Tutorial Untuk Tulis Entri Blog

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email source : Tutorial untuk Blog 1. Perenggan Ini sebenarnya antara perkara yang paling penting semasa menaip sesuatu dalam…

1. Perenggan
Ini sebenarnya antara perkara yang paling penting semasa menaip sesuatu dalam blog. Tidak kiralah samada blog berbentuk peribadi, maklumat, perkongsian, pengalaman atau apa sahaja. Perenggan akan memudahkan pengunjung blog anda membaca apa yang anda hendak sampaikan. Dan juga mempengaruhi pemahaman untuk sesebuah entri.Ini adalah perenggan kedua. Tengok untuk taip point ini pun perenggan di buat untuk memudahkan anda membaca bukan.?.:). Bayangkan kalau sesebuah entri itu mempunyai ayat yang berterusan 1000 patah perkataan, tidak ke letih mata melihatnya. Hendak membaca pun boleh jadi tiada mood.:). Lagipun karangan masa sekolah pun diajar untuk buat perenggan, jadi kenapa tidak aplikasikan dalam penulisan blog.:)
2. Perkataan.
Perkataan juga memainkan peranan dalam menghasilkan sebuat entri yang baik. Pastikan kalau bleh anda menggunakan perkataan bahasa baku sebanyak mungkin dan penting juga perkataan yang anda gunakan mudah difahami oleh pengunjung. Sekali sekala tiada masalah kalau hendak guna short form atau perkataan meleret. Tapi kalau selalu sangat, hendak membaca pun tergeliat lidah hendak menyebutnya.Contoh, Sayeeerr sukerr sangat tawww…Kalau ayat macam ini diletakkan untuk dialog ok lagi. Kalau sepanjang-panjang entri perkataan macam ini, sakit juga hendak membaca. Tujuan menghasilkan entri juga untuk memudahkan kefahaman kepada pengunjung blog. Contoh walaupun anda seorang doctor, takkan semua entri hendak guna bahasa saintifik je kan. Lainlah kalau pengunjung blog anda semuanya doktor.
3. Entri jangan terlalu panjang.
Mungkin anda seorang yang begitu hebat mengarang. Tetapi kehebatan anda mengarang sehingga sehari tanpa henti bukan petunjuk yang baik kepada pengunjung anda. Pembaca juga akan merasa bosan jika entri yang dihasilkan terlalu panjang. Lagi satu, jika entri terlalu panjang, kemungkinan untuk melalut (lari dari tajuk entri) juga boleh berlaku.Oleh itu biarkan entri anda bersesuaian untuk dibaca, mungkin ambil masa 5 minit berbanding anda menghasilkan entri yang memerlukan 1jam untuk habiskan.Tetapi, jika memang anda anda perkara bagus atau penting untuk diberitahu pengunjung, boleh dijadikan dalam beberapa bahagian entri. seperti part 1, part 2 dan seterusnya. Itu akan lebih selesa di baca berbanding satu entri yang terlalu panjang. Panjang dengan gambar tak apa!
4. Gambar
Meletakkan gambar adalah penting untuk sesebuah entri. Kewujudan gambar akan lebih mencorakkan lagi apa yang anda taip di dalam blog. Jadi gambar sememangnya mempengaruhi minat pengunjung untuk membaca kandungan entri anda.Kalau anda baca buku, kan best kalau ada diselitkan gambar. Begitu juga entri blog. Paling kurang gambar yang ada adalah sekeping atau berapa banyak yang dirasakan perlu. Tetapi pastikan juga jangan letak terlalu banyak gambar dalam entri melainkan entri yang memang berbentuk penerangan bergambar.
5. Provokasi
Adakah bagus untuk melakukan provokasi semasa menaip blog.?. Jawapannya adalah YA. Menaip entri yang berbentuk provokasi sememangnya salah satu teknik menaip yang mampu menarik lebih ramai pengunjung untuk membaca dan komen.Tetapi harus diingatkan, jangan melakukan provokasi yang bersifat keras. Lakukan provokasi yang lebih bersifat lembut dan menarik orang untuk membaca dan komen yang bernas, bukannya membaca dan di balas dengan cacian. Dan jika anda hendak tahu, entri yang melakukan provokasi pada jantina yang berlainan lagi bagus.Provokasi akan membuatkan pembaca berasa ‘geram’ untuk baca dan komen… Contoh provokasi ‘lembut’ untuk lelaki, Lelaki memang banyak bagi alasan macam ni eh.?, dan contoh provokasi ‘lembut’ terhadap perempuan yang pernah ditaip sebelum ini.,Perempuan memang selalu macam ni eh. So entri ini akan membuatkan pembaca akan berasa relax untuk membaca dan rasa hendak komen je berbanding entri berbentuk fakta.
6. Persoalan.
Tinggalkan persoalan untuk entri anda. Persoalan juga boleh memacu pembaca untuk ingin selalu mengikuti setiap entri anda. Selain itu, persoalan juga membolehkan pembaca lebih berminat untuk menghantar komen.
Contoh, jika anda buat persoalan, “Hendak tahu apa yang terjadi lepas tu.? Nanti aku cerita dalam entri akan datang ye.”. Apabila membaca, pembaca ingin tahu apa yang berlaku dan kemungkinan akan datang lagi untuk membaca. Kerana entri anda menimbulkan pertanyaan di pikiran mereka.
Juga boleh tinggalkan persoalan di akhir entri untuk pendapat, seperti ” Apa yang korang rasa, perlu tak aku teruskan hubungan ini?”.. (psst:tetapi janganla setiap entri ada persoalan pula.
Entri sebegini akan membentuk satu pembacaan yang bercorak pelbagai, bukan entri yang berbentuk mendatar sahaja.
Tengok, kan senang boleh berblogging dengan hanya menggunakan iPad. Untunglah kalau boleh tulis entri through iPad!

5 comments

Leave a Reply to eddy syrol Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *