Jujur aku cakap sebagai seorang yang lahir dan membesar di Sabah, sampai sekarang aku belum lagi berjaya explore semua atau banyak tarikan pelancongan di negeri ni. Sama ada korang minat nature, kulinari, budaya, dan adventure, Sabah mempunyai pelbagai tempat menarik yang sesuai untuk korang yang datang dari pelbagai background.
Aku boleh kata sekali datang, confirm nak lagi. Gituh. Kalau korang tengah rancang percutian ke Sabah lagi, moga-moga senarai yang aku akan kongsikan ni bagi korang sedikit inspirasi. Kalau tak pernah datang Sabah lagi, jangan risau sebab di penghujung artikel ni aku ada berita menarik nak kongsi kat korang.
So, apa yang menarik di Sabah? Berikut merupakan 5 aktiviti menarik yang perlu korang cuba di Sabah.
Dive di semporna
Semporna tersenarai sebagai salah satu destinasi popular di Sabah kerana keindahan pulau-pulau di sini yang sangat memukau. Betul, aku sendiri setuju sebab aku dah pernah pergi. Selain itu, ia juga menerima kunjungan para traveller yang suka dive sebab di sini la terletaknya antara diving spots tercantik di Southeast Asia iaitu di Pulau Sipadan. Selain itu, terdapat juga pulau-pulau lain seperti Mabul dan Mataking.
Tak kira la kalau korang baru berjinak dalam dunia dive, berpengalaman atau just nak merasa pengalaman menyelam, Semporna ni destinasi sesuai untuk korang.. diving sites kat sini lawa. Senang nak tengok ikan bumphead fish, spesies-spesies nudibranch, barracuda fish, turtles and more.
bermalam dan nature tour di danum valley
Tahukah anda bahawa Danum Valley ni dikatakan berusia hampir 130 juta tahun dan ia merupakan rumah kepada biodiversiti yang tiada tandingan.
Terletak di Lahad Datu, Danum Valley memberikan anda pengalaman yang tidak boleh dilupakan seperti menikmati sarapan pagi sambil melihat orangutan bergerak dari pokok ke pokok, melihat gajah pygmy melintas jalan, buat nature tour untuk menghargai pokok-pokok tropika tertinggi di dunia iaitu Meranti Kuning serta mencari hidupan liar dalam gelap. Superb betul pengalaman aku ke sini. Korang kena pergi!
buat via ferrata di gunung kinabalu
Dah pernah naik Gunung Kinabalu? Dah. Dah pernah buat Via Ferrata? Belum? Kalau belum, korang wajib pergi dan buat please sebab best (bagi yang takut dengan ketinggian, it’s a challenge for you guys). Aku dah pernah buat Low’s Peak Circuit. To be honest, awal-awal memang scary but 10 – 15 minit lepas tu korang dah start enjoy.
Kenapa kena buat Via Ferrata di Gunung Kinabalu? Sebab ianya Via Ferrata tertinggi di dunia (3,776 meter), pertama di Asia dan antara salah satu suspension bridge tertinggi di dunia.
menaiki bot di sepanjang sungai kinabatangan, sandakan
Pernah tak korang terasa nak naik bot menyusuri sungai kedua terpanjang di Malaysia iaitu Sungai Kinabatangan di Sukau.
Rasai ketenganan suasana pagi sambil mencari haiwan-haiwan di sini seperti Long-tailed macaque, monyet belanda, orangutan, buaya (don’t worry, it’s safe as long as korang ikut your tour guide), pygmy elephant dan banyak lagi. Aktiviti ni memerlukan tahap kesabaran yang memuaskan sebab kebanyakan haiwan malu-malu nak keluar. So, memang kena patiently observing what’s in front of you.
menikmati sunset di simpang mengayau
Aktiviti ni bagi aku antara yang paling wajib kena buat kalau datang Sabah atau pulau Borneo. Tanjung Simpang Mengayau terletak di Kudat dan ianya dikenali sebagai Tip Of Borneo kerana kedudukannya yang terletak di hujung utara pulau Borneo dan juga sebagai titik pertemuan antara Laut China Selatan dan Laut Sulu.
Ramai yang datang ke sini sudah tentulah sebab nak menikmati pemandangan laut dan juga matahari terbenam. Kalau korang plan nak datang, pilih timing best seperti waktu sunset ya to admire this place more.
Nota: Berdasarkan kemaskini maklumat di laman web Sabah Tourism, Tanjung Simpang Mengayau masih lagi tutup untuk beri laluan kerja penambahbaikan fasiliti.
#FLYMETOSABAH CONTEST
Pada awal artikel ni aku ada mention tentang berita menarik yang akan aku kongsikan. Seperti yang dijanjikan, here it is. Sabah Tourism sedang mengadakan satu contest istimewa dipanggil #FlyMeToSabah yang menawarkan paid trip to Sabah sebagai hadiah. Bayangkan boleh pilih apa saja yang kita nak buat kat Sabah… aah, it’s like A DREAM COME TRUE!
How to join this contest?
Korang kena follow akaun Facebook dan Instagram Sabah Tourism atau antara salah satu.
Create dan publish ‘virtual letter’ kepada Sabah Tourism di Facebook atau Instagram. Jangan lupa tag akaun Facebook dan Instagram Sabah Tourism berserta dengan #SabahTourism #FlyMeToSabah.
Virtual letter? Macam mana tu? Okay, you can do it in a form of a photo, video, or creative caption in Bahasa Malaysia and English. In your virtual letter tu, you can tell Sabah Tourism apa bucket list korang and why they should choose you as the winner. Be creative!
Make sure korang set profile to public, tiada limit of entries but sorang participant boleh menang sekali je.
This contest is open to
Non-Sabah residents, West Malaysian, Sarawakian, and expatriates residing in Malaysia only.
DATE & PRIZE
Contest ini berlangsung dari 14 Februari sehingga 14 April 2022 dan pemenang (4 pemenang utama) akan di umumkan pada 28 Feb, 14 Mac, 28 Mac dan 14 April.
Setiap pemenang akan menerima travel voucher subsidy bernilai RM5,000 dan hanya boleh digunakan untuk tempah pakej tour dan flight melalui mana-mana travel agent di Sabah yang berdaftar.
Selain itu, setiap 20 entri pertama sebelum tarikh 28 Feb, 14 Mac, 28 Mac dan 14 April akan menerima merchandise dari Sabah Tourism.
Untuk info lanjut, korang boleh layari laman web rasmi FlyMeToSabah