Apa yang korang perlu tahu tentang media sosial?

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Pernah tak korang terfikir bahawa blog, twitter atau facebook milik korang bakal menjadi tumpuan orang ramai pada suatu…

Pernah tak korang terfikir bahawa blog, twitter atau facebook milik korang bakal menjadi tumpuan orang ramai pada suatu hari nanti?

Bercakap tentang tajuk bagi entri kali ni, hmmmmmph. Tidaklah begitu kontroversial, but banyak persoalan. Ketika anda membaca entri ini, lupakan tentang penulisnya kerana entri ini sama sekali tidak merujuk kepada penulisnya, ia hanya sebagai bahan untuk dikongsi dan untuk para blogger, twitterians dan facebookers untuk fikirkan.

Memang betul! Apabila kita memiliki akaun facebook or blogger khususnya, kita akan berasa macam nak cerita/share bermacam-macam benda. Tapi, pernah terfikir tak tentang risikonya? Almaklumlah, bukan kita seorang saja yang nak baca. Ramai lagi orang diluar sana. Lagi-lagi cerita yang dianggap sensitif bagi sesetengah pihak ataupun personal?
Andai kata anda menjadi tumpuan orang ramai selepas ini tidak kira di Facebook, Twitter or Blog, cuba korang fikirkan tentang perkara-perkara dibawah ni :-
Mengapa orang terkenal jarang bersedih? Tengok selalu je update status or entri tentang kebahagiaan, untungnya jadi diorang.



Ehem! Yang ini anda kena tahu, part kesusahan dan kesedihan tidak mungkin mereka akan tunjukkan kepada semua orang. Andai kata anda menjadi salah seorang daripada mereka nanti, cuba untuk tidak menceritakan tentang semua perkara kepada pembaca mahupun pengikut korang. Nanti hilanglah nilai ‘privacy’ dalam kehidupan anda.
Antara sebab dan cara untuk anda menjaga privacy diri anda ialah :-
1. Cuba untuk kurangkan bercerita tentang masalah/perihal keluarga.
Jangan sesekali. Ini bukanlah cerita yang diinginkan oleh setiap pembaca. Malah, ia cuma membuka/mengaibkan masalah anda sendiri. Cuba untuk memberi ruang rahsia untuk perkara seperti ini.
2. Bukan satu, bukan dua tapi lebih daripada seribu orang yang akan baca apa yang anda bercerita.
Cuba untuk menghormati setiap pihak yang akan membaca tulisan kita. Macam mana? Tidak menyentuh mana-mana isu sensitif yang sedang berlaku. Just stick kepada niat kita untuk bercerita tanpa memasukkan isu-isu yang kurang menyenangkan. Sebagai contoh, bagi aku. Blog milik aku bukanlah begitu terkenal, tetapi aku tahu sesetengah rakan kampus dan juga lecturer akan membuka blog ini. Jika aku menyentuh tentang perkara-perkara or mengutuk universiti or fakulti, bukankah itu menempah maut?
3. Tentang gambar, cuba lebih berhati-hati.
Seboleh-bolehnya, sebelum publish gambar tersebut cubalah untuk tengok 4 atau kalau boleh 10 kali. Takut ada sebarang perkara yang boleh memalukan atau boleh menyakitkan hati sesetengah pihak dalam gambar tu. Lagi-lagi bila anda sudah dikenali ramai, cuba fikir 3 atau 4 kali.
Say no to this :
1. Bila break up, terus tulis keburukan atau rahsia bekas kekasih. Tolong, kalau dah nama rahsia, walaupun dah break, itu tanggungjawab kita untuk jaga.
2. Bila ada masalah family, terus cepat-cepat tulis cerita tu bagi orang ramai baca. Tak malu kah?
3. Tahulah body lawa mantap, tolong jaga sikit sensitiviti. Ni tanpa segan silu post gambar separuh bogel dalam blog or etc. Lepas tu bila orang guna gambar tu sebagai alat untuk ‘cari makan’, barulah nak marah-marah post sini sana cakap ada orang curi gambar dia. Tapi sebenarnya, salah siapa?
4. Marah dekat seseorang, sepantas kilat korang nak tulis dan kutuk-kutuk pasal dia.
Kalau ya pun nak tarik perhatian orang ramai untuk baca tulisan kita, bukan begitu caranya. Ada lagi banyak cara yang baik. Cuba be alert sikit bila kita akan berhadapan dengan situasi seperti ini. Lagi-lagi, ramai bloggers zaman sekarang merupakan budak sekolah, so nak ke diorang baca and tengok perkara macam ni?
Hi, saya pojiegraphy. (Tiada kaitan)
Menulis blog bukan sekadar untuk menarik perhatian orang, menarik ramai pengikut or mendapat publisiti. Ingat tu adik-adik, biar kita ada pembaca berdasarkan penulisan kita yang berinfo baik bukannya berinfo kurang sihat.
Alhamdulillah, blog ini kini mencecah 1000 lebih pembaca setia yang mengikuti cerita dan pengalamanku. Thanks guys! p/s : semoga info ini berguna untuk korang.

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *