Akhirnya tercapai impian untuk pergi ke Arashiyama Bamboo Groove di Kyoto, Jepun!

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Gambar hutan bambu di Jepun yang tersebar luas di media sosial membuatkan aku tertanya sama ada tempat ni…

Gambar hutan bambu di Jepun yang tersebar luas di media sosial membuatkan aku tertanya sama ada tempat ni benar-benar wujud atau tidak sebab cantik sangat. Sekali cari dekat Google, rupa-rupanya memang wujud dan ianya terletak di Kyoto, Jepun.
Jangan lupa untuk tengok video travelogue Jepun DI SINI
Nama Arashiyama Bamboo Groove tidak asing lagi bagi mereka yang berkunjung ke Jepun khususnya Kyoto kerana ia merupakan salah satu tarikan wajib dikunjungi yang terdapat di Kyoto, Jepun. 
Trip ke Jepun pada Oktober lepas ternyata menjadi antara trip yang sangat bermakna buat aku kerana berpeluang untuk melawat salah satu destinasi pelancongan yang sangat terkenal di mata dunia. Rasa tak sabar untuk kongsi pengalaman, tips dan gambar sepanjang berada di sini. 

Gambar atas: Rickshaw guy tengah bawa penumpang keliling kawasan Arashiyama Bamboo Groove. 
Korang boleh sewa untuk naik ni kalau rasa malas nak berjalan. Ingat, jangan suka-suka hati ambil gambar mereka kerana some of the guy tak prefer gambar mereka diambil tanpa kebenaran. Jepun kan, kalau diorang cakap… kita kenalah hormat. 
Harga nak sewa rickshaw sekitar 5000 ke 7000 Yen (bergantung kepada tempat yang korang nak pergi)
Dari train station, sebelum korang tiba di Arashiyama Bamboo Groove, korang akan lalu bermacam-macam spot menarik di sini. Nothing much, boleh la ambil gambar and tengok-tengok. For me, my main focus is nak pergi Arashiyama Bamboo Groove. 
Jalan punya jalan, boleh pula tersesat. Confident betul sampai tak nak refer map. Tanya orang local kat sini and unfortunately dia pun tak berapa nak sure or dia tau cuma penerangan dia tu agak confusing. Nevermind, our determination to visit this place is strong that the excitement is still there even thought we’re tired and thirsty (pergi during summer). 

Finally jumpa juga. The moment aku nampak pokok-pokok bambu ni, terus agak emotional dan bermonolog kejap. Finally, mimpi jadi nyata untuk jejak kaki di sini. Walaupun tidak nampak semegah seperti dalam gambar tapi still tempat ni memang cantik dan tidak rugi jika korang datang.

Pernah ke korang nampak pokok-pokok bambu tersusun rapi di sepanjang jalan? 
For me, tak pernah. Dulu nampak pokok bambu pun sebatang dua je, which visiting Arashiyama Bamboo Groove made myself a bit jakun. Bhahaha. 
What to expect dekat sini? 
1. Aktiviti bergambar (sebanyak yang boleh)
2. Pergi time summer, agak panas dan kurang selesa (berpeluh). 
3. Ramai orang (of course), so kenalah bersabar nak ambil gambar tanpa sebarang ‘photobomb’ dari orang lain. 
4. Orang Jepun ramai yang hormat dekat orang lain. So, bila korang tengah sakan pose kat tengah jalan, diorang akan patiently tunggu sambil tengok korang ambil gambar. Agak awkward. 
5. Tempat ni cantik, memang cantik. Tapi, don’t expect secantik dalam gambar-gambar yang korang nampak dekat Internet. Maybe tu diambil time waktu/musim best ditambah dengan skill editing orang tu. 

Gambar atas: You don’t know how struggle we are to get this kind of shot. Kena tunggu dengan penuh sabar untuk dapat background kosong. 

Gambar atas: One of my favourite shot while berada di Arashiyama Bamboo Groove. Couple in Yukata. 
Kalau dah selesai berjalan di sekitar Arashiyama Bamboo Groove, korang pasti lapar atau dahaga. Jangan risau, sekitar sini ada beberapa kedai kecil yang jual makanan dan minuman. Ada juga kedai yang hanya menyediakan seafood, so apa lagi? Kita berehat sebentar sambil menikmati makanan dan minuman yang murah dan sedap di sini. 

Gambar atas: Orang tengah beratur untuk buat pesanan makanan. Memang ramai sebab kedai ini antara kedai yang jual makanan murah dan cepat.

Pilihan kami sudah tentulah fried shrimp soba. Nampak simple je tapi rasa not bad (maybe masa tu rasa lapar yang tak boleh dimaafkan).

The best ever. Boleh cuba minuman ni kalau datang ke sini especially masa musim panas. Memang perfect choice to end your journey di Arashiyama Bamboo Groove. 
We enjoyed visiting Arashiyama Bamboo Groove. My experiences strolling around this at-no-cost attraction (just pay for your transport to go here and food/drink) is indeed unforgettable one. I shall say Arashiyama Bamboo Groove is a must visited place in Kyoto, Japan. 
Be sure to put it in your list if you’re planning to travel Kyoto soon. 
Cara ke Arashiyama Bamboo Groove? 
Ada berbagai cara yang korang boleh guna untuk visit Arashiyama Bamboo Groove. Tapi bagi aku, menaiki train merupakan alternatif yang terbaik dan memudahkan. 
Boleh naik train (JR) dari Kyoto Station dan turun di Saga-Arashiyama Station (JR Sagano Line). 
10 minit jalan kaki dari Saga-Arashiyama Station
** Korang akan nampak papan tanda untuk ke Arashiyama Bamboo Groove. 
Bagi korang yang ada bajet lebih, boleh la ambil JR Pass kalau plan nak visit banyak tempat di Jepun. Boleh baca SINI untuk tahu pengalaman aku menggunakan JR Pass dan cara untuk mendapatkan JR Pass. 
Arashiyama Bamboo Groove
Waktu operasi: 24 Jam
Alamat: Arashiyama, Ukyo-ku
Non-smoking area

24 comments

  1. tarikan dekat sini adalah pokok bambu tu je yer? sepanjang jalan tu ada pokok bambu? ada tarikan lain tak? hehehhe

  2. hmm teringat scene fight movie samurai x kat bamboo. rasanya shooting dia kat sini. tajuk cerita pun kyoto inferno. hmm

    seriously, sejak kecil aku mengidam nak ke jepun!

  3. salam, nak tanya skit, kalau saya pakai JR pass, dari Shin Osaka ke Kyoto, lepas tu dari kyoto ke Arashiyama Station kan (train fee dari kyoto ke arashima to cover sekali tak atau kena beli tiket lain)

  4. Salam. As long as it is JR station, sure cover sekali. You boleh naik from Kyoto Station to Saga Arashiyama Station with JR Pass.

    No need to bayar 😉

  5. fried shrimp soba tu tengok je cair gitu, tapi still sedap… suka makanan jepun! btw, lokasi ni lawa…cuma nak bergambar tu kan, kenalah bersabar,hihi

  6. Japan is one of my fav travel destination 🙂 Unfortunately, I'm not arrived at Arashiyama yet when last time I go to Japan last January 🙂 Hopefully someday will visit this awesome destination 🙂

  7. I'll be going there in August, so i'm now in my hype mood cause other than Kyoto (ofcourse going to Arashiyama) I'll be going to Nagoya and Osaka as well. Can you recommend me any good food + cheap place in any of these three cities?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *