Dari kecil sampailah hari ini, aku boleh katakan aku memang membesar dengan minat yang mendalam dengan seni. Aku suka tengok seni dari banyak sudut. Bagi aku, ada maksud di sebalik seni yang boleh kita olah. Kalau ikut pengalaman, banyak event seni aku dah join. Dalam banyak-banyak event seni, I would say… RIUH is one of the best no doubt. Kat sini aku belajar yang estetik budaya kita bukan biasa-biasa, penuh jiwa dan cerita!
RIUH: Lebih Daripada Sekadar Konsert
Bila sebut je “RIUH!”, ramai terus terfikir konsert. Aku tak nafikan, RIUH ada konsert dan persembahan artis tempatan yang meriah. Tapi bagi aku, yang lagi menarik is bila dapat tahu event ni sebenarnya untuk angkat dan hargai semua benda LOKAL yang kita selalu dengar, dari brand tempatan, band muzik, sampai lah ke seni dan budaya orang Malaysia. Event macam ni la semua bangsa tak kira umur seronok nak datang meriahkan lagi suasana!
Fesyen Lokal: Karya Yang Menghidupkan Identiti
Kalau korang nak tengok gaya fesyen lokal yang unik dan estetik, korang wajib pergi RIUH. Percayalah cakap aku, korang mesti suka tengok fesyen kat sini. Dari vendor, artis jemputan sampailah ke , semua akan flex gaya lokal masing-masing.
Aku bukanlah pandai sangat berfesyen. Tapi sebab suka tengok orang berfesyen, aku perasan ramai orang stand out dengan gaya masing-masing. Seingat aku dulu, aku pernah ternampak orang jaket ‘streetwear’ corak batik. Kombinasi yang agak gila tapi ni lah RIUH, syurga fesyen lokal! Aku pasti kalau aku datang meriahkan RIUH, fesyen aku takkan sama dengan pakaian aku jalan-jalan setiap hari.
Muzik Lokal: Melodi Jiwa Malaysia
Satu lagi, aku rasa ‘vibe’ konsert kat RIUH ni lain macam. Jujur, aku jadi lagi kagum dengan karya seni orang kita sebab semuanya LOKAL dan aku percaya orang Malaysia makin lama makin sokong industri muzik kita. Ada macam-macam genre muzik, macam-macam lagu dari muzik tradisional yang buat kita teringat vibe kat kampung, indie, hip hop dan pop moden. Bila Insomniacks perform lagu “Pulang”, aku teringat masa awal tahun 2019, era aku dengan kawan-kawan dengar almost hari-hari sebab lagu ni hype gila masa tu. Fuh nostalgik!
Semua konsert ada moment unik tersendiri. Paling, semua tu akan tinggalkan memori lagi-lagi untuk peminat muzik. Aku ternampak seorang lelaki tua duduk kat hujung penjuru crowd tengah enjoy muzik dari band anak muda lokal. Moment tu buat aku sedar yang muzik ni bahasa universal yang buat kita rapat dengan orang keliling walaupun strangers.
Antara Fesyen dan Muzik: Inspirasi Dari Elemen Lokal
Mula-mula aku tertanya-tanya, kenapa diorang pakai macam ni? Kita kan dekat konsert?! Tapi makin lama aku kat sini, baru aku faham yang fesyen ni bukan gaya semata-mata. Dari situ aku mula nampak identiti sebenar ‘kaki event’ kat sini. Semua yang hadir sangat menghargai karya lokal. Sekaligus, benda ni buat aku terfikir, actually tak perlu pun kita nak tinggalkan tradisi untuk nampak bergaya, tapi kita boleh gabung style moden dengan tradisi lokal untuk dapatkan look yang lebih unik.
Macam rockers biasanya pakai denim jacket untuk serlah lagi identiti rock, Sama juga RIUH. The name itself is “ROCK N RIUH”. Ada yang gahkan kan denim dengan kurta, batik ataupun songket. Senang cerita, kalau nak cakap tentang ‘vibe’ kat sini, tak kira artis ke penganjur ke orang yang datang ke, semua bawa keunikan masing-masing dalam berseni.
‘Unity In Diversity’
Pernah dengar ‘Unity in Diversity’? Itulah definisi sebenar RIUH pada aku sebab kita boleh saksikan sendiri dengan mata kasar macam-macam variasi dari segi pakaian, elemen seni dan muzik. Semua tu digabung jadi satu scene yang indah. Kalau korang ada pengalaman pergi RIUH, korang mesti perasan macam mana elemen seni fesyen and muzik jadi satu bentuk ekspresi yang memang onz.
Bila tengok orang ramai gelak-gelak, borak-borak kongsi cerita, aku rasa bersyukur sebab dapat rasa pengalaman macam ni dekat negara sendiri. Ibaratnya aku tengah ada dalam satu tempat untuk teroka lagi keindahan budaya lokal yang gabungkan tradisi lama dengan karya unik ke dalam era moden. Aku suka RIUH. Dengan lampu-lampu yang meriah, muzik yang bermain di udara buat aku rasa macam dalam satu mimpi. Kalau korang tanya aku nak repeat ke tak, jawapan aku YES! Definitely, aku akan ke RIUH lagi.
Pengalaman kat RIUH bagi aku satu makna yang mendalam. Dari variasi fesyen dengan elemen warisan sampailah muzik yang hubungkan aku dengan orang lain, pada pendapat aku RIUH ni salah satu event ‘underrated’. So, kalau korang minat seni dan nak rasa apa yang aku rasa, lagi elok korang pergi dan rasa sendiri pengalaman tu, sebab kat sini korang dapat tengok estetik pelbagai bangsa dalam satu ‘scene’.
Psst… RIUH terakhir dah dekat, korang simpan la tarikh ni 6 Disember 2024 – 8 Disember 2024 dekat Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang. Ada waktu, kita jumpa dan berjimba sama-sama ok!