10 Tips Untuk Pelajar Universiti

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Assalamualaikum readers.  Lama tak update blog disini. Here i got something to share with you guys. Maybe it…

Assalamualaikum readers.

 Lama tak update blog disini. Here i got something to share with you guys. Maybe it helps for at least a bit. InsyaAllah. Nak cerita sikit pengalaman hidup ketika kali pertama melangkah ke universiti. 

First thought that crossed to my mind was

“Bolehkah aku buat ni? Aku basic tak ada lansung dalam bidang yang aku masuk ni. Bolehkah?”

Orang lain dah bersemangat dah untuk menghadapi cabaran, aku masih tertanya-tanya ketika itu. 

Here i got some tips/things to share with you guys (especially adik-adik yang tak lama lagi bakal memasuki alam universiti) :-

Bila dah melangkah ke alam universiti, keadaannya adalah tidak sama dengan keadaan dan suasana ketika di bangku sekolah. Jauh bezanya. 

(Ini adalah berdasarkan pengalaman saya)

1. Jika pada awal semester anda punya ramai kawan, jangan terlalu berharap perkara itu akan kekal. Nak tahu kenapa? People changed. Like a lot. So, set mind itu awal-awal agar anda tidak kecewa. 

2. Ini sangat penting. Anda tidak perlulah melihat apa yang kawan anda buat, barulah anda nak terhegeh-hegeh buat. For example, assignments. Sebolehnya, jika lecturer dah brief pasal assignments, at least anda dah ada idea dan usaha untuk menyiapkannya seawal yang mungkin. Remember, first impression are obviously important.

3. Peduli apa sekeliling anda nak kata/buat dekat anda yang penting anda tahu dan anda masih berada dilandasan yang betul. Ingat, SELF CONFIDENT itu sangat penting. Jangan BLUR BLUR.

4. Bercinta? Abaikan, jangan terlalu mencari cinta dalam kampus ni. Ia tak membantu. Habiskan dulu belajar, baru simpan hasrat untuk bercinta. Nanti frust entah ke mana, result entah melayang ke mana.

5. Elakkan DRAMA. Bukan drama dimana-mana slot dalam television itu. Ianya drama bersiri alam remaja dalam universiti. 

6. Jangan terlalu pasif, banyakkan bercakap dan komunikasi antara satu sama lain terutamanya lecturer. Silap-silap nak habis semester pun lecturer masih tak cam anda siapa. Ingat tu.

7. Walau apa pun, hubungan dengan lecturer itu sangat penting. Bukan mengajar anda untuk  jadi kaki kipas atau apa, tapi dah memang kewajipan kita sebagai pelajar untuk rapat dan hormat dengan lecturer. 

8. Banyakkan bertanya, bertanya dan bertanya. Tak salah jika bertanya, lagi banyak kita bertanya, lagi banyak ilmu/pengetahuan yang kita dapat. Tapi, janganlah tanya soalan yang sama berulang kali. Itu bebal namanya.

9. Jangan hanya bergantung pada rakan-rakan anda, cuba untuk berusaha. Set mind tu, AKU PASTI BOLEH. Jangan mudah menyerah kerana menyerah itu hanya akan mendorong anda kepada kegagalan.

10. Jauhkan sikap “Ahhh! Nantilah aku buat. Ada lagi seminggu kot ‘deathline’.” Nak tahu kenapa? Jika ada buat kerja last minit, anda akan jadi serabut dan sekali gus anda tak tahu mana mula. So, jika ada masa lapang apa kata siapkan assignment dulu. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Bukan ke begitu.


Alhamdulillah, dengan berkat doa dan usaha saya, saya berjaya memiliki sijil ini


Ini bukan untuk menunjuk-nunjuk, niat untuk bagi orang yang baca ini semangat untuk lebih berusaha. 


p/s : Untuk adik-adik yang tak lama lagi akan melangkah ke alam universiti, SELAMAT DATANG dan SEMOGA BERJAYA! 


7 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *