Apa Agaknya Keistimewaan Uluwatu Temple Yang Menjadi Tarikan Utama Di Bali?

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Kenapa Uluwatu Temple menjadi pilihan utama para pelancong yang datang ke Bali? Berbeza dengan temple yang lain, lokasi…

Kenapa Uluwatu Temple menjadi pilihan utama para pelancong yang datang ke Bali? Berbeza dengan temple yang lain, lokasi dan pemandangan di sekitar Uluwatu boleh membuat nafas kita terhenti seketika dan berkata “SubhanaAllah! Cantik sungguh ciptaanNya ni“.
Kedudukannya pada paras 97 meter dari permukaan laut turut menyaksikan satu upacara Kecak Dance selama 1 jam 30 minit yang juga menjadi salah satu sebab ramai pengunjung datang ke sini selain daripada menikmati panorama cantik (especially for sunset).
Bayaran masuk untuk ke Uluwatu Temple ni sekitar Rp 20,000 Rp 30,000. Anda boleh buat bayaran dekat kaunter before masuk ke kawasan Uluwatu. Usah risau kerana akan ada signboard yang boleh menjadi guide buat anda agar tidak sesat.
Peraturan untuk mereka yang ingin masuk ke kawasan Pura Uluwatu. Konsep dia mudah je, kita nak orang hormat bila kita datang ke tempat ibadah kita dan begitu jugalah mereka yang tak minta lebih hanya sedikit rasa hormat daripada para pengunjung  yang datang ke tempat mereka.
Pengalaman ke sini ternyata memberi impak yang cukup besar buat diri ini. Terasa diri ini sangatlah kerdil apabila berpeluang melihat dan menjadi saksi kepada keindahan alam ni. Syukur jugalah diberikan peluang sebegini. 
Entrance area –  nice place untuk ambil gambar juga
Aku juga mengambil kesempatan yang ada untuk dapatkan sekeping (rasanya lebih) portrait di sini

Beautiful view with the help of amazing sunlight
Fokus dekat background dan abaikan objek dekat depan tu. LOL. Apa pun, kalau dah sampai sini, make sure anda jalan sampai ke bahagian hujung ya? Rugi kalau tak pergi. That’s the best spot untuk ambil gambar selain daripada spot seperti dalam gambar di atas.
View dari bahagian hujung Uluwatu seperti yang dinyatakan sebentar tadi

Sedikit nak bercerita berkenaan dengan monyet yang ‘bijak’ ni. Kenapa ‘bijak’? mereka memang hebat dalam merembat barang para pelancong. Dengan itu, saya nasihatkan kepada anda agar be extra careful dengan barang berharga yang korang ada (camera, handphone dan sebagainya). 
Berdasarkan pengalaman sendiri (bukan aku yang kena), percutian ke Bali bertukar menjadi satu tragedi sedih buat seorang gadis yang berasal dari Korea setelah handphone miliknya dirembat oleh seekor monyet ketika berselfie di sekitar Uluwatu. I don’t know apa yang terjadi selepas tu. Rasanya orang tu just redha dengan apa yang terjadi. Bila nampak insiden tu, terus aku stop ambil gambar dan peluk seeratnya beg aku. INGAT YA ADIK-ADIK!

Gambar-gambar di atas ialah gambar sepanjang upacara Kecak Dance berjalan. Lama jugalah ya dance ni nak habis dan suasana agak padat dan panas dengan kehadiran pengunjung yang terlalu ramai. Memang penuh saja kawasan ni. Kecak Dance akan bermula sekitar jam 5.30 petang dan habis  sekitar jam 7 malam. 
Kami gagahkan diri untuk tunggu sampai upacara dance ni habis sebab nak ambil gambar dengan salah satu karakter yang catchy iaitu Hanuman. Ramai betul orang nak bergambar dengan Hanuman ni sampai terpaksa aku tarik tangan dia untuk bergambar dengan aku. Bhahaha

Selfie and being photobombed by two peoples behind me

My favourite shot of the day – proudly captured by my phone’s camera

After several epic fail shots, finally i got my jumping shot at the corner of Uluwatu Temple
Tips:
1. Pakai pakaian yang sopan dan sesuai dengan tempat.
2. Kalau nak spend time ambil gambar, better datang awal sikit sekitar jam 4 or 4.30 petang kerana tarian Kecak akan bermula sekitar jam 5.30 petang.
3. Kalau ada orang bagi pisang masa dekat entrance, don’t simply take it sebab they will ask you to pay (nampak macam diorang bagi for free but after that they will ask for money).
4. Bawa air – to keep you hydrated while you’re here.
5. Bawa baju gantian – if anda merupakan seorang yang cepat berpeluh (cuaca agak panas dan sesak masa tengok tarian Kecak).
6. Bayarang masuk Rp 20, 000 – Rp 30, 0000.
7. Tunggu sampai tarian Kecak habis. I know tempoh tarian tu agak lama dan kinda boring but you’ll definitely enjoy it towards the end.
Nak baca review from TripAdvisor?

11 comments

  1. Teringt kt sini dulu kna buka spek sbb diorg ckp monyet suka ambik…dah xdpt nk enjoy the view sgt..hehehe

  2. Alamak Kak DJ! Rugi tuuuuuuuuu tak dapat enjoy view. Haha. Monyet monyet kat sini ekstrem betul. Siap rembat handphone orang bagai.

  3. Hai Pojie! amboi sakan bercuti dan travel ye hehehe… masyaAllah cantik sungguh pemandangan especially yg gambar tebing tinggi tu….!!!

  4. Monyet pun dah maju nak berselfie agaknya 😀 Haha. banyak pengalaman dengan monyet ni. Dulu sekolah saya dekat dengan hutan & zoo taiping. Adoi, kalau tertinggal makanan terdedah mana2, memang habis lah. Bukan setakat makanan hilang, habis kotor tempat tu dibuatnya.

  5. Monyet di Uluwatu ngak ada takut-takutnya sama Manusia. Biasanya barang yang diambil harus ditukar sama pisang, baru monyet itu mau kembalikan tuh barang. Gambar-gambarnya bagus banget Bang Pojie. Keren.

  6. Ohh..kiranya ada 3 sbb why uluwati tempel ni begitu istemwa lah ek

    1. Lokasi – mmg breathtaking lah
    2. Ada persembahan kecak dance – yg ni pun menarik kekadang x faham apa yg cuba di sampaikan
    3. Monyet penyeluk SAKU ahaha (part ni mmg betul2 perlu carefull sbb dia ambil barang tanpa sedar

    psst : nk tanya ..gerangan jari siapakan yg pegang HP tu…

  7. SubhanaAllah cantik sungguh view kat sana..sangat2 cantik dan menarik..mesti seronok kan dpt jejak kaki kat sana..gambar akhir tu..diaorg pkai sarung gtu ke hehe.hahaha mat salleh lelaki tu pon nk selfie jugak..kri, krik JM dah tanya gerangan jari siap yg ketik kamera hp tu tp kak lya pon nak tanya gak laa..siapakah wanita ituu..nampak cam tgn wanita hehe..Opss maaf klau silap..satu lagi kat BAHAGIAN TIPS pling bawah tu tu tu no 6 Bayarang tu silap eja haha bayarang ayat ganu tuuu …ok dahh out dulu..

Leave a Reply to Hanis Amanina Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *