Air mataku menitis ketika melihat Gerhana Matahari Penuh di Palembang
Keseronokan masa malam tu memang dirasai seakan tiada esok harinya. Nasiblah kami ada tour guide yang sangat membantu dan menepati masa (siapa cakap “Okay guys, I’ll be your alarm”) kalau tak, confirm ke laut semuanya. Sedar tak sedar, rupanya esok kena bangun awak. SEAWAL PUKUL 4 PAGI.
Gambar atas: Begini la keadaannya masa tu. Hingga sampai satu saat tak boleh nak bergerak sangat kerana terlampau sesak.
Pada jam 6.20, cahaya matahari mula menyinari bumi. Langit pun dah mula menampakkan kepulan-kepulan awam ibarat gula-gula kapas gitu. Masa tu hati dah mula bertanya “Bila nak berlakunya gerhana matahari total?”
GERHANA MATAHARI TOTAL
Kita semua tahu gerhana ni ada pelbagai jenis dan yang jarang sekali berlaku sudah tentulah gerhana matahari penuh (Total Solar Eclipse). Katanya, ia mengambil masa sekitar 350 tahun untuk berlaku di tempat sama. Wow!
Palembang merupakan antara beberapa lokasi di 12 provinsi Indonesia yang bakal melihat fenomena ini. Gerhana Matahari Total ini juga pernah terjadi di Indonesia sebelum ini iaitu pada 1983, 1988 dan 1995.
Gerhana Matahari Total mempunyai 4 fasa iaitu bermula dengan Partial Eclipse Begins (sekitar 6.20am) sehinggalah Partial Eclipse Ends (8.25am).
Gambar atas: Keadaan langit ketika gerhana matahari berlaku
Bagaimana gerhana matahari total berlaku? Ianya terjadi apabila bulan melepasi antara matahari dan bumi dan sebab itulah terjadinya ‘malam’ selama 1 minit 52 saat.
Sekitar 7.20 pagi, langit dah mula gelap, orang ramai mula mengeluarkan gajet-gajet mereka untuk ambil gambar/video. Aku pula sampai terlupa nak ambil kamera sebab teruja sangat tengok saat ni. Tapi, kalau tak ambil video/gambar, macam mana nak kongsi dekat orang kan?
Dengan pantas aku guna gopro, rakam video ketika itu. Bulu roma meremang sepenuhnya (orang Indonesia kata merinding) apabila pengacara meminta semua untuk berdoa dan senyap seketika. Lepas tu, kedengaran pula bacaan selawat. Bertambah la meremang bulu roma ni.
Kalau nak tambah feel, korang boleh tengok video yang aku hasilkan DI SINI
Pada jam 8.20, langit sudah mula cerah sepenuhnya, orang ramai pun mula beredar. Maka berakhirlah sudah pertemuan istimewa antara Matahari dan Bulan. InsyaAllah, jumpa lagi pada pertemuan yang seterusnya (jika diberi umur yang panjang). Amin.
Terima kasih kepada pihak Tourism South Sumatra atas jemputan yang sangat-sangatlah berharga ini. Nantikan entri-entri seterusnya kerana ekspedisi ini bukan terhenti hanya di sini.
KLIK SINI untuk ikuti pengembaraan kami ke Selatan Sumatera.
kakitravelkhairuddin.blogspot.com
Bro banyaknya berjalan sekarang ye.
Mawardi yunus
Subhanallah. I feel u bro :")
Ana Jingga
Subhanallah..mengagumi kebesaranNya.
Khir Khalid
Subhanallah… gambar suasana gerhana tu cantik… apatah lagi klu menyaksikan dgn mata sendiri kat sana tu… menarik.
bukanrastaman
Subhanallah..
keren sekali mas
Pojiegraphy
Tu la, meremang bulu roma masa tu. Sampai sekarang, kalau tengok video pun masih lagi boleh rasa!
Pojiegraphy
Takde la, huhuhu!
Pojiegraphy
Subhanallah. Indah betul ciptaanNya.
Pojiegraphy
Betul abg KK. Tapi sayangnya haritu awan atau asap agak tebal sampai tutup view gerhana tu. Dapat rasa 'malam' untuk 1 minit pun dah lebih dari cukup, priceless moment!
Pojiegraphy
Iya, aku lagi takjub melihatnya. SubhanaAllah!
Kai
Aku tengok yang kt ofis pun dah rasa takjub, ni lagi kau dapat tengok total solar eclipse. Subahanllah untung kau Pojie! hehe
Anyway, dia letak kerusi meja eh atas jambatan tu? Best lah gamba2 ko smart. Hehe
Salam kenal ya bro!
Hasif Hamsyari
Kalau saya pun konfem akan terharu jugak dengan keindahan fenomena istimewa ni. Cool post bang!
Anonymous
*sodorkan tissue buat kamu sekat air mata*
puk-puk pojie. hehe..
aku suka foto-fotomu. ahh ada om cumi..
Lieyana J
You're lucky to witness this Pojie. Wow! Nice photos. It gives me a total goosebumps after seeing your video. Nicely documented.