10 sebab anda perlu travel ke Davao, Philippines

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Jika anda dah bosan dengan Manila atau Cebu dan mencari tempat yang lebih tenang, apa kata cuba teroka…

Jika anda dah bosan dengan Manila atau Cebu dan mencari tempat yang lebih tenang, apa kata cuba teroka bahagian selatan negara Philippines iaitu Davao yang terletak di rantau Mindanao. Dikenali sebagai bandar terbesar di selatan negara ini, Davao memiliki ciri-ciri tersendiri yang boleh menarik minat para traveller dari dalam dan luar negara untuk berkunjung ke sini.

Makanan sedap dan murah? Ada.

Alam semula jadi? Ada.

Aktiviti-aktiviti menarik? Ada.

Sumber: www.thousandwonders.net

Sebut saja apa yang anda cari. Pasti ada. Oleh itu, berikut merupakan 10 sebab mengapa anda perlu berkunjung ke Davao, Philippines sekarang!

1. Penerbangan terus dari Kuala Lumpur 

Tahukah anda bahawa kini anda boleh terbang terus dari Kuala Lumpur ke Davao? Yes, Air Asia telah memperkenalkan route between KUL – DVO sejak 21 Disember 2018. Ia merupakan destinasi penerbangan terus yang keempat selepas Manila, Cebu dan Kalibo.

Terdapat empat penerbangan berdurasi sekitar 4 jam antara Kuala Lumpur (KUL) dan Davao (DVO) dalam seminggu. Berikut adalah jadual penerbangan Air Asia bagi flight KUL dan DVO:

AK590 
Destinasi: Kuala Lumpur ke Davao
Hari: Isnin, Selasa, Khamis, Ahad
Masa: 10.25 pagi – 2.25 petang

AK591
Destinasi: Davao ke Kuala Lumpur
Hari: Isnin, Selasa, Khamis, Ahad
Masa: 2.55 petang – 6.45 petang

Sila layari www.airasia.com untuk search flight ke Davao!

2. Tempat asal presiden terkini Philippines

Antara salah satu perkara yang aku suka tentang Davao ni ialah ia merupakan tempat asalnya Rodrigo Duterte, iaitu presiden Philippines sekarang ni. Anda boleh cuba nasib cari rumah presiden mereka while in Davao.

Sumber: www.tr.sputniknews.com

Dengar cerita Rodrigo Duterte juga merupakan presiden kegemaran mereka sebab beliau sangat rapat dengan rakyat. Hah, siapa tahu kena jemput kopi-kopi dengan beliau kan? HAHA.

3. Keselamatan terjaga

Tanya saja mereka yang pernah berkunjung ke Davao, pasti mereka akan kata bandar ni merupakan antara bandar paling selamat di Philippines. In fact, Davao merupakan negara keempat paling selamat di Asia Tenggara dengan 28.79 peratus dan 71.21 peratus keselamatan.

Kalau keluar malam pun masih rasa selamat.
Boleh gunakan telefon bimbit atau kamera tanpa rasa takut dirompak.

Datang la sini dan saksikan sendiri sama ada selamat atau tak Davao ni. Ngehe.

4. Makanan murah

Trip ke Davao tempoh hari agak pendek untuk aku explore makanan-makanan di sini. Tapi ramai local and pengembara dari negara ini cakap makanan-makanan di sini agak murah kerana kebanyakan makanan dihasilkan di sini sebagai contoh ikan tuna terdapat di sekitar General Santos City, buah-buahan seperti pisang, rambutan, durian, pomelo dan banyak lagi.

Makanan atau restoran halal masih agak terhad tapi anda boleh pilih hidangan makanan laut sahaja. Siapa tahu bila dah ramai Malaysians atau muslim datang ke Davao, akan banyak restoran-restoran halal dibuka di sini.

5. Orang-orang Davao friendly

Ramai kata orang Davao friendly belaka. Tanya saja orang yang tinggal atau asal dari Davao, pasti mereka bangga dan gembira nak bercerita tentang betapa menariknya tempat mereka. Sentiasa ramah melayan para pengunjung luar dan sangat helpful bila kita tanya something.

Sumber: www.thousandwonders.net

Majoriti mereka sangat welcoming.
Always smile bila kita senyum dekat mereka.

At least tak ada la orang luar rasa terasing sangat kan?

6. Syurga durian!

Kalau anda jenis gila durian, anda wajib ke Davao. Durian kat sini boleh tahan murah since terdapat banyak kebun durian di sekitar Davao.

Sumber: www.choosephilippines.com

Menurut kepada orang tempatan di sini, anda boleh datang ke Davao masa festival Kadawayan, iaitu pada minggu ketiga bulan Ogos setiap tahun, kerana ia merupakan musim buah di sini dan anda boleh menikmati durian semurah RM3 sekilo. OMG!

7. Pulau dan pantai yang cantik

Bagi mereka yang minat aktiviti air, pulau dan pantai, jangan risau. Ada spot khas untuk anda. First, boleh berkunjung ke Pulau Samal atau dikenali sebagai Island Garden City of Samal (IGaCOS) yang terletak hanya sekitar satu jam dari kawasan pusat bandar Davao.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di sini seperti bersantai di tepi pantai, makan seafood, melawat Monfort Bat Cave, cuba aktiviti-aktiviti air seperti windsurfing, banana boat, scuba diving dan banyak lagi.

Kalau ada masa lebih, jangan lupa pergi ke daerah Mati (nama dia seram semacam HAHA) yang terletak di Davao Oriental Province iaitu sekitar 3 jam drive dari Davao City untuk ke Pantai Dahican.

Terletak berdepan dengan Pacific Ocean, Pantai Dahican dikatakan antara pantai tercantik di negara ini. Anda boleh enjoy angin petang sambil minum air kelapa yang menyegarkan, cuba aktiviti surfing kerana ombak di sini sangat ideal untuk aktiviti surfing dan menyaksikan pemandangan matahari terbit atau terbenam.

Gambar atas ialah pemandangan sunset di Pantai Dahican.

8. Pelbagai aktiviti adventure 

Kalau aktiviti lasak/mencabar pula macam mana? Ada ke?

Eh, dah tentu la ada. Di Davao ni bermacam-macam aktiviti mencabar yang anda boleh buat.

Sumber: www.hkfiles.wordpress.com (gambar kiri), Joey Abad (gambar tengah) dan Eden Nature Park (gambar kanan)

Ada aktiviti seperti Skycycle (kayuh basikal pada jarak 200 meter dan ketinggian 60 kaki), Skyrider (glide along sejauh 200 meter pada ketinggian 20 meter sambil menikmati view bandar Davao) dan Skyswing (swing yourself pada ketinggian 95 kaki) di Eden Nature Park iaitu resort gunung terkenal di Davao yang terletak di kawasan Toril. Ada berani?

Kalau anda takut pada ketinggian dan rasa nak cabar diri, boleh cuba Ultralight Flying melalui Mindanao SAGA Flying Club yang terletak di daerah Mati. Nampak macam menakutkan tapi sebenarnya tak. In fact, ia merupakan satu pengalaman menarik.

Anda akan dibawa menaiki flight selama 15 minit oleh pilot berpengalaman mengelilingi kawasan daerah Mati dan Pantai Dahican. View sepanjang jalan tu sangat-sangat la cantik. Rasa macam tak perlu beli drone dah. LOL.

9. Tengok Dinasaur

Hah? Dinasaur?

Ya, tahukah anda bahawa anda masih berpeluang untuk tengok ‘dinasaur’ di Davao? Ehem, boleh pandu di sepanjang coast of Davao Oriental province untuk melihat satu pulau yang dikenali sebagai Sleeping Dinasaur. It is actually pulau yang bentuknya seakan-akan dinasaur jenis plesiosaur sedang tidur. HAHA.

Bagi aku, first thing aku nampak ialah bentuk turtle tengah tidur LOL. Anyway, view dari this particular spot sangat cantik. Biru laut dan langit bercampur dengan warna hijau pokok-pokok sekeliling tu membuatkan jari aku tak berhenti ambil gambar.

Kalau ada peluang, jangan lupa singgah. Biasanya anda akan lalu spot ni (Badas Point di Barangay Dawan) kalau nak ke daerah Mati dari bandar Davao.

10. Nature nature nature!

Selain yang dinyatakan di atas, Davao juga kaya dengan alam semula jadi. Pergi la mana saja pasti mata anda akan disajikan dengan kehijauan pokok-pokok di sekeliling anda.

Anda boleh ke Mount Hamiguitan World Heritage Park terletak di San Isidro, Davao Oriental untuk mempelajari serba sedikit tentang flora dan fauna yang terdapat di sekitar Gunung Hamiguitan. Anda juga akan berpeluang untuk experience nature trail di sini. Best experience. Pastikan anda pakai pakaian serta kasut yang selesa ya.

Sumber: www.news.abs-cbn.com (gambar kanan)

Bukan itu sahaja. Davao juga tempat ideal untuk anda melihat haiwan-haiwan wildlife seperti burung Pithecophaga jefferyi (burung icon negara Philippines) di The Philippine Eagle Centre, sekitar 2.5 juta fruit-eating bat di Monfort Bat Cave, serta pelbagai hidupan laut apabila anda menyelam di pantai sekitar bandar Davao.

Tahukah anda juga bahawa Davao juga dipenuhi dengan pokok kelapa? Kalau ke sini pasti anda akan perasan. In fact, Davao merupakan penghasil kelapa utama di rantau Mindanao. Ini la peluang anda untuk merasa air kelapa segar lagi sedap.

VIDEO


Sekian saja perkongsian 10 perkara kenapa anda perlu mengembara ke Davao, Philippines. Aku akan update beberapa tips berguna buat anda yang nak ke Davao dalam entri seterusnya. In the mean time, boleh tengok perkongsian aku di media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.
Terima kasih buat Air Asia atas peluang yang diberikan untuk turut serta meneroka keindahan Davao, Philippines. Segala pendapat yang diutarakan dalam artikel ini adalah milik penulis sepenuhnya. 

4 comments

  1. Wahh tak sangka pula Davao cantik macam ni! Teringin sangat nak pergi dan experience sendiri skycyle tu. Must be very cool dapat bird-eye view kan. serba hijau dan mendamaikan dengan angin sepoi-sepoi. Fuh!

  2. Dulu asal sebut Filifina mesti terbayang macam mana bestnya scuba diving kat sana. Tapi lepas baca post ni teringin pulak nak merasa travel ke Davao

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *