Tips Blogging: Tutorial Untuk Menyediakan Media Kit Berkualiti

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Pernahkah anda terfikir, walaupun sudah cuba sebaik mungkin menghasilkan penulisan berkualiti tapi masih kurang mendapat perhatian daripada mana-mana…

Pernahkah anda terfikir, walaupun sudah cuba sebaik mungkin menghasilkan penulisan berkualiti tapi masih kurang mendapat perhatian daripada mana-mana syarikat?

Aku selalu rasa perkara sebegini dulu (bukan nak kata yang isi dalam blog ni berkualiti tinggi tapi aku dah cuba sebaik mungkin walaupun bahasa berterabur (rasanya kena masuk kelas Bahasa Melayu/Inggeris 101 balik ?). Memang betul, penulisan yang berkualiti memainkan peranan penting untuk mereka membuat keputusan sama ada ingin bekerjasama dengan kita atau sebaliknya.

Sebenarnya bukan itu sahaja, anda juga perlu ada media kit.

Berdasarkan pengalaman sendiri, aku pernah design media kit sendiri tanpa ada rujukan lengkap. Aku design cuma berdasarkan satu contoh media kit aku jumpa dalam Internet. Alhamdulillah, ia membantu juga la usaha aku dalam menarik minat beberapa syarikat. TAPI ITU BELUM CUKUP kerana ada beberapa perkara aku terlepas pandang dan terlupa untuk sertakan dalam media kit.

Berikut merupakan contoh hasil design aku sendiri: 

Before 

After

Berdasarkan dua template di atas, aku buat keputusan untuk buat media kit yang nampak simple dan mudah untuk dibaca. Selain itu, aku lebihkan gambar-gambar menarik mata orang yang membacanya. 

Panjang pula pengenalan entri kali ini. Tapi aku harap ia bakal beri sekurang-kurangnya sedikit manfaat terutamanya kepada mereka yang baru sahaja mula berkecimpung dalam dunia blogging & ada hasrat untuk menjana pendapatan sampingan melaluinya.

Perlu ingat bahawa untuk menghasilkan media kit berkualiti tinggi akan mengambil masa agak lama tapi percayalah ia pasti mendatangkan hasil. Orang kata susah-susah dahulu senang-senang kemudian. Betul tak?

Antara software aku guna untuk design media kit:
 Adobe InDesign (high recommended)
 Microsoft Word
 Adobe Illustrator

Apa itu media kit?

Media kit ialah dokumen yang menghimpunkan beberapa maklumat penting tentang anda (pencapaian, apa yang anda buat dan banyak lagi). Biasanya para klien akan jadikan media kit anda sebagai rujukan dalam membuat sebarang keputusan.

Ia penting jika anda ingin propose sponsorship atau collaboration.

Adakah anda perlu media kit?

Semestinya PERLU.
Ia memudahkan proses komunikasi dengan para klien. Secara tidak langsung, anda juga tampil lebih profesional dan komited dengan apa yang anda sedang lakukan. Dengan adanya media kit, anda tidak perlu tulis e-mel panjang dengan penerangan diri. Make the process simple and works well.

Media kit memberi ruang kepada anda untuk menonjolkan keunikan blog anda seperti gaya dan juga personaliti. Time ni la anda boleh tunjuk siapa anda (tapi jangan la buat sampai over the top).

Beberapa perkara perlu dititikberatkan apabila menghasilkan media kit

1. Pastikan design seringkas yang boleh. Kurangkan elemen grafik yang boleh serabutkan media kit anda. Pilih warna background yang kemas dan font mudah dibaca. Ingat, less and simple is more.
2. Pemilihan warna juga memainkan peranan penting. Pastikan anda pilih warna yang betul-betul menggambarkan personaliti anda. Ia dianggap sebagai warna bagi brand anda. 
2. Masukkan maklumat yang penting dan tulis secara straightforward. Tak perlu berbunga-bunga.
3. Pastikan media kit tidak terlalu panjang. 3-5 muka surat kira just nice.

Langkah-langkah menghasilkan media kit 

Boleh ikut step di bawah ini. InsyaAllah anda akan hasilkan satu media kit berkualiti dan mampu menarik minat para klien dan sebagainya. Sediakan pen dan buat check list sekarang ?

1. Kumpul maklumat penting

Antaranya ialah: 
 Gambar anda (untuk pastikan orang kenal rupa anda, gambar mugshot lagi bagus) 
 Logo, jika ada. Guna header blog pun boleh.
 Beberapa gambar menarik dari blog.
 Screenshot laman blog (sertakan sekali ruang iklan, jika ada).
 Kategori-kategori penulisan anda. Sebagai contoh, food, travel, dan sebagainya. 
Pageview bulanan 
➜ Purata Pageview (dalam tiga bulan lepas)
➜ Data demografik para pembaca

2. Tulis pendahuluan

Untuk bahagian pendahuluan, boleh la cerita tentang diri anda – asal dari mana, latar belakang pendidikan, hobi dan sebagainya. Make it personal supaya orang yang baca media kit anda boleh connect dengan anda. 
Jangan lupa untuk sertakan gambar anda. Pilih gambar yang menampakan personaliti anda. Jangan la pula letak gambar merepek. Walaupun personaliti anda gila-gila, formaliti tu tetap kena ada. 
Selain itu, letak juga hasil karya anda atau anugerah dan media appearance. Ini juga membantu untuk buat para klien yakin dengan diri anda. 

3. Cerita tentang blog anda

Anda boleh kongsi maklumat mengenai blog – blog anda mainly tentang apa (travel, makanan, gaya hidup), perkongsian mingguan yang anda buat untuk para blogger (giveaway dan sebagainya). Dalam bahagian ini juga anda boleh cerita latar belakang para pembaca anda (minat, gaya hidup atau kumpulan umur).

Jangan lupa sertakan sekali jenis-jenis kategori penulisan yang ada dalam blog anda. Sebagai contoh, aku kongsi cerita tentang travel, kulinari, hotel dan gaya hidup. Tulis penerangan ringkas bagi setiap kategori.

4. Kongsi statistik dan reach blog serta media sosial anda

Kebiasaannya, para klien ingin tahu monthly unique visitor, pageviews dan pageviews secara keseluruhan. Pastikan anda sentiasa kemaskini statistik anda. Kalau boleh, letak la “Maklumat dikemaskini sejak [tarikh & tahun]“. 
Anda juga boleh masukkan sekali jumlah follower media sosial, jika anda rasa nombor tersebut berbaloi untuk ditunjukkan kepada para klien (Ini sesuai untuk mereka yang baru mula menulis blog dan tidak mempunyai statistik kuat). 

5. Kumpul testimoni 

Anda boleh skip ini jika tidak pernah berkolaborasi dengan mana-mana syarikat. Tapi jika pernah, boleh cuba sertakan testimoni dari mereka yang pernah bekerjasama dengan anda. Boleh hantar e-mel (secara formal) ke mereka untuk meminta sedikit feedback mengenai diri anda. 
Nota: Ada sesetengah klien tidak prefer untuk bagi testimoni dekat blogger sebab takut blogger lain pun akan minta benda sama, maka ianya akan jadi perkara yang tidak ada penghujung untuk mereka. Walaubagaimanapun, tidak salah untuk mencuba. 

6. Polisi sponsorship

Anda boleh terangkan tentang terma sponsorship atau rate anda seperti ruangan iklan dalam blog, sponsor untuk giveaway, review produk, method pembayaran dan beberapa maklumat berkaitan. 

7. Penutup

Bahagian ini juga sangat penting. Di sini la anda akan beri maklumat seperti nombor telefon dan alamat e-mel. Setelah mereka baca segala maklumat yang anda tulis, tiba la masa untuk mereka buat keputusan untuk proceed. 
Anda disarankan untuk tulis “Untuk mulakan kolaborasi, boleh hubungi saya di [nombor] atau [alamat e-mel]. Jangan gunaUntuk mengetahui lebih lanjut mengenai saya, ….” kerana apa yang mereka perlukan tu semua sudah ada dalam media kit anda. 

8. Semak dan Edit

Jangan terlalu yakin dengan apa yang anda dah tulis. Baca dua atau tiga kali setiap benda yang anda tulis. Kalau ambil masa sehingga 3 atau 4 hari pun tak apa. Edit yang mana perlu. 
Aku ambil sekurang-kurangnya 5 hari untuk hasilkan satu media kit yang ringkas, ini termasuklah proses design, kumpul maklumat, proofread dan edit
Ulang proses sehingga anda betul-betul yakin dengan semua maklumat. Kalau boleh, bagi la orang lain baca dan minta pendapat mereka. 

9. Save sebagai PDF

Akhir sekali, jangan lupa untuk simpan fail media kit anda dalam format PDF. Jangan sesekali hantar fail berformat Word. Selepas tu, boleh la hantar ke mana-mana klien yang korang minat untuk berkolaborasi. 
Ingat, nak hantar media kit pun ada caranya. Bukan main sembarangan saja. Yang itu, aku pun masih lagi belajar cara terbaik. Akan aku kongsikan nanti kalau dah betul-betul pandai. 
Sudah ada media kit? Adakah ia berkesan? 

Kepada mereka yang ada tips berguna untuk buat media kit menarik, boleh la kongsi dalam ruangan komen di bawah. Aku harap perkongsian ini memberi sedikit manfaat kepada korang, especially buat mereka yang baru mula menulis blog. 

27 comments

  1. Aku tahu untuk blogger yang ingin melangkah for the Next step media kit penting. Tapi sampai saat ini belum pernah coba membuat. Terima kasih Pojie. Tulisan ini sangat bermanfaat

  2. bagus tios ni. sepanjang berblogging tak pernah ada media kit sebab tak berani nak bgi komitmen dengan klien. part time blogging ni kadang konfius jugak dengan dunia blogging ni

  3. naissssssssssssss great info tq! 🙂 sebenarnya dah lama nak buat dok tangguh2 akhirnya dah masuk 3 4 tahun bertangguh! OK my bad, BYE!

  4. thanks pojie, satu pkongsian yg ckup mnarik
    so far aku tak pernah buat lagi media kit
    insyallah akan cuba buat sambil ikut tips2 dan saranan kau
    mana tahu ada rezeki leh jadi blgger tersohor mcm hang plak 🙂

  5. Iya Mbak Evi, media kit ini banyak membantu untuk mereka yang mahu bergiat serius dalam dunia blogging. Senang sekali bisa tahu penulisan ini dapat memberi sedikit info berguna buat para pembaca 🙂

  6. Terima kasih Sri Murni. Saya harap info dalam entri ini bisa bantu kamu untuk hasilkan media kit. Percayalah, ia sangat berguna bagi mereka yang ingin menarik perhatian lebih banyak client/partnership 🙂

  7. Thank you for dropping by. I am pleased to know that it inspires you to create your own media kit. Trust me, it works well to attract more clients/partnerships in the future. You can always send me e-mail should you have any questions 🙂

  8. Terima kasih, Aswaleyla. Sama la, all this while tak pernah terfikir pun nak buat media kit. But bila baca tips-tips kat Internet, baru la sedar bahawa media kit tu penting juga for us to reach greater height. All the best, boleh cuba buat media kit. Kalau awak ada soalan, feel free to reach me via e-mail 😉

  9. Terima kasih Sobri. Please, maybe lepas ni boleh cuba buat media kit. InsyaAllah dapat tarik lebih ramai client. Your blog is strong, why don't make use of it 😉

    Eh, jangan la cakap macam tu. Kita ni pun masih lagi merangkak la. Bhehehe

  10. Hi Mutia, sama-sama. Ya, kalau ada masa lebih pasti saya akan kongsi cara untuk hantar proposal ke client. Sebenarnya saya pun masih lagi belajar cara yang terbaik. Tapi, tidak salah untuk kongsi ilmu yang kita ada… walau sedikit 😉

Leave a Reply to kakitravelkhairuddin.blogspot.com Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *