Nikmati citarasa hidangan Australia di The Federal Kuala Lumpur

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Australia merupakan antara negara kegemaran aku bukan hanya kerana tarikan pelancongannya yang menarik dan cantik tetapi juga sebab…

Australia merupakan antara negara kegemaran aku bukan hanya kerana tarikan pelancongannya yang menarik dan cantik tetapi juga sebab makanan-makanan mereka yang sedap serta fresh. Looking forward to visiting the country since my only visit was only in Perth.


Hah, dah alang-alang tercakap pasal makanan di Australia ni kan. Last few weeks, aku diberikan peluang untuk menikmati hidangan-hidangan dari negara tersebut di The Federal Kuala Lumpur melalui Discover Australia – A Taste of Australia iaitu pesta makanan yang dianjurkan oleh Federal Hotels International (The Federal Kuala Lumpur and The Grace Hotel Sydney) dengan kerjasama dari Australian High Commission, AUSTRADE, Tourism Australia dan MLA Meat & Livestock Australia serta Citibank.

Discover Australia – A Taste of Australia turut dihadiri oleh His Excellency Mr Andrew Goledzinowski, Australian High Commissioner to Malaysia

Menariknya tentang Discover Australia – A Taste of Australia ini ialah ia merupakan usaha untuk menguatkan lagi hubungan diplomatik antara Malaysia dan Australia sekaligus meraikan 63 years of friendship. Selain itu, The Federal Kuala Lumpur pula dipilih kerana ia merupakan hotel antarabangsa di Malaysia yang beroperasi tiga hari sebelum hari merdeka diisytiharkan.

So, kalau anda belum lagi berpeluang untuk melawat Australia, jangan risau sebab anda masih boleh merasai hidangan mereka yang semestinya sedap-sedap belaka di Kontiki Restaurant.

Bermula dari 13 hingga 29 Julai, Kontiki Restaurant menawarkan hidangan ala buffet yang menyajikan pelbagai jenis makanan-makanan signature di Australia disediakan oleh barisan chef-chef professional yang didatangkan khas dari The Grace Hotel Sydney, Chef Darren Ho dan Chef Tang Hou Chin dari The Australian Culinary National Team bersama-sama dengan chef dari The Federal Kuala Lumpur.

 

 Hidangan wajib cuba 

Lamb marinated with rosemary & garlic, chicken kebab, beef rib with bbq flavour, rump steak with devilled onions, gourmet sausages with tomato and chilli jam, roasted beef root.

Roasted salmon, MUST TRY! 
My favourite was their fresh seafoods like oyster, crabs, prawns. Top it off with fresh salads. 

Selain itu, antara kegemaran aku ialah pencuci mulut yang dihidangkan.

Super tasty pavlova 
Special crepe made by Chef Darren Ho

This is not Australian but I highly recommend you to try their sushi selection. Being a fan of Japanese food, I’m certainly in love with their offering, too!

 Lokasi 

Kontiki Restaurant, The Federal Kuala Lumpur (Mezzanine Level)

 

 Tarikh dan masa 

13 – 15 Julai, 20 – 22 Julai dan 27 – 29 Julai 2018 (Jumaat, Sabtu dan Ahad). 6PM hingga 10.30PM.

 

 Harga 

RM148 (dewasa), RM55 (kanak-kanak) dan RM74 (warga emas). Para ahli Gracious Rewards dan FHI Privilege Club boleh menikmati diskaun sebanyak 30% dan 20% untuk pemegang kad Citibank. Tertaluk kepada terma dan syarat.

 

 Tempahan 

Untuk membuat tempahan, anda boleh layari www.fhihotels.com/federal atau layari media sosial rasmi (Facebook)

7 comments

Leave a Reply to Meitzeu Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *