Yogyakarta: Borobudur Temple & Village Tour

Yuk ke Jogja, Indonesia!

Sharing is caring!

Sudah banyak tempat di Indonesia yang aku dah pergi tapi ada satu tempat famous yang belum lagi aku jejaki sampai la tahun ni. Tempat tu tidak lain tidak bukan, Yogyakarta. Siapa je tak pernah dengar pasal kota yang terletak di tengah-tengah Pulau Jawa ni yang juga sering juga dipanggil Jogja ni kan?

Selain dari tempat-tempat di sini cantik dan makanan pun tidak kurang enaknya, Jogja juga mendapat perhatian para pengunjung dari dalam dan luar Indonesia sebab ia dipilih sebagai lokasi penggambaran filem Ada Apa Dengan Cinta 2. Memang benar filem ni main peranan penting juga ya untuk mempromosi destinasi pelancongan.


Artikel ni akan kongsikan pengalaman aku di sini selama 2 hari 1 malam. Yes, sangat la pendek masa tapi at least aku dah dapat pergi tempat yang aku nak sangat pergi. Hope artikel ni serba sedikit dapat membantu.

Since Yogyakarta ni dah memang terkenal, we’ll just jump straight to the things I’ve experienced here ya? Just in case you guys want to read more about it, simply click here.

 

Jalan Malioboro

Sebelum berangkat ke kawasan Borobudur (terletak sekitar 1 jam drive dari kota Jogja), local guide sempat juga bawa aku ke Jalan Malioboro. Mereka yang ke Jogja tak sah kalau tak pergi sini.

Bagi mereka yang suka shopping dan local market, tempat ini adalah satu kemestian yang haru korang kunjungi di sini. Jalan Malioboro ni ibarat pusat utama untuk orang-orang muda, artis dari pelbagai universiti dan para pelancong. Tak hairan la tempat ni tak pernah kosong sebab selalu je ada pengunjung dari pagi sampai malam.

Korang boleh beli macam-macam barangan kat sini seperti souvenir, batik dan banyak lagi. Harga pula macam biasa la touristy price tapi kalau pandai bargain, for sure dapat murah.

Selain itu, jangan lupa untuk cuba street food such as nasi gudeg di sini. Most stalls provide meja dan kerusi jenis rendah tu yang memerlukan diners duduk bersimpuh. Ini baru la authentic. Aku cuma berpeluang pergi masa waktu malam je and it was super happening. Kalau siang macam mana pula suasana dia kan?

 

Borobudur Temple

Antara salah satu sebab utama kenapa ramai orang datang ke Jogja tidak lain tidak bukan adalah kerana nak visit Borobudur Temple yang tersenarai sebagai salah satu ‘7 Wonders of The World’ serta diiktiraf sebagai kuil Buddha terbesar di dunia. No wonder la selalu ramai je orang datang ke salah satu Tapak Warisan UNESCO di Indonesia ini!

Local guide bawa explain history and parts of the temple. Terdapat ukiran yang sangat detail di atas dinding dinding kuil ini. Setiap ukiran menyampaikan pelbagai jenis cerita. Korang kena pilih local guide yang bagus supaya dia boleh explain setiap benda yang korang nampak. Bila sampai di tingkat paling atas, take a moment to enjoy the view of the bell-shaped stupas and also the stunning views around it.

Kuil yang berusia lebih dari seribu tahun ni dibina dengan menggunakan batu and did you know that some parts of the temple are built without nails? It was a really mind-blowing thing to know that they basically build the temple by combining each of the stone based on its shape. Sounds like a difficult work for me though.

Lokasi kuil Borobudur ni sangatlah strategik dimana ia dikelilingi dengan kawasan yang penuh dengan tumbuhan hijau dan juga boleh nampak Gunung Merapi dari kawasan kuil ini. Ini juga antara sebab kenapa tiket sunrise dan sunset jauh lebih mahal berbanding tiket biasa sebab pemandangan memang memukau!

Harga tiket (pengunjung luar negara):
USD 25 (dewasa)
USD 15 (kanak-kanak)

 

VM Cabrio Volkswagen Tour

Selain daripada Kuil Borobudur, kawasan ini sebenarnya ada tarikan pelancongan menarik untuk para pengunjung. Kalau korang ada masa lebih, jangan lupa untuk join VM Cabrio Tour dengan menaiki vintage Volkswagen jenis 181 atau 182 mengelilingi kawasan Borobudur. Suasana kat sini sangatlah tenang sebab dikelilingi dengan tumbuhan hijau dan tak banyak gangguan bunyi.

Korang akan melepasi beberapa kawasan kampung. Rasanya dah lama aku tak menikmati pemandangan dan suasana kat sini. Jari pun tak henti-henti ambil gambar dan video. VM Cabrio Tour ni terbahagi kepada beberapa jenis tour dari short to long tour. Aku berpeluang ke ladang lebah (madu diorang sedap!) and then ada mini factory yang menghasilkan snek/keropok yang diperbuat dari kacang soya.

Jika nak join tour ni, korang boleh pilih destinasi dan kampung mengikut kesesuaian masa dan citarasa masing-masing. Trust me, you’ll enjoy it!

Antara tarikan yang boleh anda explore:
1. Nglipoh Village
2. Omah Saking Dene
3. Honey Bee Farm
4. Balkondes
5. Junkyard Autopark
6. Mendut Temple
7. Pawon Temple

Recommended tour:
Magelang VW Cabrio Tour

Harga tour biasanya:
IDR 350,000/satu kereta boleh muat 4 orang (sekitar 2 jam lebih)
IDR 450,000/satu kereta boleh muat 4 orang (sekitar 3 hingga 4 jam)
IDR 600,000/satu kereta boleh muat 4 orang (sekitar 5 hingga 6 jam)

Itu saja perkongsian aku kali ini. As usual, I wish I could explore Jogja more. Who knows in the near future ada rezeki kan. I hope korang enjoy reading this. Kita jumpa lagi di entri seterusnya ya!

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai tempat-tempat menarik di Indonesia, boleh layari www.indonesia.travel atau #WonderfulIndonesia.

2 comments

Leave a Reply to Sunah Sakura Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *