10 Kisah #SekolahRendahDulu

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Tersebut/terlihat satu benda dekat twitter. Yeah, satu topik yang mungkin menjadi topik yang tengah hangat diperkatakan dalam twitter…

Tersebut/terlihat satu benda dekat twitter. Yeah, satu topik yang mungkin menjadi topik yang tengah hangat diperkatakan dalam twitter semalam. Dalam bahasa twitternya, Trending Topics.
Best dapat cerita/bincang pasal sesuatu perkara yang memang dah lama berlalu, sudaaaah lamaaaa berlalu : Zaman Sekolah Rendah

Idea untuk menulis entri pasal sekolah rendah ni pun datang setelah Umi Bahiyyah iaitu salah seorang daripada pengikut dalam twitter aku telah menyuruh aku untuk bercerita tentang topik ini dalam blog.
Lets start this funny/sweet tales.
Sekarang dah besar panjang dah kan, bila fikir-fikir balik. Hmmmph, betapa jauhnya perjalanan aku/susah payahnya aku untuk sampai ke tahap ini. Akhirnya, jadi juga aku seorang MANUSIA.
Dulu, tepat pukul 5.00 Pagi aku dikejutkan oleh mak aku dengan nada “Fawzy! bangun pergi sekolah.” Lembut sekali….., apa lagi aku pun naik lemaklah melayan kelembutan mak aku, sah sah aku tido balik. Untuk penyelesaian bagi perkara ini, ayah aku yang selesaikan. Diangkatnya aku oleh beliau terus ke bilik mandi, lap muka aku dengan kain basah. Fuh, memang segar bugar teruslah.
Cerita #1
Dulu aku cuma pelajar biasa ketika di bangku sekolah rendah. Aku bukanlah perhatian para guru-guruku di sekolah. Aku merupakan pelajar yang berstatus pelajar biasa. Tiada sebarang jawatan yang aku pegang. Masa rehatlah masa yang orang nanti-nantikan. Masa tu juga aku agak nervous, kenapa? Aku lebih gemar membeli makanan dan seterusnya makan dalam kelas saja. Dulu, aku tidak punya ramai kawan. Tempat terbaik untuk lepak dalam kelaslah, tapi .. Pengawas sekolah selalu halang hasrat aku tu. 🙁
Cerita #2
Macam biasa, dah masuk darjah enam semua tak sabar nak pakai seluar uniform berwarna hijau pekat. Pakai beg ala-ala betul remaja. Tidak dinafikan, perasaan begitu memang terasa. Lagi satu, ketidaksabaran untuk menulis menggunakan pen itu sudah pasti.
Cerita #3
Ehem ehem, yang ni tahapnya agak kelakar sikit. Masuk darjah 5, kehadiran aku di sekolah tersebut disedari oleh rakan-rakan dan pelajar lain. Mungkin sebab dah selalu nampak muka aku yang dok menyemak lalu kelas,kantin or port lepak dorang kot. Surat cinta? Aah, babe! Korang kena percaya ini. Aku terima surat cinta daripada salah seorang pelajar dari kelas lain tapi darjah yang sama. Ada juga daripada sekolah lain, dipos melalui rakan sesekolah aku. Sekolah lain? Tak silap aku kenal masa tadika dulu. Oh tidak, korang kena percaya yang ini.
Cerita #4

Dalam pada itu, aku juga membalas surat tersebut. Tanpa segan silu mengirim surat tersebut melalui rakan rapatnya. Tidak lupa, dengan amaran
Tolong Jgn Baca”. *tunduk malu, pipi merah*
Cerita #5

Dulu, beg aku memang sungguh tidak boleh dinafikan berat gila. Berat gila woi. Baru guna 4 minggu pun dah boleh koyak. Kenapa? Semua buku aku bawak setiap hari. Lansung tak ikut jadual waktu. Masa tu aku taklah sepandai mana nak ikut jadual waktu. Tengok budak sekolah rendah sekarang, fuh! Beg bukan main lagi dah macam nak pergi lepak Pavi saja aku tengok.
Deeeeng!
Cerita #6

Ada satu benda yang memang sampai sekarang aku tidak boleh lupakan. Dan sudah tentulah aku seorang saja yang tahu kisah ni. Perkara ini juga yang membuatkan aku rindu yang teramat dengan zaman sekolah rendah.
Cerita #7

Dulu dalam sesi perkenalan tu, aku suka bagitahu dekat cikgu dan juga rakan-rakan tentang cita-cita aku. Nak tau apa? Nak jadi doktor. Memang selalu sebut Doktor je la.
Tapi……. tengok sekarang! Dah masuk bidang apa? Doktor Seni ada tak?
*garu kepala*
Cerita #8

Haaa, dulu jangan korang hairan. Darjah 5 pun aku dah memilik handphone, nak tau handphone apa? Nokia 3310. Giler ketang! Handphone ini kalau zaman sekarang dah setaraf dengan iPhone. Memang selalu diidam-idamkan setiap pelajar pada masa itu. Tapi gunanya, bukan untuk contact orang. Just untuk download ringtone dekat mana-mana majalah. Ingat lagi, aku curi majalah mangga kakak aku just nak tengok halaman untuk download ringtones.
Awesome right? Tapi rasanya lagi awesome kot budak sekolah rendah zaman sekarang.
Cerita #9

Since rumah aku taklah jauh dari sekolah tu, for sure habis sekolah je aku mengambil keputusan untuk lepak di sekolah. Buat apa? Main kejar-kejar dengan kawan. Tengok senior bersukan (Bola Baling dan sebagainya) dan yang paling penting, aiskrim 20sen tu memang sukar untuk aku lupakan. Sangat sukar ya kawan-kawan. Sebelum pukul 5 Petang, aku kena berada di rumah dan berlakon aku tengah tidur sambil pegang buku.
(Bagi hati mak/ayah sejuk) HikHik
Cerita #10? Tanyalah sama si penulis! 🙂
Haaaaa, lagi satu. Nak tengok rupa dan gelagat aku semasa darjah 4?
Itu dia, memang tak boleh blah. Thanks dad sebab post gambar ni dalam Facebook, teringat zaman dulu-dulu. Eh, apa lagi! Korang pun mesti ada kisah sekolah rendah masing-masing kan? Jom share dekat blog korang. Nak tau apa aku rasa ketika menulis entri ni? Aku dapat kembali (imaginasi) ke zaman sekolah rendah dulu lepas tu…. gelak secara tiba-tiba dan seorang diri.
(Tak apa, aku tulis entri ni ketika berseorangan dalam bilik)
Tidak lupa, korang janganlah lupa untuk mengikuti perkembangan aku dekat twitter since kurang/jarang update blog ni.

Klik saja link dibawah ini :


2 comments

  1. wei wei wei kO buat aku ketawa wOooo..part surat cinta tu..wei reveal wei…btw nice mOment kan time sek rendah..siryes muka kO dulu gitu erk? aku ingat2 lupa wei ..tapi bab takut kena tangkap pengawas tu mcm aku tau jerkkk 🙂

  2. Oh, memories! Well, I pengawas dulu dari sekolah rendah sampai menengah. Now I wonder kenapa I nak jadi sangat pengawas dulu?! HAHA. Nice entry!

Leave a Reply to Neeja Ami Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *