Apa yang menarik di Farm In The City 城 の 农场?

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Telah lama menjadi tumpuan para pengunjung tempatan dan ada juga dari luar, Farm In The City 城 の 农场 merupakan…

Telah lama menjadi tumpuan para pengunjung tempatan dan ada juga dari luar, Farm In The City 城 の 农场 merupakan tarikan yang berkonsepkan petting zoo memberikan para pengunjung terutamanya kanak-kanak pengalaman menarik untuk menerokai serta merasai unsur-unsur hidupan dan set alam semula jadi.
Berdasarkan pemerhatian kami, Farm In The City 城 の 农场 semestinya menjadi tempat kegemaran buat para ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka untuk meluangkan masa bercuti bersama sambil melakukan aktiviti bermanfaat. Tahukah anda bahawa Farm In The City ni juga boleh dianggap sebagai lokasi pelancongan yang berpotensi untuk memberi pendidikan serta peluang kepada para pengunjung untuk berhibur.

Sebagai contoh, anak-anak kecil kita boleh berkenalan dengan pelbagai jenis haiwan di sini sekali gus merasai suasana kampung di Malaysia. Bayangkan jika anda dikelilingi dusun buah-buahan, ladang tumbuh-tumbuhan dan hidupan ternakan serta liar. Mesti best kan? Dah mula terbayang muka anak-anak kecil zaman moden ni kalau masuk kawasan kampung and jumpa ayam, itik, dan macam-macam lagi.

Menariknya, dengan pembelian tiket masuk ke Farm In The City 城 の 农场, anda dan anak-anak anda boleh menikmati hampir keseluruhan aktiviti yang ada di dalamnya *kecuali menunggang kuda(RM7). Best kan?

Bukan itu sahaja, kebanyakan haiwan bebas berlegar di dalam kandang khas yang dibuat seakan habitat semula jadi mereka. Ini menyebabkan penerokaan Farm In The City 城 の 农场 akan menjadi lebih seronok apabila ianya dapat memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang hadir untuk merasai sendiri pengalaman berinteraksi rapat dengan menyentuh dan memberi makan kepada haiwan-haiwan di sana.*makanan haiwan diberi secara percuma.

Sempena tahun ayam di dalam kalendar cina, Farm In The City 城 の 农场 ada mempamerkan sehingga 24 jenis ayam dari seluruh dunia seperti, Chichin Chicken, Silkie Chicken, Polish/poland Chicken, Cemani Chichen dan pelbagai lagi.

Selain dapat melihat dan belajar mengenai haiwan-haiwan comel dari seluruh dunia, pengunjung juga dapat belajar mengenai tumbuh-tumbuhan herba di taman herba kampung mereka. Apa lagi, jom datang ke sini dan rasai sendiri pengalaman menarik ini. Kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh layari akaun Facebook rasmi mereka www.facebook.com/FarmInTheCityMalaysia

Teks dan gambar: Projek Travel
Berita baik! 
Tiket masuk Farm In The City juga boleh didapati melalui 11Street, KLIK SINI untuk membuat pembelian tiket. Tidak lupa juga, jangan lupa untuk ikuti pengembaraan saya sebagai Adventure Seeker Pesona untuk #11Street 

5 comments

  1. Farm in the city ini keren. Tentunya sebuah alternatif wisata pendidikan untuk penduduk kota, ya Poeji.

Leave a Reply to Khai Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *