Who’s the hell Pojiegraphy is?

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Apa itu pojiegraphy? Who’s pojiegraphy? /agak pening-pening lalat melihat gambar-gambar pelik diatas? Maaf. Mohon maaf dipinta/ Babe, mungkin…

Apa itu pojiegraphy? Who’s pojiegraphy?
/agak pening-pening lalat melihat gambar-gambar pelik diatas? Maaf. Mohon maaf dipinta/
Babe, mungkin entri ini kedengaran agak poyo. Kedengaran agak syok sendiri. Kedengaran agak menanahkan telinga/mata yang membaca. But, trust me. Aku sendiri kurang percaya/terkejut apabila rating tertinggi untuk pencarian melalui nuffnang tu adalah kedengaran seperti ini
‘Siapa pojiegraphy?’


‘siapa photographypojie?’


‘who’s pojiephotography?’.
Mungkin disebabkan beberapa perkara yang sesetengah orang sibuk bercerita/bercakap tentang sesuatu isu yang hampir-hampir berbunyi seperti ‘pojiegraphy’. Photography perhaps?
Lagi sekali, pardon me for this kinda SS-ing entry, but publishing this entry is a crucial thing to do. Right now, at this moment. Lupakan tentang perkara diatas.
/gambar yang membawa seribu kenangan,kejayaan dan kegembiraan/
Idea untuk mengambil ‘pojiegraphy’ itu sebagai nama yang boleh marketkan diri semenjak aku berumur 16 tahun. Nama itu juga dipetik setelah aku mula berjinak-jinak dalam dunia berblogging ni setelah diperkenal oleh girlfriend aku iaitu Ellyndoink. Semuanya, dialah yang perkenalkan. Disitulah aku belajar untuk bercerita dan merakam semua yang berlaku dalam kehidupan aku. Percaya atau tidak, semuanya sedang berlaku sekarang ini.
Daripada penulisan yang berterabur, dengan cerita yang tidak menentu dan juga bahasa yang kurang sesuai untuk digunakan. Kini, aku sudah boleh menulis dengan baik dan bercerita dengan baik. Terima kasih buat pembaca-pembaca blog ini yang sudi mengetahui cerita-cerita saya walaupun perkara tersebut bukanlah suatu perkara yang ada kena mengena dengan mereka.
Sebenarnya ‘pojiegraphy’ yang sesetengah orang sibuk mengatakan tu bukanlah seorang artis. Bukanlah seorang pelakon, penyanyi mahupun model. Betul, bukan. Segala-galanya bukan. Dia cumalah seorang pelajar UiTM Alor Gajah yang sedang menyambung pengajiannya dalam bidang Photography. Pelbagai cerita tentang photography dari dia? Itu cuma sekadar cerita daripada seorang pelajar yang masih menuntut ilmu dalam bidang photography. Tujuan aku menulis blog ini bukan bertujuan untuk mengejar nama, untuk orang kenal aku siapa or sekadar suka-suka. Bukan, bercerita, berkongsi dan meluahkanlah antara perkara mengapa aku menulis blog.
Akhir sekali, menulis blog itu menjadi suatu perkara yang aku anggap sebagai hobi yang sememangnya boleh membawa kebaikan dan juga kelegaan dalam diri ni. Menulis blog juga aku teruskan daripada aku berumur 16 tahun sehinggalah Alhamdulillah, kini aku berumur 19 tahun. Cerita sepanjang 3 tahun lebih tu sudah ditulis dalam blog ini.
Alhamdulillah juga…
Blog aku, cerita dalam blog aku sempat juga diselitkan dalam lembaran Majalah REMAJA isu 1 OKTOBER 2011. Ini juga mampu membuktikan pada dakwaaan sesetengah orang diluar sana bahawa Photography ini adalah satu bidang yang tidak membawa sebarang hasil kepada kita. Percayalah, kalau memang ada usaha dan minta, pasti boleh berjaya.
Terima kasih buat wartawan REMAJA, Shahir kerana sudi untuk menjenguk blog saya ini yang mungkin ceritanya tiadalah berkaitan sangat dengan beliau. Lagi sekali, Terima Kasih banyak-banyak! Buat pembaca yang memang rajin menjenguk blog ini, haaaa. Ini untuk korang semua. Satu lonjakan yang baik dalam memperkenalkan cara dan cerita dalam penulisan kita. Alhamdulillah.
Lagi sekali, pojiegraphy itu merupakan seorang manusia yang masih lagi belajar dalam bidang fotografi. Tolong highlight perkataan ‘belajar’ itu yer. Till then, see you guys in my next entry.
Wanna get the updates from this blog?
Do LIKE this page below 🙂

7 comments

Leave a Reply to Unknown Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *