Pengalaman Melihat Kubur Bayi Pada Pokok Hidup @ Baby Grave di Tana Toraja

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Dalam pada menikmati keindahan alam sekitar di Tana Toraja, sempat juga aku melawat kawasan pedalaman yang begitu terkenal…

Dalam pada menikmati keindahan alam sekitar di Tana Toraja, sempat juga aku melawat kawasan pedalaman yang begitu terkenal dengan kehadiran satu pokok dikenali sebagai ‘rumah kekal’ atau Banyan buat bayi yang meninggal sebelum berumur enam bulan pada suatu ketika dahulu.
Menurut orang sekitar sini, terdapat beberapa bayi yang ditanam dalam batang pokok ini kerana majoriti mereka pada masa dahulu percaya bahawa pokok mampu memberikan mereka semangat ataupun kehidupan baru selepas kehidupan di bumi. Selain itu, mereka juga beranggapan bahawa pokok ini boleh menjadi ‘penjaga’ buat bayi-bayi yang ditanam di sini. 

Sungguh unik lagi pelik, kepercayaan mereka begitu jauh berbeza bila mereka lebih percaya pokok ini ada kuasa ataupun semangat khas yang boleh ‘menjaga’ anak-anak kecil yang meninggal pada usia yang begitu mentah. 

Secara logiknya, dulu kan tak ada teknologi atau bahan yang proper untuk menyambut kelahiran bayi. Kemungkinan besar bayi-bayi dulu lahir dan tidak mendapat rawatan yang proper. Tour guide kata, most of them kena bad infection and meninggal. Pokok ni la dijadikan tempat untuk bayi yang kurang bernasib baik tu. 

Hanya Allah saja yang tahu betapa curiousnya aku untuk buka pintu kecil tu and tengok ada apa dekat dalam. Ada juga one time pergi dekat pintu tu and skodeng kat dalam. 

Ni la rupa pintu ‘rumah’ setiap bayi tu. Dibuat dengan begitu kemas dan juga detail. Agak kreatif juga la orang dulu-dulu ya. Boleh terfikir untuk buat seperti ini. 

Yang menariknya lagi, struktur pokok ni memang macam ni saja dari dulu. Tak berubah. Senang cerita, pokok ni bertahan lama tegak duduk dekat kawasan ni. Itu yang menarik dan pelik.

Kunjungan ke wisata kali ni penuh dengan emosi. Kalau sebelum ni, aku berpengalaman untuk pergi ke upacara pengebumian. Kali ni aku berpeluang untuk tahu cerita lain pula. Nak percaya atau tidak, itu terpulang pada diri. Aku sendiri pun kurang percaya. Cukuplah sekadar aku bersyukur kerana berpeluang untuk melihat & tahu cerita disebalik Pokok Banyan di Tana Toraja ni.

Selepas melawat baby grave, Pak Imanuel membawa kitaorang ke satu lagi ‘rumah’ orang mati. Pada awalnya, ingatkan tempat tu macam kubur yang kita selalu nampak dalam negara kita ni (setiap section disusun dengan kemas dan teratur) sekalinya apa yang korang akan terkejut dengan apa yang bakal korang nampak.
Tak dapat recall apa nama tempatnya tapi cukuplah dapat share gambar-gambar dekat korang. Tempat ni macam gua kecil dan terdapat banyak tengkorak, patung dan juga keranda yang dipercayai ada kaitan dengan orang tempatan yang dah mati. 
I believe ini tempat mereka yang datang dari keluarga yang tak seberapa. Diorang tak mampu untuk buat rumah khas, letak dekat tempat seperti ni pun jadilah. Nak tengok macam mana orang yang berada ni tempatkan mayat keluarga mereka? Teruskan membaca.

Tengkorak sana sini. Memang merata tempat korang nampak. Keadaan menjadi agak seram bila tour guide cakap “Jangan sesekali menyentuh tengkorak yang terdapat di kawasan ni. Takut ‘dia’ ikut balik“. Tak tahu sama ada dia buat lawak atau memang serius. Ikut logik, memang etikanya seperti itu la. 

Those are real skeletons though. Selalu nampak yang fake & plastik je masa dekat sekolah. Nah! Sekarang, baru dapat tengok yang real. Nak sangat kan? 

Orang Toraja ni memang kreatif. Even dalam bab kematian pun mereka masih lagi mengaplikasikan unsur seni dimana bagi mereka yang berkemampuan tu, diorang akan design satu patung yang menyerupai rupa si mati. Seperti yang korang nampak dekat gambar-gambar di atas, tu la sebahagian dari rupa sebenar antara tengkorak yang terdapat di kawasan ni. 
Yang paling aku kagum ialah idea mereka untuk mendirikan rumah kepada si mati tu. Rumah as rumah sebenar la. Macam rumah yang kita duduk. Bukan kecil ya tapi besar yang amat. Boleh jadi homestay juga la. Seperti yang dinyatakan dalam entri sebelum ni, mereka memang belanja besar dalam bab-bab pengebumian/kematian ni (bagi yang berkemampuan).

Ni bukan rumah untuk korang duduk ya. Ni rumah untuk si mati. Lihatlah betapa besar dan cantiknya kubur diorang ni. Siapa ada beranda, pintu dan tingkap kecil. Family diorang ada kunci untuk pintu tu dan mereka boleh keluar/masuk untuk melawat si mati. 

Rumah biasa, rumah untuk si mati, tetap ada unsur motif ataupun design tradisional Tana Toraja. Lihat sajalah bumbung rumah tu. Cantik dan menarik. 

Pintu utama untuk masuk rumah si mati. Ada berani nak ketuk rumah dia? Ni la rupa depan rumah si mati tu. Hmmm, tak pernah terfikir untuk buat seperti ini even budaya Kristian pun mereka akan simenkan kubur tu supaya nampak seperti rumah kecil tapi tak ada la sampai bina rumah sebesar rumah untuk kita tinggal. 
Tapi, idea ni bagus juga la sebenarnya. Kalau ada keluarga lain meninggal, boleh la mereka tempatkan di satu tempat khas. Kalau nak melawat, just datang satu tempat. Ada juga faedahnya. But mewah sangat rumah yang dibina tu siap dengan design & warna yang pelbagai lagi. 
Okay la, rasanya tu sahajalah untuk perkongsian kali ini. Tugas hanya berkongsi, maaflah kalau ayat tak berapa nak sedap. Hehe. 
Regards,
Pojie

22 comments

  1. Betul tu. Rasa seram yang lain macam. Tapi, best part is kita berpeluang untuk tengok & tahu pasal cerita disebalik setiap benda yang kita nampak tu. Tu yang penting 🙂

  2. menarik blog ni, saya memang suke baca cerita mengenai adat budaya yang pelik2… teruskan berkongsi…. sekarang tengah tengok tv2 "Dunia Tersembunyi" cerita pasal pengebumian orang batak….

  3. Thanks. Blog anda pun apa kurangnya. Ada chemistry dengan diri yang membaca ni. Teruskan menulis ya!

    Hahaha. Tak berani. Seram lagi-lagi bila teringat balik pengalaman dekat Toraja ni. Fuh!

  4. perghhh…best sangat dapat pengalaman macaam ni…
    nak tengok keadaan dalam pokok bayan tu…nak tau keadaan bayi tu sekarang…
    n semua gambar tengkorak tu memang menakotkan…huhuhu..

  5. Kalau pasal orang mati dikubur di tebing-tebing goa itu saya pernah lihat di TV, tapi kalau mayat bayi yang dikubur di Pohon itu, saya baru tahu sekarang dari Blog Bang Pojie. Rupanya banyak banget keanehan di Bumi Toraja ini.

  6. Pengalaman yang best. Alhamdulillah la kan berpeluang juga untuk merasainya. Memang betul-betul curious nak tahu dalam pokok banyan tu. Hehehe.

  7. Iyaaa. Mayat bayi dikubur pada pohon tu adalah perkara baru buat saya. Menarik untuk tahu. Iyaaaa, memang banyak banget keunikan di Bumi Toraja ni.

  8. Unik la pojie. Tp memang berbeza cra org yg berada ngan yg x berapa ade duit. Just x paham. Bebudak bayi yg x hidup tu di tampal kat pokok tu ker? Sgt curious..

  9. Seram pulak bila tengok ni.. pengalaman yg tak mudah nak dapat ni Pojie.. Thanks sharing.. huh.. mmg seram tengok tang pokok2 tu…

  10. oh seramnya!! kalau malam2 mesti lagi seram. 😮 hehehe kalau TERRRRpegang tengkorak tu acane eh? huhuhuh. mcm mana u blh sampai sini eh? interested nak travel and tengok culture org lain niii..

Leave a Reply to Pojiegraphy Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *