Apa yang ada dalam plastik hitam ni? #1PlastikHitam

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Assalamualaikum readers. This gonna be a short and quick update from me. Yeah, lately its been a very…

Assalamualaikum readers. This gonna be a short and quick update from me. Yeah, lately its been a very tiring days i’ve been through. Over here, over there and everywhere. Hunting for pictures, shooting there and here. Busy much? (Agaklah, dah boleh buat statement ala-ala artis dah ni. Busy sana sini). Alhamdulilah, selesai sudah tugasan membikin video sendiri dalam masa 4 minit. Its a first trial, mestilah banyak kekurangannya but Alhamdulillah.

Hari semalam juga amatlah memenatkan buatku. Sesampai sahaja di Kuala Lumpur, rehat cuma masa yang sangat singkat. Esoknya kena shooting, shooting and shooting. By the way, thanks kepada Hafiz temankan aku bershooting. Thanks a lot babe! Selesainya shooting, terus bergegas menguruskan hal-hal peribadi di Subang dan juga Shah Alam. Petangnya, its time to get ready for the theater. Before that thanks for Farid for the invitation.
Let’s turn this entry into something yang agak rare.
Ramai yang tahu yang aku ni bukanlah seorang kaki menonton teater, aku juga tak pernah pergi ke mana-mana teater. Tidak pernah terlintas dalam hati untuk melibatkan diri untuk menonton mana-mana teater. But finally, pecah juga tradisi tersebut. Siapa kata teater ni kurang menarik? Siapa kata teater ni tiada baiknya untuk dibandingkan dengan konsert-konsert diluar sana?
Malas nak bercakap panjang nanti cerita aku ni buat teater tu bunyi agak tidak menarik. Tapi, jujur dan tak tipu teater ni sangat awesome and memang boleh hilangkan stress dan penat korang. Percayalah.
What is it? What is it?
It was 1PlastikHitam.
Orang akan tertanya apa yang ada dalam plastik tersebut. Adakah ianya bom? adakah ianya adalah duit berjuta-juta? Apa yang tersembunyi di dalam satu plastik hitam itu? Hingga ia menimbulkan segala kekecohan dan menjadi pertikaian kepada semua orang. Mungkinkah benar ia adalah sebuah bom yang dikhuatiri akan meletup? Atau mungkin juga sesuatu yang sangat berharga.
Dalam masa yang sama, mereka semua sebenarnya di dalam sebuah rancangan realiti tv menguji bakat seni. Beberapa orang telah tersingkir pada minggu-minggu sebelumnya. Tewas di tangan peserta lain akibat undian sms tidak memihak pada mereka. Dan hari ini, adalah hari penentuan. Siapakah antara mereka bakal menjadi pemenangnya. Segala ditentukan oleh undian SMS anda. Jadi tolong bawa telefon bimbit anda dan topup sebelum masuk. Kerana anda, bakal penentu pengakhiran rancangan ini.
Apa yang betul-betul buat aku tertarik adalah setahu aku tak pernah ada teater di Malaysia ni yang siap buat ala-ala rancangan realiti yang menyeru penonton untuk menghantar undian mereka. Di samping itu, mereka juga akan mementaskan teater mereka sementara sesi undian sedang berjalan.
Antara pelakon untuk teater ini ialah :

Fasyali Fadzly
sebagai lelaki gagah perkasa yang memang perkasa dengan kasut tumit tingginya.
Fazleena Hishamuddin
sebagai seorang pelajar sekolah yang comel memiliki laptop mac bericon buah jambu.
Karl Shafek
sebagai seorang graduan yang berkelulusan ijazah sarjana muda dalam universiti yang ke 600 terbaik. Beliau merupakan seorang graduan yang muflis.
Anas Ridzuan
Seorang lelaki yang sempoi melepak-lepak dengan karakter yang sempoi dan kelakar.
Ameera
Sebagai seorang perempuan yang berjubah dan berpurdah hitam. Karakter beliau membawa banyak persoalan dalam teater ini dan beliau jugalah yang membawa 1 plastik hitam.
Apa-apa pun semua karakter menarik perhatian aku. 4.5 star for them. Walaupun teater ini tidak punya banyak prop yang menarik, but seriously sangat best. So far, sepanjang teater sedang dipentaskan dewan sentiasa penuh, penuh dan penuh.
Nak pergi? Nak pergi?
Here’s some information for the teater
Tarikh Pementasan :
7 Dis 2011 – 11 Dis 2011 / 8.30 malam
11 Dis (Ahad) – Matinee jam 3 ptg


Tempat :
Stor Teater Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumour
Tiket :
RM 20
Tempahan individu / berkumpulan :
019-3572093 Hilal
berkumpulan 10 orang dan lebih – RM18 seorang
Bawah ni some of the random photos after the teater habis. Enjoy it!
With abg long @ Karl Shafek
Again, walaupun seharian sangat penat. But still, enjoy. Dapat nampak tak melalui raut wajah aku tu? HAHA
3 Brothers. Farid, Shafek and me.
You guys made my day! Thanks for the crew of #1PlastikHitam
Senang cerita, siapa tak pergi agak rugi la. Kalau yang berdekatan tu. Cubalah pergi. I bet you wont regret it.
Nak tahu apa yang ada dalam Plasti hitam tersebut? Korang kena tengok teater ni!

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *