Lawati 4 tempat menarik di Jeju secara percuma!

Tarikan percuma di Jeju Island, why not?! 😉

Sharing is caring!

Cakap je pasal Jeju mesti fikiran korang dah terbayang tentang kecantikan pulau di Korea ini yang selalu keluar dalam KDrama. Lagi-lagi, sekarang ni bukanlah susah untuk pergi ke Jeju sebab ada banyak flight yang direct dari KL ke pulau ini. So, kalini aku berpeluang untuk meneroka tarikan alam semula jadi yang ada di Korea khususnya Pulau Jeju pada musim luruh.


Tambah best lagi, disebabkan aku pergi pada musim luruh, aku tetapkan misi untuk meneroka nature wonders di sini. So aku decide untuk pergi tengok tempat-tempat nature and of course (Instagrammable) dekat di sini. I discovered Olle!

Olle ni actually adalah sebutan orang local yang bermaksud narrow path dari jalanraya ke rumah. Dari segi pelancongan pula, Olle ni adalah walkin trails untuk sepanjang pulau ni. Terdapat 26 routes di Olle Jjeu ini dan setiap laluan ada keistimewaannya sendiri. Ada yang pass through small villages, pantai, hutan, kebu dan sebagianya. Menarik kan?

Jadi di bawah ini aku nak sharekan beberapa Olle yang aku explore dan tempat nature yang best untuk bersantai di Jeju!

 

Saebyeoul Oreum

Sebenarnya Jeju ni cukup terkenal sebagai kingdoms of Oreum. Aku decide untuk pergi Saebyeoul Oreum kerana view nya yang cantik sangat. Bayangkanlah bukit tu semua dipenuhi dengan Silvergrass. Saebyeoul Oreum ni tingginya cuma 519 meter dari aras laut and pengunjung boleh lah hike sikit around 30 minit untuk ke summit.

Tip: Best time untuk pergi Saebyeoul Oreum ni adalah masa waktu petang, nak ke sunset and time autumn sebab time tu Silvergrass full sangat!

 

Olle Course 7

Olle Course 7 terletak dekat dengan Oedolgae dan Wolpeong Village. Dengan jarak 17.7 KM, korang akan berpeluang melihat laut, bukit, pantai volcanic dan kawasan perkampungan. Walaupun jarak agak jauh dan akan mengambil masa 5-6 jam perjalan, korang tak perlu risau sebab jalannya boleh dikatakan mudah dan tak perlu hike banyak pun. In fact, sis siap pakai platform shoes masa jalan-jalan di sini!

Olle course 7 ni juga merupakan merupakan salah satu tempat penggambaran untuk kdrama “Jewel in The Palace” dan scene tersebut adalah ketika di Oedolgae atau “lonely rock”.

Cara ke Olle 7
From Jeju Intercity Bus Terminal [Option 1] #281(Blue) → Get off at the Lifelong Learning Center → Walk 400m to the Jeju Olle Tourist Center

From Seogwipo Intercity Bus Terminal [Option 1] #201-4(Blue), #201-5(Blue), #281(Blue) → Get off at the Lifelong Learning Center → Walk 400m to the Jeju Olle Tourist Center

 

Olle Course 1

OMG Olle course 1 is totally my favourite! Olle ni panjangnya adalah 15.5KM dan bagi aku tak susah cuma mak sure pakai kasut yang selesa sebab korang perlu daki bukit dan naik tangga agak banyak di route ni. Menariknya, Olle Course 1 menyambungkan oreum ke laut. Route ni akan start di Siheung Elementary school lepastu akan lalu Oreum dan after that you will see the panoramic scenery of Seongsan Ilchulbong (sunrise peak) dan U-do.

Lepas enjoy tengok view dari atas bukit, korang boleh sambung perjalanan menyusuri Siheung-ri coastal road dan lepastu korang akan jumpa pulak Sumopa Beach yang berlatar belakangkan Seongsan llchulbong. Aku sarankan if korang nak pergi sini, make sure korang start the route dalam jam 1-2 PM so you can end the your journey di beach pada waktu sunset. Cantik guys!

Cara ke Olle Course 1

From Jeju Intercity Bus Terminal #101(Express) → Get off at the Seongsan Transfer Center (Goseung ri roundabout) → Transfer to #201(Blue) → Get off at the Siheung-ri Station → Walk 100m to the Siheung Elementary School direction

From Seogwipo Intercity Bus Terminal #101(Express) → Get off at the Seongsan Transfer Center(Goseung ri roundabout) → Transfer to #205 (Blue) → Get off at the Siheung-ri Station → Walk 100m to the Siheung Elementary School direction

 

Seosokkak

Seosokkak ni pun one of the must do things dekat Jeju. Terletak di kawasan Seogwipo, ianya merupakan cliff yang terhasil dari penghasilan lava dan merupakan tempat pertemuan air sungai dengan air laut sebab tu la dekat sini airnya sangat biru and crystal clear.

Selain menikmati pemandangan dengan berkayak atau mendayung sampan, korang juga boleh cuba untuk menaikkan rakit kayu. Kawasan Seosokkak ni bagi aku sangatlah picturesquare and romantic kerna viewnya menggabungkan air yang biru, formasi batu lawa yang berwarna hitam dan unik serta pokok pine di sekeliling kawasan Seosokkak. Bukan itu sahaja, lepas korang meluangkan masa melakukan aktiviti air di sini, korang boleh sambung jalan-jalan di tepi pantai atau melihat street food yang banyak dijual di sekitar kawasan ini.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai tempat-tempat yang aku sebut di atas, boleh layari laman web rasmi Visit Jeju | Teks & gambar: Neysa Assila 

One comment

Leave a Reply to papercrab Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *