7 Aktiviti Menarik di Terengganu #BeautifulTerengganu

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Jika anda tanya tentang negeri kegemaran yang terdapat di Malaysia, sudah tentulah Terengganu menjadi salah satu destinasi kegemaran…

Jika anda tanya tentang negeri kegemaran yang terdapat di Malaysia, sudah tentulah Terengganu menjadi salah satu destinasi kegemaran aku. Terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, negeri ini sememangnya menawarkan kepelbagaian kepada para pengunjung, antaranya ialah budaya, pemandangan alam semula jadi dan kulinari.

Pertama kali datang ke Terengganu ialah pada tahun lepas, untuk Pesta Candat Sotong Antarabangsa. Datang untuk pertama kali terus jatuh cinta dengan negeri ni. Bukan sebab jumpa jodoh atau apa dekat sana (oops), tapi sebab macam-macam boleh buat dekat sana. Kalau ada rezeki dan peluang, pastinya aku akan berkunjung ke sana lagi. InsyaAllah.


Boleh Tonton Video Squid Jigging aku DI SINI

Memandangkan aku dah jejak kaki ke Terengganu, nak jugalah kongsi sedikit sebanyak pengalaman dan aktiviti yang korang boleh buat bila datang Terengganu ni. Antaranya ialah:-

Bergambar di sekitar China Town

Terletak di Kuala Terengganu (berdekatan dengan Sungai Terengganu), China Town merupakan salah satu tumpuan para pengunjung yang datang ke sini. Bangunan-bangunan di sini juga agak menarik (best untuk ambil gambar). Pada waktu siang, korang boleh la ambil gambar di sekitar sini. Kalau waktu malam pula, korang boleh jalan-jalan tengok jualan pasar malam dan sebagainya. Tidak lupa, terdapat juga pelbagai majlis atau festival yang diadakan di China Town ni.

Lokasi: Kuala Terengganu, Terengganu

Bermain dengan gajah di Perkampungan Gajah Kenyir (Kenyir Elephant Village) 

Baca pengalaman aku ke Perkampungan Gajah Kenyir DI SINI

Sebagai seorang pencinta alam, Perkampungan Gajah Kenyir ternyata tidak menghampakan aku. Kunjungan ke sini penuh dengan rasa puas hati sebab dapat berjalan dan menikmati pemandangan tumbuhan hijau yang cantik serta berpeluang untuk melihat persembahan gajah. Gajah di sini memang friendly dan bijak!

Lokasi: Pengkalan Gawi, Sungai Telemong, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu, Malaysia
Harga tiket: RM15 (kanak-kanak), RM30 (dewasa)

Melihat keindahan Masjid Kristal

Menjadi salah satu bangunan ikonik di Terengganu, Masjid Kristal bukan hanya menerima kunjungan daripada mereka yang beragama Islam untuk menunaikan ibadah tetapi ia juga menerima kunjungan daripada orang ramai yang datang dari latar belakang agama berbeza. Ianya secara rasmi dibuka pada 8 Febuari 2008. Seni bina masjid ini tentu akan membuat anda terpukau!

Lokasi: Pulau Wan Man, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia


Kutip Kepah di Kampung Mangkuk

Apa salahnya cuba perkara baru kan? Okay, kalau anda berada di sekitar Setiu, boleh la cuba-cuba mingle around dengan local kat sini. Mana tahu diorang baik hati nak bawa korang pergi kutip kepah. Nothing much, sekurang-kurangnya kita dapat rasa bagaimana sukarnya untuk kutip kepah ni. Memang ambil masa agak lama dan terpaksa berjemur dibawah terik matahari.

Lokasi: Kampung Mangkuk, Penarik, Setiu, 22120 Kampong Mangkok, Malaysia


Snorkeling di Taman Laut Pulau Redang

Baca pengalaman dan tios aku buat aktiviti snorkeling di Taman Laut Pulau Redang DI SINI

Snokerling, selalu menjadi kegemaran aku dan mungkin ramai orang. Dengan airnya yang begitu jernih, Pulau Redang pastinya tidak menghampakan jika anda nak menyelam dan tengok hidupan laut. Ianya memang terkenal, oleh itu pandai-pandai la korang plan masa nak visit ke sini (untuk elak sesak ramai orang).

Lokasi: Pulau Redang, Terengganu, 21080 Kuala Terengganu, Malaysia
Jom candat sotong! 

Baca pengalaman aku mencandat sotong DI SINI 

Diadakan mengikut musim yang sesuai, candat sotong juga salah satu tarikan utama di Terengganu. Sama seperti mengutip kepah, dengan melakukan aktiviti ini, anda secara tidak langsung akan sedar betapa susahnya nak tangkap sotong. Selain itu, anda juga dapat menikmati pemandangan matahari terbenam sambil candat. Boleh sewa satu bot dan pergi beramai-ramai.

Lokasi: Salah satu tempat terbaik untuk mencandat ialah di Pulau Redang.

Bersuka ria di Taman Tema Air Kenyir

Baca pengalaman aku di Taman Tema Air Kenyir DI SINI
Ini dikira antara tarikan baharu terdapat di Terengganu. Ianya sesuai untuk satu keluarga meluangkan masa bersama kerana tempat ini agak besar dan juga ada pelbagai jenis permainan air yang sesuai untuk kanak-kanak dan juga dewasa. So, kalau plan nak ke taman tema air, boleh la datang ke Taman Tema Air Kenyir.

Lokasi: Kenyir Water Park, Pulau Poh, Tasik Kenyir, Ulu Terengganu, Terengganu

Harga tiket: RM15 (Kanak-kanak), RM25 (Dewasa) 

Haaaa, macam mana? Teruja tak tengok aktiviti-aktiviti yang korang boleh buat di sini? Itu baru sikit je. Banyak lagi korang boleh buat dekat Terengganu. 
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Beautiful Terengganu, boleh layari:
Laman web: www.beautifulterengganu.com
Facebook: www.facebook.com/beautifulterengganu
Twitter: www.twitter.com/tourismtrg

7 comments

Leave a Reply to Mummy Julia Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *