8 Pengajaran Hidup Perlu Dipelajari Sebelum Berumur 30

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Pictures are from Yahoo! News. Ehem. Mungkin entri kali ini agak sensitif bukan kepada semua tetapi kepada mereka…

Pictures are from Yahoo! News.
Ehem. Mungkin entri kali ini agak sensitif bukan kepada semua tetapi kepada mereka yang telah masuk ke alam siri 30. Lupakan tentang isu sensitiviti itu, ayuh kita yang masih lagi mentah ini memulakan langkah baru dan menetapkan perkara-perkara dibawah ini sebagai panduan untuk masa depan. Mujurlah saya terbaca tentang artikel ringkas ini seawal umur 20 tahun ini. Sebenarnya 21 tahun untuk tahun ini tapi belum lagi masuk hari lahir saya, so saya assume saya masih lagi umur 20 tahun. *EVIL LAUGH*

Okay, jom terus ke topik yang sebenar.

Kawan makan kawan, kawan cakap belakang, orang benci tanpa sebab. Hmmm. Itu semua perkara normal lagi-lagi kita yang golongan muda mudi ini. Sesetengah orang keliling kita ini kurang senang jika kita dapat lebih sedikit daripada mereka dan akhirnya, timbul perasaan hasad dengki. Pengajarannya, pedulikan mulut-mulut jahat yang cuba menjatuhkan anda. Stand out with your own faith!

Memang tak salah untuk kita selalu berkerja keras dalam sesuatu perkara yang ingin dicapai tapi kita kena ingat zaman yang semakin dibanjiri dengan pelbagai cabaran ini memerlukan kita berkerja secara bijak atau lebih mendalam lagi ialah berkerja dengan memakai otak sekali bukan hanya menggunakan tenaga semata. Sama seperti bila kita belajar. Kita bukan hanya ‘telan’ apa yang kita dapat pada setiap buku yang kita baca, kita perlu juga EXPLORE sesuatu itu dengan cara lain. Bagaimana? Start think creatively people! 

Keperluan dengan keinginan adalah perkara yang ternyata begitu jauh bezanya tapi siapa yang tidak mahu ingin hidup senang kan? Dibanjiri dengan pelbagai barangan berharga, rumah besar yang selalu menjadi idaman orang ramai, memiliki kereta pelbagai siri. Tipu kalau ada yang tidak ingin memiliki semua itu. Tapi, sampai bila kita akan bahagia dengan semua itu? Ketahuilah perkara-perkara yang betul-betul anda perlukan untuk masa depan. Read between the lines.

After knowing the things that you really-really need, its time to make some changes in you. Ubah setiap perkara yang anda telah sedar bahawa itu adalah salah dan tidak memberikan apa-apa faedah kepada anda. Contohnya, cara permakanan, cara hidup dan sebagainya. Perlu ingat, semakin meningkat umur kita, semakin berkuranglah produktiviti hidup jika tidak dimanfaatkan daripada awal-awal lagi. Its your chance to change people!

Ini paling penting. Membazir masa adalah cukup-cukup merugikan. Lebih rugi daripada anda membazirkan duit yang anda ada kepada perkara yang tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada diri anda. Kadangkala kita tidak sedar bahawa masa itu berjalan dengan begitu pantas kerana kita begitu leka dengan apa yang sedang terjadi. Appreciate every minutes that you had or else you’ll regret when you get older and you don’t achieve anything in your life. Remember, TIME MANAGEMENT! 

Semakin kita dewasa, semakin banyak ragam cabaran yang kita bakal tempuhi. Pada satu masa kita semua akan mengalami masa sukar iaitu kesukaran dalam menentukan suatu perkara. Macam-macam andaikan yang bakal anda dengar. Satu cara untuk mengatasi semua kesukaran ini, adalah perlukan percaya dengan kata hati anda. Jangan mudah berubah fikiran hanya kerana pelbagai pendapat yang anda dengari. Kalau anda rasa itu adalah terbaik buat anda, teruskan dan ubahlah jika anda rasa ianya tidak patut. Pendek kata, tolonglah berpendirian teguh sedikit.


“SEMUA YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA”
Ungkapan diatas selalu digunakan oleh hampir semua daripada kita ini apabila ditimpa musibah ataupun perkara yang tidak baik. Ungkapan ini juga adalah salah satu cara untuk kita menerima sesuatu yang buruk itu dengan hati dan fikiran yang positif walaupun hakikatnya hati sudah hancur berderai dengan apa yang terjadi. So, janganlah kesali dengan apa yang terjadi kerana setiap perkara yang terjadi itu pasti ada hikmahnya. 


INI FAV SUB TOPIC!
Ramai yang sanggup berkerja keras, sanggup tidak makan, sanggup kehilangan apa saja asalkan mereka tidak kehilangan typical type of ‘class’ which means “I want to be classy in others eye”. Sanggup belanja sehabisnya untuk beli handbag, pakaian berjenama harga sehelai saja sudah boleh cover belanja makan untuk setengah tahun agaknya. Sanggup belanja untuk gajet-gajet termahal dalam kalangan mereka agar mereka sentiasa menjadi tumpuan. Stop it. Tahu itu merupakan hak masing-masing tapi kenalah beringat umur kita semakin meningkat dan begitu juga tanggungan kita lagi-lagi kalau yang sudah berkeluarga. Utamakan perkara yang boleh menjamin diri anda untuk masa depan dalam jangka masa yang panjang sebagai contoh membuat pelaburan. Beli rumah, dan terus melabur. Barangan-barangan berjenama boleh dibuat untuk melabur? Boleh, tapi dalam jangka masa yang pendek. Datang model baru, habislah jatuh merundum harga barang yang anda miliki. Untuk yang ini, saya juga cuba untuk #NoteToMySelf kerana kadangkala nafsu ini membutakan mata dan hati kita sehingga kita lebih mementingkan kepada keinginan daripada keperluan.



(Kebiasaannya umur 30 dan keatas ini adalah umur bagi mereka yang sudah berumahtangga)
Apa yang saya pelajari sebelum masuk 30?

/Mendukung bayi yang baru lahir dengan betul/

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *