2015, tahun yang sukar untuk dilupakan!

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Terlalu banyak yang kita lalui sepanjang tahun ini  dan aku, aku sendiri pun lalui pelbagai benda bermula dari…

Terlalu banyak yang kita lalui sepanjang tahun ini  dan aku, aku sendiri pun lalui pelbagai benda bermula dari Januari sehinggalah Disember. Nak sebut satu persatu tu rasanya jenuh la juga jari ni nak menaip kan. Setiap orang pastinya mempunyai pengalaman manis mahupun pahit sepanjang tahun. 
Dan tinggal beberapa jam lagi kita bakal masuk ke tahun 2016. Sebelum melabuhkan tirai tahun 2015, aku nak kongsi serba sedikit tentang apa yang aku lalui sepanjang tahun 2015, yang pasti semuanya sukar untuk dilupakan. 

Perkara paling signifikan berlaku dalam tahun 2015 sudah tentulah pengembaraan. Betul apa yang orang kata bahawa kita akan pelajari pelbagai perkara apabila kita pergi ke negara orang dan yang paling penting dapatlah kita merasa bagaimana menarik dan sukarnya menjadi golongan minoriti di sesuatu tempat. 
Ye la, selalu kita ni rasa selesa je berada di sekeliling orang kita sendiri. Tapi, bila travel ke tempat orang, situ barulah kita dapat merasa kelainan dan sekali gus ianya membawa kita keluar dari zon masing-masing. 
Tahun ini juga aku mula aktif menulis segala pengalaman kembara aku dalam blog dan juga majalah sebagai perkongsian (diharap berguna) kepada orang ramai. Kita travel, sekali gus kita cari maklumat penting seperti tips, yang kebanyakannya berguna kepada orang lain. 

Selain itu, 2015 merupakan tahun dimana aku mula mengenali diri ini. Apa yang aku minat, apa yang aku mahu dan apa agaknya hala tuju aku pada masa akan datang. Walaupun kita cuma mampu merancang dan Allah yang tentukan, for at least apa yang kita nak itu boleh dijadikan motivasi khas untuk kita usaha dan terus usaha demi mencapai sesuatu yang kita inginkan. 
Tiada salahnya jika kita teruskan berusaha untuk sesuatu yang baik. 
Syukur kerana aku mempunyai keluarga yang sungguh supportive, diorang setuju dan sokong minat aku. Terima kasih banyak-banyak. Tidak lupa juga insan lain yang sangatlah penting dalam hidup ini, telah banyak membantu aku dalam pelbagai aspek. Juga kepada kawan-kawan especially classmates degree yang sememangnya memberi warna untuk aku menjalani rutin harian sebagai pelajar universiti. 

Tahun 2015 juga tahun dimana aku lebih mementingkan masa depan, aku fokus dan terus fokus untuk mencapai apa yang aku impikan. Betul, memang benar apa yang dikatan “Nothing is Impossible”. Ada usaha, pasti adanya ganjaran buat kita.

Tahun 2015 juga tahun dimana aku mula bergiat aktif kembali dalam dunia blogging setelah beberapa tahun ‘lari’ dari menulis blog. Entah mengapa, tapi ada satu ketika aku punya niat untuk berhenti dan tutup saja blog ini. Biarkan ia hanya menjadi jurnal kenangan buat aku. Mungkin rasa itu datang atas faktor sibuk dalam urusan kehidupan. 
Mula menulis blog pada tahun 2009, pada awalnya aku banyak menulis perkara-perkara yang aku jalani setiap hari. Nampak seperti syok sendiri, tapi sememangnya aku enjoy berbuat sedemikian. Mungkin dah memang minat menulis kan? Selepas tu dalam tahun 2012 hingga 2014 tu aku berhenti seketika dari menulis blog (sangat jarang update blog) dan tahun ini, mulalah blog yang dah bersawang ni hidup semula. 
Dari www.pojiegraphy.blogspot.com, kini blog ni dah ada domain sendiri www.pojiegraphy.com. Ini juga inisiatif aku untuk memberi semangat ini agar terus menulis blog. 

Emotional pula bila buat entri ini. Secara automatik segala kenangan terus masuk dalam otak ni. Teringat juga lah perkara-perkara pahit yang aku alami sepanjang tahun ini. Tidak perlulah dinyatakan dalam ni kerana taknak kacau mood kita nak masuk ke tahun 2016. 
Apa pun, segala pahit yang kita lalui tu diharap boleh menjadikan kita seorang insan yang lebih matang dan kuat dalam menghadapi segala ujian pada masa hadapan.

Sebelum kita meninggalkan tahun 2015, dalam entri ini aku ingin memohon maaf sekiranya aku pernah (secara langsung dan tidak langsung) membuat korang terguris hati dengan aku dalam apa juga cara. Sesungguhnya niat nak usik korang tu ada (okfine) tapi jujur aku cakap, semua tu hanya gurauan semata dan sekiranya ianya berlebihan, anggap saja itu sebenarnya atas faktor emosi yang tidak menentu. 
Selain itu, aku juga sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang secara langsung dan tidak langsung telah membantu aku dalam apa juga perkara. Korang memang the best, aku tak mampu nak balas dan Tuhan sajalah yang mampu untuk balas jasa baik korang semua. 

2015 juga merupakan tahun dimana akhirnya aku sampai juga di semester akhir untuk degree aku. Tak sangka begitu jauh perjalanan yang aku lalui. Tak sia-sia apa yang aku korbankan selama ini kerana sesungguhnya di sini la masa depan aku. 
Segala cabaran yang aku lalui ketika semester akhir ini memang besar dan mencabar sehingga ada satu masa diri ini terasa macam nak putus asa saja. Tapi, dengan berputus asa itu tak akan membantu dalam hidup anda pun. So, keep your chin up and smile! 
Dikala orang tengah sibuk nak sambut tahun baru, aku masih lagi duduk depan laptop ni menyelesaikan tugasan-tugasan akhir yang belum lagi selesai. InsyaAllah, tinggal sikit lagi sebelum aku boleh berehat sementara dan seterusnya masuk ke alam internship. Semoga segalanya dipermudahkan. 
Tidak lupa juga, all the best buat mereka yang bakal menduduki peperiksaan. Khusus untuk classmate tersayang, all the best! Few more papers to go then we are free. Hope sangat semua akan lepas dan konvo dengan jayanya bersama-sama. 

Seperti tahun-tahun sebelumnya, aku tidak punya azam khas untuk tahun 2016. Aku just jalani kehidupan seperti biasa dan tidak akan berhenti belajar. Semoga kita semuanya dapat mencapai impian masing-masing, dipermudahkan segala urusan kita. 
Mungkin aku bukan lagi berada di tahun 2015 nanti, tapi segala kenangan akan sentiasa terpahat dalam minda dan hati aku. 
Dengan ini, aku sepenuhnya bersedia untuk menempuh tahun 2016 dan dengan rasa berat juga bersedia untuk meninggalkan tahun 2015. 
Goodbye 2015, Hello 2016

13 comments

  1. bhahaha emotional pula tulis entry cenggini ya.. memanglah.. flashback2 ni sedey..
    smoga dapat travel lebih jauh yaaa Pojie..

    Happy New Year Dik Pojie..

  2. cantik cantik gambar abang pojie. saya meminati abang dari zaman saya u lagi, kenal sebab abg pojie alumni lendu 😀 student photo juga 🙂
    saya sangat mengemari gambar2 yg abg shoot. saya harap suatu hari nanti saya akan travel seperti abg juga 🙂 teringin 🙁 lagi teringin nak travel sama2 ngan abg pojie 🙂
    take care abg pojie. harini saya beranikan diri untuk komen di entry ini 😀
    saya bukan peminat yg membawa masalah tauuu, hahaha, just hormat abg as my senior photo 🙂
    jemput singgah myblog ye abg pojie 🙂

    *tak tahu kenapa bahasa skema sgt -.-

    http://ash-tsukidate.blogspot.my/

  3. Salam 2016 sahabat. Semoga tahun 2016 ini membawa lebih kejayaan dan keberkatan Nya… aamiin.
    Salam ukhwah, lama saya tak berblogging hihii.. 🙂 🙂

  4. Itulah, bila tulis panjang-panjang ni mula la emosi semacam. Yeah, semoga dapat travel lagi tahun ni. Moga-moga ada rezeki la kan. Same goes to you, semoga dapat travel tempat best!

    Happy new year too Kak Siti!
    All the best in achieving your goals (if you do have one or two) 😉

  5. Salam super junior!

    Thanks for dropping by. Truly appreciate it.
    We came from the same school, insyaAllah you'll be doing well in future. Just keep and never stop learning ya. Grab whatever opportunities that you see right in front of you.

    Done follow your blog. Nice one!
    Happy new year awak 🙂

  6. Salam tahun baru KK!

    Same goes to you, semoga tahun 2016 memberi banyak makna, kejayaan dan keberkatan dariNya.
    All the best in achieving your goals! (if any)

    Ps: Lama tak nampak abe KK!

  7. Helo, saya baru saja menjadi follower baru awak. Baru kali ni saya jumpa blogger lelaki yg ada blog yg best untuk dibaca. Saya pun blogger juga. Entri kamu ni buat saya lebih bersemangat untuk berblogging. Kalau sudi singgahlah ke blog saya. Kalau tidak pun tak apa…hihi…
    Happy New Year bro!

    http://vandergood.blogspot.my/

  8. Your blog truly inspires people. Keep on sharing your memorable experiences!

    Love from Indonesia

Leave a Reply to She Is Farahain Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *