat tunggang langgang aku tu kan? Maafkan aku ye, bila aku dah mabuk, aku tidak berhenti menaip kerana itulah diri aku. Apa khabar semua pembaca? Ada sihat? Ada cantik? Ada handsome? Oh, bagus bagus. Haaaaa… Mari kita dapatkan mood untuk entry kali ini. Eh, tahulah some budak form 5 tahun ni dah habis exam. Tapi aku tetap juga nak bawak korang ke alam persekolahan, walaupun sebenarnya korang masih lagi berada dalam alam persekolahan itu. Ingat lagi aku, paper terakhir merupakan saat yang paling best dalam hidup. Yelah, ringan sudah kepala otak nak fikir banyak benda. Nak hafal itu, nak hafal ini. Adui, naik jenuh aku membaca. Tapi syukur, syukur dan syukur aku sudah lepas azab itu. Tapi…… Aku tetap rindu saat-saat masa tu. Memang tidak boleh dilupakan sampai bila-bila dan ke bila-bila. Yelah, benda ini akan berlaku sekali dalam seumur hidup kita. Anda punya remote control yang mampu mengulang kembali masa silam? Bak sini, aku nak pinjam!

“Cerita 5 Pengaturcaraan Komputer 2009 bermula pada 11 Febuary 2009”
Dari awal, aku telah belajar dan mula duduk dalam keadaan dan suasana yang berbeza. Rakan yang berbeza, tempat yang berbeza. Lihat sajalah, selepas aku habis PMR 2008 dulu, aku terus disumbat ke shah alam untuk suatu proses menaiktarafkan diri yang mundur ini. Dengan bahasa/slank yang sangat kelakar, dengan cara yang sangat berbeza. Pada awalnya, memang berbeza dan sangatlah janggal. Merindui rakan-rakan di Kota Kinabalu sangatlah teramat pada waktu itu, tiada siapa yang tahu betapa rindunya aku dekat kawan-kawan dekat KK. Berjalan-jalan, gelak ketawa, dan macam macam lagi. Terasa menyesal pindah ke shah alam pun ada juga, tapi keputusan sudah dibuat. Semua berjalan dengan kurang baik, kerana aku sukar untuk menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar teknik yang menginap di hostel sekolah. Macam-macam perkara baru yang aku buat.
Barisan-barisan pelakon bagi drama 5Pk ini merupakan Mohd Shahril Fawzy selaku ketua kelas dibantu oleh Farah Amira sebagai seorang penolong ketua kelas seterusnya Nur Ellina bte Ismail, Hakimi Yunus, Hazim Hasbullah, Azri Nasir, Siva Shankary, Siti Umirah, Nur Amalina, Nor Zaemah, Nur Farhana, Jaganathan, Zuleffendy, Nurul Adlina, Gurumoorthi, dan juga Khairul Ashraf. Dan untuk pengetahuan para pembaca, mereka merupakan barisan pelakon yang paling berjaya di Sekolah Menengah Teknik Shah Alam pada masa itu. Merekalah selalu berada di tangga atas carta. Siapa tak kenal nama kelas yang pernah dinobatkan sebagai kelas yang agak nakal masa perhimpunan dengan anugerah kelas yang bermain tepung, telur, serbuk kunyit dalam kawasan kelas. Nah, ambik kau! Memang takleh tahan masa itu. Apa kes ni? Ketua Kelas pun turut serta buat plan nak kenakan anak-anak buah beliau. Masa itu, salah seorang pelakon 5PK menyambut hari jadi pada hari tersebut, 15 Minit selepas Puan Sarimah selaku guru Fundamentals of Programming keluar, apa lagi, semua budak main baling telur, baling serbuk kunyit semua. Ada yang tak bersalah pun kena, naik kesian aku tengok. Keesokkan harinya, nama kelas naik sewaktu perhimpunan. Semua pelakon 5Pk2009 dipanggil dan diberikan hukuman rotan. Pergh! Sedap siot.
Antara kenangan yang terindah untuk kita orang ialah, Makmal Komputer PK.
Tempat ni sangat banyak kenangan, org usha video, org usha myspace, org main game, org mengutuk, org bermain sms/call lover.
Disinilah tempatnya, Jangan hairan kalau budak-budak masih berada dalam makmal walaupun waktu sekolah sudah habis. Saja, rajin nak buat assesstment. Disini juga kitaorg menghabiskan masa disekolah untuk membuat projek/programming. Disini juga kitaorg dicuci telinga oleh cikgu-cikgu Programming. Kalau kelas petang, disinilah kitaorg lepak sementara cikgu nak datang. Pasang PC masing-masing, cucuk pendrive lepas tu main game. Ada yang online, ada yang bukak myspace, ada yang bukak facebook (walaupun pada masa itu facebook masih lagi kurang terkenal), ada yang menonton video lagu, ada juga yang tidur. Bila dalam kelas, masa cikgu belum datang. Ada je lah kelompok yang kutuk-mengutuk, ngumpat-mengumpat, bukan nak belajar tapi kutuk-kutuk orang.

Potrait terakhir untuk Kelas 5PK 2009 bersama dengan guru kelas, Puan Sarimah.
Sedih dan rindu rasanya dekat korang semua, bilalah dapat jumpa and lepak-lepak. kan?
Teringat lagi kenangan-kenangan masa dekat sekolah dulu.


Gambar di atas merupakan gambar yang direka oleh Pojiegraphy sebagai Senior Page 2009.

Tugas menjadi lebih rumit apabila diri ini dilantik sebagai Ketua Editor majalah sekolah 2009.
Bukan senang, nak urus hal majalah, nak urus shooting yang tak seberapa nak shoot itu, nak arah orang, nak bagi penerangan, manalah aku pandai nak buat semua itu. Tapi, Alhamdulillah! Majalah IMEJ 2009 berjaya diterbitkan dengan jayanya. Cantik pulak Cover Majalah itu. Siapalah yang design kan? Hahaha.
PSSTTT! Nak tengok cerita-cerita dulu masa sekolah?
Silalah click link dibawah
dan banyak lagi, tetapi tidak termampu aku untuk share dekat korang.
Eh, dah pukul 1.24am, pagi pulak aku kena pergi kerja. Okaylah kawan-kawan, nanti kita akan bertemu lagi. Stay tuned.
p/s : tarik tarik hingus, sambil kesat air mata mengenangkan kenangan semasa di sekolah dulu. aku rindu kawan-kawan sekolah aku!
Regards, Pojiegraphy

3 comments

Leave a Reply to Raji and Yeen Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *