Calling for orang Pahang out there. Rasa rindu nak makan makanan kampung korang? Jauh nak balik ke Pahang? Ni ada satu restoran khas yang boleh satisfy your need (bila lapar). Get your car key and head to Ana Patin House in Mutiara Damansara.
Restoran yang terletak di tengah-tengah Mutiara Damansara ini bukan sahaja menghidangkan lauk ikan patin tetapi terdapat juga beberapa masakan melayu tradisional disediakan buat pelanggannya.
Waktu operasinya yang bermula daripada 11 pagi ke 7 malam (Selasa hingga Ahad) selalu saja mendapat kunjungan oleh ramai pelanggan. Lebih menarik, kaum lain juga datang ke sini untuk menikmati makanan-makanan yang Ana Patin House sediakan. Ini tanda yang cukup positif.
Tidak dapat dinafikan juga makanan-makanan mereka memang terbaik dari segi rasa dan kesegaran makanan tersebut terutamanya ikan patin. Memang nampak fresh.
Gambar dibawah adalah harga-harga ikan liar sungai Pahang (mengikut harga semasa)
Bercakap berkenaan dengan ramai tak ramai, kalau dah makanan memang sedap, confirm akan ramai yang datang lagi-lagi masa pick hour. Pandai-pandai pilih masa la. Kalau malas nak datang awal, korang boleh reserve tempat and order terus apa yang korang nak dengan hanya membuat panggilan ke restoran ini.
Kali ni agak lambat sikit lunch. Dengan yakinnya datang ke restoran ini dengan harapan ada lagi la lauk yang tinggal buat kami. Jam menunjukkan pukul 2 petang dan biasanya waktu begini lauk dah habis. Surprisingly, lauk mereka masih banyak!
Part ini juga menjadi kegemaran kami. Bahagian sambal sampingan. Jangan lupa untuk cuba Sambal Hitam Pahang, Sambal Tempoyak dan banyak lagi. Tapi ini juga ikut nasib. Most of the times, sambal yang sedap memang selalu habis cepat.
Apa pilihan kami?
Simple tapi memang cukup. Semuanya rasa memang sedap (udang masak sambal & ikan goreng)
Sayur dan ayam goreng (tak makan ikan sangat so agak rugi – tapi lauk lain pun sedap)
Inilah yang dikatakan sebentar tadi. Sambal Hitam Pahang terbaik dari Ana Patin House.
Sambal Tempoyak menarik kau memang da boom!
Air teh bunga sedap dinikmati sebelum/selepas makan
Terdapat beberapa kuih-muih/biskut yang dijual dekat kaunter restoran ni. Semuanya menarik dan homemade. Tentulah rasa pun sedap!
The other best part about Ana Patin House ni diorang ada Puding Diraja yang begitu terkenal dalam kalangan orang Pahang dan negeri lain. First time beli tu agak terkejut sebab harga RM20. Bila dah rasa puding ni, baru tahu kenapa harga macam tu. Sedap sampai nak order lagi.
Puding Diraja ni jarang ada dekat restoran dorang. Ikut nasiblah juga. Kalau ada, terus grab. Nak tahu puding tu available atau tidak? Tengok saja freezer diorang dekat kaunter tu. Sana lah tempat diorang letak puding ni.
Disebabkan agak kenyang makan masa dekat restoran tadi, we decided untuk take away puding ni. Lagi nikmat kalau makan masa perut tak berapa nak kenyang. Ummmmph. Nak tahu serba sedikit pasal Puding Diraja ni? Klik Sini
Antara lauk yang dihidangkan oleh Ana Patin House
(boleh tengok lauk lain dekat official IG diorang)
DETAILS ABOUT ANA PATIN HOUSE
ADDRESS
No. 50-1, Jalan PJU 7/16, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya
OPERATION HOURSE
Tuesday – Sunday
11.00 am – 7.00 pm
CONTACT NUMBER
03 – 7733 7377
FACEBOOK PAGE
INSTAGRAM ACCOUNT
Kena selalu check Instagram diorang untuk promotion yang mereka offer especially untuk ikan patin
BERITA BAIK BUAT ANDA SEMUA!
Kalau datang sini, snap selfie atau gambar bersama and post kat Instagram dengan #AnaPatinHouse. By posting your moments on Instagram, you can automatically enjoy a 10% discount on your bill. But before that, kena la tunjuk bukti dekat staff untuk redeem offer. Apa lagi? Datang jangan tak datang!
Waktu lunch tak lama lagi. Jangan lupa datang sini ya!
Regards,
Pojie
nampak mmg sedap walaupun saya tak makan tempoyak dan ikan patin. tapi any reason why ikan patin termerloh dan patih buah tu harganya sangat ketara perbezaan?
emmmm gulai tempoyok *bahasa perak hahaha mmg terbaikk.. tp sedih una pulak tak makan patin! hekhekek.. tp npk kedai mcm best! 🙂 nice review!
Tudiaaaa siap ada ikan patin lagi, suka sangat makan ikan patin… di penang ni ada jual ikan patin, tapi patin ternak bukan yang duk dalam sungai tu…
dah jemu aihh makan nasik kandaq…
untung la boleh makan sedap2… aku ni dah nak gemok dah…
Okayy. Terliur tengok ni haha.
Betul. Kurang sangat makan ikan ni tapi bila rasa ikan patin tempoyak diorang tu hmmm memang sedap. Maybe perbezaan itu adalah berdasarkan kepada harga semasa/rasa/demand dari orang kot. Baru tahu juga ikan patin ni banyak jenis.
Kena try ni confirm dari tak reti makan ikan patin, terus suka makan. Kena cuba juga puding diraja diorang tu. Memang sedap eh
Memang tepat sekali la aku post entri ni and hang tengok. Hahaha. Sama la, aku pun dah kena cut dah makan ni. Asyik makan je, kerja yang kurang. Huahua!
Saya pun agak terliur masa tulis entri ni tengok gambar-gambar tu. Haha
mak aii..memg carik sangatttt royal puding tuu..sobbss sobbss.. teringin nak makan lama dahh.. gud job kedai makan mcm ni,, sebab tak segan silu nak letak harga.. senang customer bajet makan..hehehe..
Haritu dah perati dah dalam JJCM Ana Patin House ni. Huish. Sambak tempoyak tu , tayah menggoda sangat pun boleh kot. T_T
Hehehe. Royal puding tu memang kegemaran tapi mak aih. Memang makan sekali dalam sebulan la nampaknya hahaha. Nanti datang sini ya!
Hehehe. Maksudnya kenalah datang sini.
Header baru cantik….
Wow.. dah dekat ni.. slalu lalu area tu. Tempat menarik, bersih dan hidangannya pun nampak sgt2 fresh. Thanks sharing Pojie… mmg akan singgah pekena patin ni nanti.. 🙂
Thanks! Sekarang menuju ke arah simple. Hehe
Apa lagi.. kalau dah dekat tu, jangan lupa singgah ya KK. Tempat agak ceruk but tak rugi sebab makanan memang best!
Terliur saya dibuatnya…. kalaulah dekat, sekarang juga rasa nak ke sana!
Walaupun sy orang pahang tak pernah pun makan puding raja tuh. Makanan tradisi orang Pekan tuh.
Betul kak. Siapa je yang tengok entri ni confirm terliur. Apa pun makanan dia memang sedap!
Sedap puding tu… cuma terfikir kenapalah harga agak mahal? adakah sebab demand? atau proses nak buat puding ni?
Puding di raja RM20? hurmm..maybe selari dengan rasanya
Wah.. Boleh rasa patin temerloh ba di sini.. Hehehe.. Terbaikk..!!!
Patin ni ada banyak jenis. Paling murah ialah patin kolam yang banyak dijual dipasar dengan harga yang lebih murah dari ikan keli. Dagingnya ada rasa lumpur dan tidak menyelerakan. Yang agak mahal sedikit adalah patin yang diternak dalam sangkar di sungai2 sekitar Temerloh termasuk sungai Pahang. Ikan patin ini dikenali sebagai ikan patin temerloh. Rasanya jauh lebih sedap dari patin kolam dan tidak ada rasa lumpur. Dagingnya juga lebih baik kerana dalam sangkar disungai juga mempunya arus. Patin yang paling mahal adalah patin buah yang hidup liar didalam sungai. Patin ini mempunyai rasa yang sangat sedap dan jauh lebih enak dari patin sangkar kerana cara pergerakan dan makanan yang jauh berbeza. Cara untuk menangkap ikan patin liar ini amat sukar dan pembekal terpaksa menggunakan teknik-teknik dan umpan tertentu yang memerlukan modal dan tenaga yang banyak.
Harini kita nak pi rasa tempoyak perak dah selalu kali ni tempoyak pahang pula .. InsyaAllah
kedai ni ke yang scam pelancong jepun ichang tu?kenapa komen yang lama2..meniaga biar jujur
https://www.youtube.com/watch?v=A_BFgDBUTOQ
yg ni kan? kesian ichang dgn jimmy kena sembelih kaw2 rm157 total padahal dlm bil yg tulis tangan tu harag around rm120 je.. owner plak macam rude gitu.. hmmm