6 Panduan Mengurus Akaun Media Sosial Anda

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Tak dapat dinafikan bahawa media sosial ni boleh memudaratkan diri. Tapi tak salah juga untuk aku katakan bahawa…

Tak dapat dinafikan bahawa media sosial ni boleh memudaratkan diri. Tapi tak salah juga untuk aku katakan bahawa ia boleh beri faedah jika kita disiplinkan diri dan bijak mengurus masa menggunakan akaun-akaun yang kita ada. Setuju tak?

Sebagai penulis blog, aku cuba manfaatkan akaun-akaun media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube untuk menarik minat para potential clients atau target audience. Zaman sekarang banyak syarikat perniagaan termasuklah blogger dan influencer menggunakan platform ini untuk jana pendapatan lebih. Betul, ia memang berkesan. Kalau tak dapat income dari sini, at least boleh tingkatkan visibility di atas talian.

Anda boleh nampak outcome positif sekiranya akaun media sosial anda berkualiti dari segi content khususnya. Jujur, untuk kekalkan performance setiap platform bukanlah satu perkara yang mudah. Ia perlukan pengorbanan dari segi masa dan tenaga.

Dalam entri ini, saya cuba kongsi sedikit pengetahuan atau panduan buat mereka yang menggunakan media sosial untuk perniagaan atau sebagai landasan untuk kongsi isi dari blog.

NOTA: Untuk makluman anda, artikel ini dituliskan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sendiri. Jika ada antara anda tidak setuju dengan pendapat aku ni, It’s fine. Feel free to share you thought dalam ruangan komen di bawah ya. I highly value your feedback and opinion.

Tips-tips Mengurus Akaun Media Sosial

1. Planning dan Strategi

Kalau dulu, aku tak ada plan langsung. Aku guna media sosial untuk suka-suka. Post apa yang aku suka. Merepek atau tidak merepek, aku post saja. Tapi sekarang ni aku nampak kelebihan jika kita kawal content-content yang bakal kita kongsi dalam media sosial – feed atau profil kita nampak lebih teratur dan professional.

Jika ingin menarik perhatian para potential client, anda perlulah memperkemaskan platform-platform yang terlebih dahulu. Kebiasaannya, aku akan buat to-do list untuk pastikan aku sentiasa on track dan tak terlupa apa-apa. Almaklumlah, kadang-kadang aku ni boleh terlari dari landasan juga. 
Anda perlu ada target dan strategi.
  • Target dalam konteks ni merujuk kepada objektif anda sama ada nak tingkatkan trafik blog atau tarik lebih ramai follower dan reader. Jadikan ia sebagai penanda aras kejayaan anda. Selagi tak capai, selagi tu la jangan berhenti berusaha. Tapi kalau dah capai, teruskan perbaiki kualiti anda. 
  • Strategi pula bermaksud cara untuk capai target-target anda. Sebagai contoh, jika anda nak dapatkan 5,000 pengikut di Twitter, anda perlu kongsi content menarik setiap hari secara konsisten atau anjurkan giveaway menawarkan hadiah-hadiah menarik. Ingat, ini perlu dilakukan secara konsisten agar para pengikut atau target audience mempunyai sebab yang solid untuk follow anda

Tip: Jika anda rajin, buat jadual ringkas dan senarai tentang topik-topik, waktu posting dan sebagainya. Ianya berguna dan juga menarik.
2. Kenali Target Audience Anda

Pertama sekali, anda perlu cari identiti atau niche platform anda seperti gaya hidup, kulinari, travel, teknologi, sukan atau campur-campur. Lebih baik ada spesifik niche agar mudah nak tarik audience dan juga client. Walaubagaimanapun, mempunyai pelbagai niche pun ada kelebihan juga kerana anda boleh reach wider audience dan klien (tapi cabarannya ialah nak kekalkan kualiti serta seimbangkan content).

Bila dah tahu tema atau niche anda, mula la explore dan cuba untuk tarik target audience anda di mana-mana group page, hashtag dan sebagainya. Sekarang aku banyak guna hashtag untuk tarik perhatian para target audience.

Sekali lagi, proses ini nampak mudah tapi memang memerlukan masa dan komitmen dari anda. Korban sedikit but anda akan rasa lega bila nampak outcome.

3. Interaksi/Engagement

Image via www.act-on.com

Tugas kita ialah untuk respon setiap soalan yang diajukan oleh mereka, share content, like or comment post dan be fun. Semua ini dipanggil sebagai engagement. Setelah beberapa bulan buat observation dalam media sosial, aku sedar elemen ini sangatlah penting jika anda ingin kekalkan kualiti akaun anda.

Lain la kalau anda tu artis meletop macam Selena Gomez, post gambar, confirm beratus ribu like dan comment. Tak perlu engagement pun. Obviously, this falls in different category.

Ingat saja prinsip ni “Jika anda bagi kat orang, pasti orang akan balas balik“. Rajin-rajinkan la diri berinteraksi dengan audience anda. Bukan post status/gambar and that’s it. Biar cepat atau lambat, at least balas.

4. Focus Satu Platform Sahaja

Hah, kenapa satu platform sahaja sedangkan ada Twitter, Facebook dan Instagram?

Betul. Kebiasaannya kita akan guna tiga platform utama ni sebab semua sedia maklum bahawa ketiga-tiga platform ini mempunyai ciri-ciri dan juga bentuk audience yang berbeza. Sebagai contoh, Twitter ni lebih instant atau laju. Instagram pula pentingkan visual.

Untuk beginner, adalah lebih baik kalau fokus satu platform sahaja. Maksud aku ialah apabila anda beri tumpuan lebih pada satu platform, anda boleh belajar dan biasakan diri sediakan content. Biasanya sama sahaja untuk semua platform cuma beza in term of saiz gambar, jumlah patah perkataan dan etc.

Selain itu, anda boleh perform dengan baik bila fokus pada satu platform sahaja. Once dah capai target, baru la anda tarik audience untuk ke platform yang lain. Nampak tak strategi dia? Bunyi macam makan masa yang agak lama tapi percayalah anda akan puas hati dengan hasilnya.

5. Visual, Visual dan Visual

Betul, beri banyak maklumat dalam caption atau status tu satu perkara yang dianggap berkualiti sebab kita sampaikan sesuatu kepada audience kita. Tapi, kita tak boleh selesa sangat dengan apa yang kita ada. Kena usaha untuk tarik orang baharu (followers/audience) ke akaun media sosial kita.

Macam mana nak buat? Hasilkan visual menarik. Dalam bahasa lain, click-bait visual. Click-bait visual bermaksud something yang catchy dari segi subjek, warna dan etc. Sebagai contoh, kalau tema anda ialah travel, kongsi gambar tempat-tempat menarik. Jangan asyik post gambar selfie je.

Lagi satu, elakkan daripada terlampau banyak kongsi poster iklan brand. Sebaliknya cuba jaga kualiti content anda. Tanya pada diri sendiri “Nak ke follow akaun yang dipenuhi dengan iklan, iklan dan iklan?“. Bila orang buka akaun media sosial anda dan tertarik dengan content-content yang anda kongsi, confirm mereka akan follow.

6. Beri Tumpuan Pengikut Baharu

Kalau nampak ada new follower, jangan buat dek je. Cuba untuk berinteraksi dengan mereka seperti beri simple welcome message (lebih baik kalau ada mention nama dan bagi personal touch sikit sebagai contoh puji gambar terkini, adore trip ke sesuatu tempat or anything – so that diorang rasa welcome message tu dibuat secara personal instead of guna auto message or etc).

Jangan lupa untuk engage dengan content mereka juga seperti ‘like‘ atau komen. Lagi baik kalau follow balik akaun mereka but ini terpulang pada diri sendiri la kan.This is how you appreciate them. Dengan ini, mereka tak rasa keberatan nak engage dengan content korang.


Itu sahaja tips yang aku boleh kongsi. Once again, ini adalah berdasarkan kepada pengalaman aku sendiri. Aku selalu baca artikel-artikel perkongsian mengenai pengurusan media sosial di Internet dan pratikkan kat akaun-akaun aku. Berhasil, tapi kena sabar dan korban masa siki sebab result tak datang secepatnya. Kena konsisten dan rajin.
Bagaimana anda urus akaun sosial media anda? Ada sebarang tips tambahan? Kongsi dalam ruangan komen di bawah.

10 comments

  1. eh ehbat lah pojie ni #idola HAHAHA apsal i punya komen msti nk membahan HAHAHAHA btw creating personal engagement dgn new followers is a new thing for me, yeayyy will practice that!! thanks! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *