8 Tempat Menarik di Gangwon, South Korea

Pastikan korang masukkan 8 tempat ni dalam itinerari Gangwon

Sharing is caring!

Sebut saja South Korea, confirm ramai yang excited especially those yang into K-pop and Kdramas. Last month (September 2023), aku travel ke South Korea untuk explore tarikan pelancongan atau tempat menarik yang ada di Gangwon.

Kenapa Gangwon? Mungkin ada yang dah puas explore Seoul dan perlukan destinasi lain untuk diterokai. Plus, Gangwon juga mempunyai pelbagai jenis tarikan daripada alam semula jadi, makanan, budaya… dan juga shooting location untuk k-pop band.

What is it? Keep scrolling.

 

Sedikit tentang Gangwon

South Korea mempunyai 9 wilayah dan salah satunya ialah Gangwon yang terletak di bahagian Semenanjung Timur South Korea. Selain Jeju, Gangwon juga merupakan self-governing province di negara ni.

Gangwon ni dah mula dapat perhatian umum since jadi tuan rumah untuk Winter Olympics & Paralympics pada 2018 di Pyeongchang. Selain itu, ia juga banyak difeature dalam kdramas dan kpop music scenes kerana pemandangan alam cantik yang terdapat di sini. Senang cerita, korang visit Gangwon in any season, tetap ada tarikan menarik.

Sebelum bercerita tentang tempat menarik di Gangwon, aku nak kongsi cara perjalanan aku ke Gangwon. First, aku naik flight AirAsiaX dari Kuala Lumpur ke Incheon. Perjalanan flight mengambil masa sekitar 6 jam 30 minit. From Incheon tu, ada banyak option pengangkutan nak ke pelbagai area di Gangwon seperti by bus or train. Gangwon ni tak la jauh sangat from Seoul sebab ramai juga yang buat daytrip ke Gangwon.

 

Now, apa 8 tempat menarik boleh diterokai di Gangwon tu?

 

1. Samcheok – Maengbang Beach

Untuk BTS army, aku tak perlu cerita. Sebut saja nama beach ni confirm diorang tahu apa. Mangbang Beach merupakan lokasi pilihan BTS  untuk shoot album jacket of their album named “Butter” pada tahun 2021. Walaupun dah masuk tiga tahun, they still keep most of the props like sunbeds, beach volleyball arena, dan surfboards so that visitors boleh pose just like them.

Best time to visit is masa bright and sunny days. Make sure check weather forecast before korang pergi. Another thing is opposite of the beach is a nice pine forest juga a nice place to capture cool photos!

 

Mangbang Beach 

Location | Entrance Fee: N/A

 

2. Donghae – Mureung Byeolyucheonji

Mureung Byeolyucheonji ni sebelumnya ialah limestone mine. Kini ia jadi sebagai tarikan untuk para pengunjung buat pelbagai aktiviti outdoor sambil dikelilingi alam semula jadi. Ia beroperasi selama 40 tahun dari 1978 hingga 2017 dan lepas tu menjadi the largest abandoned mine in South Korea. Donghae City mengambil masa sekitar empat tahun juga to make this place look green again.

Visitors boleh cuba sky gliding, zip line, or simply enjoy the views. For me, tempat ni tenang dan banyak spot menarik untuk nature photography.

 

Mureung Byeolyucheonji

Location | Website

 

3. Donghae – Hyunsangso Cafe

Cafe ni terletak di area garden dan berkonsepkan ala-ala Eropah. Interior & deco cafe ni terdiri daripada barangan vintage menjadikan ia spot menarik untuk ambil gambar. Memang ramai pun OOTD kat sini. Aku recommend korang datang masa siang where lighting is on point.

Top picks: pumpkin pie, sea salt cream latte, & apple pie.

 

Hyunsangso Cafe

Location | Website

 

4. Gangneung – Ojukheon House

Ojukheon House merupakan salah satu historical gems di Gangwon. Ia merupakan ancestrol home of a famous painter, Shin Saimdang dan anaknya Yulgok Yi I. Diorang ni kira individu penting in the history kerana sumbangan mereka kepada kingdom dan komuniti. Korang juga boleh tengok rumah ni dipaparkan pada duit kertas KRW5,000.

Memang menarik untuk korang pelajari sejarah dan maklumat mengenai Ojukheon House. Make sure hire tour guide ya guys. On top of that, korang juga boleh sewa hanbook (pakaian tradisional Korea) dan bergambar di sekitar sini.

 

Ojukheon House

Location | Website

 

5. Gangneung – Jungang Market

Kalau korang into local markets, Jungang Market wajib ada dalam itinerary korang. Market ni dah beroperasi sejak tahun 1980 dan ianya terbahagi kepada dua bahagian iaitu traditional market dan fishery market. Ada pelbagai street food korang boleh try but don’t expect easy to find halal one here. In case you wanna relax at cafes, boleh pergi ke second floor.

Not into the food? You can still roam around tengok the locals punya routine. It’s also a good opportunity for street photography.

 

Jungang Market

Location | Website

 

6. Gangneung – Jumunjin Beach

This place need no introduction among those who are into KPOP. Jumunjin Beach ni mula popular not just dalam South Korea but also worldwide sebab ia merupakan shooting location untuk album cover BTS yang bertajuk ‘You Never Walk Alone’.

The spot is instagrammable but sometimes perlukan kesabaran untuk shoot kat sini ya sebab queue panjang and tak boleh nak lama-lama. Nanti korang kena bagi bombastic side eye. Selain daripada ambil gambar kat bus stop, you guys can admire the beach views and pine forest just a few meters away from the bus stop.

 

BTS Bus Stop at Jumunjin Beach

Location | Website

 

7. Gangneung – Gangneung Coffee Street

Korang tau tak yang Gangneung ni merupakan local district pertama di South Korea yang menganjurkan festival kopi? Yup. It’s their effort to support coffee artisans sekali gus mempromosikan industri kopi seperti coffee museum, akademi barista dan banyak lagi. Sebab tu juga la they have a place called Gangneung Coffee Street yang memberikan para pengunjung peluang untuk menikmati kopi, desserts dan tea di sekitar 30 cafes.

Yang penting, opposite of the coffee street is Anmok Beach with a view. Boleh la feeling-feeling.

 

Gangneung Coffee Street

Location 

 

8. Chuncheon – LEGOLAND

Peminat LEGOLAND, make your way to the 10th largest Legoland attraction in the world in South Korea specifically in Chuncheon. There are around 40 rides and attractions for visitors to try. Most of them are kids-friendly attractions. Pergi theme park ni ideally kena spend at least half day to fully enjoy it.

In case you’re in a tight schedule, korang wajib try these – The Dragon roller coaster @ LEGO Castle & Wave Racers @ LEGO City.

 

LEGOLAND

Location | Website

 

Itu saja perkongsian aku untuk trip Gangwon, South Korea ni. Terima kasih kepada Gangwon Tourism Organization & AirAsia for making this wonderful trip possible.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *