Sekali gus, ia juga bertujuan untuk mempromosikan Wales dan Cumbria sebagai destinasi berpotensi tinggi untuk menarik para pengembara di luar sana. Semestinya, dua destinasi ini perlu anda kunjungi apabila berada di United Kingdom. Please.
Baca juga: Journey to Wales and Cumbria Starts Now
Memandangkan filem arahan Guy Ritchie ini tidak lama lagi akan ditayangkan, semestinya aku adalah antara mereka yang tak sabar nak tengok. Since dah berpeluang untuk pergi ke beberapa lokasi penggambarannya, bertambah excited la nak tengok.
Sementara menunggu filem ini secara rasminya ditayangkan di pawagam, apa kata kita lihat beberapa destinasi yang dijadikan sebagai set penggambaran dalam filem ini. Siapa tahu boleh menjadi wishlist korang.
1. Tryfan Mountain
Image via Walk Snowdonia |
Tryfan Mountain terletak di Snowdonia National Park, Wales yang dikatakan banyak berkait rapat dengan lagenda King Arthur, termasuklah pedangnya Excalibur dan ahli sihir bernama Merlin. Tryfan Mountain terletak di Ogwen Valley, iaitu puncak paling terkenal di Britain.
2. Vivian Quarry
Vivian Quarry juga terletak sekitar Snowdonia National Park. Ia terkenal dengan aktiviti air termasuklah scuba diving. Mereka yang suka menyelam boleh la ke sini dan sertai program Divemaster Professional Course anjuran PADI.
3. Capel Curig
Image via Visit Britain |
Menurut laman web Media Visit Britain, dikatakan bahawa beberapa kru dan pelakon pernah di kampung Capel Curig, iaitu River Llugwy. Ia merupakan salah satu kampung terletak di utara Wales dan mempunyai populasi sekitar 206 (rekod pada 2011).
4. Nant Gwynant
Satu perkataan untuk tempat ni, MENAKJUBKAN! Ia juga antara tempat yang menyedarkan aku bahawa Wales sememangnya cantik. Ia merupakan valley terletak di utara Wales dan terkenal dengan sejarah Roman fort, campsite serta aktiviti outdoor seperti hiking, sightseeing dan banyak lagi.
5. King Arthur’s Cave, Wye Valley (Sempadan antara Wales dan England)
Image via Visit Britain |
Salah satu babak dalam filem ini diambil sekitar gua bersejarah yang dinamakan sebagai ‘King Arthur’s Cave‘, terletak di The Doward, Wya Valley. Ia merupakan salah satu tempat yang memiliki keindahan alam terletak di sempadan Welsh, sesuai untuk aktiviti horseback riding, melihat beberapa castle, aktiviti lasak.
Perjalanan ke sini mengambil 1 jam memandu dari Cardiff dan 3 jam memandu dari London.
6. The Quiraing, Isle of Skye, Scotland
Image via Visit Britain |
Dianggap sebagai landscape tercantik di Britain, Isle of Skye tidak terlepas daripada menjadi tumpuan para pengembara yang datang ke Scotland dan juga para penggiat filem terkenal, termasuklah filem King Arthur: Legend of The Sword.
Pulau ini memiliki sejarah menarik, pemandangan gunung dan garis pinggir laut yang cantik. Anda boleh terokai harta alam pulau ini termasuklah Old Man of Storr, banjaran gunung Cuillin dan Quiraing.
7. Windsor Great Park, South-East England
Image via Visit Britain |
Akhir sekali ialah Windsor Great Park. Anda pasti akan dapat lihat taman ini dalam filem King Arthur: Legend of The Sword. Jika anda pernah impikan untuk menunggang kuda sekitar taman yang dipenuhi dengan rusa dan menyaksikan kediaman Puteri Windsor Castle pada jarak dekat, di sini la tempat yang sesuai untuk merealisasikan impian anda. Boleh la feeling-feeling sikit kan?
Tidak kira sama ada anda penunggang kuda yang berpengalaman atau amatur, anda masih berpeluang untuk menaiki kuda dan berjalan di sekitar Windsor Great Park dengan Tally Ho Stables.
wah..menarik sekali
Wow. stunning pictures… lagibest kalau dpt tgk depan mata nih
Hi Faizal, thank you. Indeed kalau tengok dengan mata sendiri lagi awesome!
Terima kasih, MKL 😉
smuanya cntik2.. bestnya la kalau dpt kesana. hehe
It reminds me of the place I went di Ireland, called Glendalough waktu belajar dulu.
Ya Allah cantknya semua lokasi pojie!
Cantiknye, bila la agaknya dapat jejak kaki ke sana. wuwuwu
Terbaik lah pojie!!! Gambar2 yang cantik
Semua tempat tu cantik2 dan menarik sangat..