Ramai orang cakap bahawa sarapan pagi ni adalah fasa yang paling penting dalam pola pemakanan kita. Sukar untuk dinafikan bahawa apa sahaja aktiviti yang ingin kita lakukan pada hari tersebut selalunya bergantung dengan apa yang kita makan ketika sarapan pagi.
Sama seperti aku, anda mungkin akan terkejut apabila dapat tahu beberapa makanan yang selalu anda makan untuk sarapan pagi sebenarnya tidak sihat atau sesuai untuk dimakan semasa perut kosong. Teruskan baca artikel ini untuk tahu lebih lanjut. Please take note guys!
Makanan-makanan sesuai dimakan ketika perut kosong
1. Madu
Madu membantu anda untuk tingkatkan tenaga dan mood melalui penghasilan serotonin. Selain itu, ia juga membolehkan anda kekal fokus dan produktif sepanjang hari.
Tip: Jangan guna sudu besi untuk ambil madu kerana ia menyebabkan khasiatnya hilang. Baca SINI untuk info lebih lanjut.
2. Oatmeal
Ini kegemaran aku setiap hari. Kandungan hydrofluoric acid pada oatmeal boleh mengelakkan kerosakan atau tidak selesa pada perut. Selain itu, ia juga mengandungi soluble fiber yang mampu mengurangkan tahap kolestrol dan menaikkan lagi kadar metabolisma anda.
Kalau malas nak masak, oatmeal adalah pilihan terbaik. Boleh tambah buah-buahan seperti strawberry, blueberry dan cranberry.
Info lanjut: BACA SINI
3. Kacang
Makan kacang semasa sarapan pagi boleh meningkatkan kadar pH dalam perut. Bukan itu sahaja, ia juga mampu melancarkan sistem pencernaan anda.
Info lanjut: BACA SINI
4. Telur
Telur semestinya pilihan terbaik untuk sarapan pagi kerana ia tinggi dengan protein dan nutrien yang boleh meningkatkan kadar metabolisma serta memberi anda tenaga. Ia juga mengurangkan kadar pengambilan kalori harian anda.
5. Blueberry
Blueberry memiliki kadar nutrien tinggi yang mampu menstabilkan tekanan darah, tingkatkan metabolisma, memperbaiki memori serta fokus anda.
Elakkan makanan-makanan ini ketika perut kosong
1. Pear
Dulu selalu saja makan pear untuk breakfast tapi tak sangka pula ianya tidak sesuai dimakan ketika perut kosong kerana ia mengandungi kadar crude fiber tinggi yang mampu menyebabkan sakit perut dan kerosakan mucous membrane.
2. Makanan pedas
Hmmm, ramai antara kita suka makan makanan pedas semasa sarapan pagi seperti nasi lemak, mee goreng dan banyak lagi. Memang sedap tapi ia memberi kesan negatif kepada sistem percernaan kita dan menyebabkan pedih ulu hati serta kerosakan pada gastric mucosa jika diambil semasa sarapan pagi.
3. Pisang
Pisang? Kenapa?!
Bertenang. Tahu memang ramai suka makan pisang untuk sarapan pagi. Anda boleh makan pisang tapi kena sekali dengan kacang, blueberri atau madu. Elak memakan pisang sahaja kerana ia akan meningkatkan kadar magnesium dalam darah dan ini boleh menyebabkan masalah jantung.
4. Sayuran
Disebabkan mempunyai kadar amino acid yang tinggi, sayur-sayuran hijau tidak sesuai dimakan untuk sarapan pagi kerana ia berpotensi menyebabkan pedih ulu hati dan abdominal pain.
5. Buah-buahan citrus
Buah-buahan citrus seperti oren dan lemon tidak dapat dinafikan sihat kerana mengandungi vitamic C tapi kerana kadar aciditynya yang tinggi dan boleh menyebabkan pedih ulu hati dan gastric, ia tidak sesuai diambil ketika sarapan pagi especially bila perut kosong.
ooo lisa selalu minum lemon letak dengan air suam … time perut kosong . kena ellakkan ni . thanks pojie .. info berguna. Hahha pisang tu makan time pagi sedap… rasanya angin tk silap kalau makan pisang mcm gitu je
okay, kebetulan masa tengah baca entri ni perut tengah kosong hahaha.
boleh praktikkan nanti 😀
Pojie! Thank you for sharing. Tapi part makanan pedas tu selalu makan time perut kosong lelagi time breakfast. Nasi lemak je manjang..hihi…
Bagusnya perkongsian ni! Thank you, Pojie. Kadang2 memang perut kosong sebab tak sempat nak breakfast selalunya. Tak tahu nak isi apa. This really helps!
Wah, menarik betol artikel ni. ramai lagi yang x tahu tentang ni termasuk saya.
Nasi makan masa bila? 🤤
pojie, good info, kalau boleh lepas ni senarai kan pula makanan pagi utk org yg gastric.
Terima kasih pojie atas perkongsian ..kebetulan sekarang saya mengalami masaalah perut gastric yg teruk.saya akan cuba petua ni