Entri kali ini bukanlah entri seperti biasa yang aku tulis dalam blog. Jarang sekali aku menulis perihal seperti dalam blog kerana bagi aku ianya mungkin agak peribadi tapi rasanya sedikit sebanyak memberi inspirasi atau motivasi kepada anda di luar sana yang kadangkala punya rasa ingin berputus asa dalam mencapai impian masing-masing.
Sama seperti insan lain, aku juga punya impian dalam hidup. Impian aku ialah ingin mendalami bidang fotografi dan memastikan minat ini boleh beri peluang kepada aku untuk capai impian lain.
Nukilan kali ini agak panjang, tapi percayalah ianya sedikit sebanyak pasti akan menyampaikan mesej berguna buat anda.
grab your popcorn & continue reading
“Lepas habis SPM nanti, bidang apa agaknya menjadi pilihan kau ya?”
Itulah soalan yang kita selalu dengar sebelum keluar dari dunia persekolahan. Apa pilihan aku? Sudah tentulah bidang fotografi.
Minat yang sangat mendalam terhadap bidang ini telah lama wujud setelah aku mula bergiat aktif dalam urusan editorial team bagi majalah sekolah. Menjadi ketua editor untuk majalah sidang ridaksi sekolah merupakan saat permulaan bagi aku. Pada masa itu jugalah aku mula mempelajari fotografi dengan hanya berbekalkan kamera jenis compact dan juga kamera DSLR milik teman rapat aku.
Inilah kamera yang banyak beri aku inspirasi ketika diatas bangku sekolah lagi |
Adakah hanya dengan menekan butang shutter camera itu boleh menjadikan kita sebagai seorang jurugambar atau sudah cukup untuk mendalami bidang ini? Tentunya tidak.
Pada mulanya, aku agak ragu-ragu pada kebolehan diri sendiri dengan kekurangan yang ada pada diri ini membuatkan aku berfikir dua kali sama ada ingin meneruskan haluan ini atau berhenti hanya setakat yang mampu.
Matlamat ini ibarat sebuah game-changer buat aku kerana ianya mencabar diri aku untuk melangkah ke hadapan dan mencuba sesuatu yang baru walaupun perasaan takut dan gelisah itu sentiasa ada dalam diri. Biasalah, setiap orang pastinya takut untuk gagal kan?
Walaubagaimanapun, aku bersyukur kerana mempunyai inspirasi sendiri untuk terus berusaha – Satu, ianya antara salah satu cara untuk menghargai sesuatu. Kedua, boleh dimanfaatkan untuk diri sendiri sebagai contoh buat perniagaan dan ketiga, sudah tentulah kerana ingin mengembara. Ianya sedikit sebanyak berkait rapat dengan aspek peribadi dan kerjaya aku, berdasarkan kepada minat dan juga kerjaya iaitu sebagai seorang penulis blog travel & lifestyle. Menghasilkan gambar yang menarik adalah perkara asas buat aku dalam apa juga dilakukan – menulis artikel majalah, menulis blog, mengembara dan banyak lagi.
Salah satu cara aku mencapai matlamat aku ini ialah dengan mengambil kursus fotografi di universiti dan alhamdulillah aku berjaya melangkah masuk ke universiti dan mengambil kos pilihan aku sendiri. Through out the journey, macam-macam yang aku hadapi.
Salah satu gambar yang aku sempat muat naik dekat akaun media sosial. Saat ini aku memang hampir putus asa dan nasiblah ada kata-kata semangat buat aku. Terima kasih! |
Bermula dengan persaingan yang cukup tinggi. Melihat kamera yang dimiliki oleh rakan-rakan aku membuatkan aku hilang keyakinan dan terasa begitu kerdil. Ingat lagi masa tu kamera yang aku gunakan ialah kamera biasa berbanding dengan yang lain siap dilengkapi dengan pelbagai aksesori, lens dan banyak lagi.
Namun aku percaya, jenis kamera yang digunakan bukanlah penentu kejayaan seseorang itu. Aku mengambil inisiatif untuk mempelajari skill dan tambah pengetahuan fotografi secara sendiri (di luar kelas). Aku cuba sesuatu yang berbeza iaitu belajar melalui Internet, pergi ke bandar seorang diri untuk berlatih mengambil gambar dan yang paling mencabar ialah aku keluar pada waktu tengah malam, berdiri di tengah jalan raya dan cuba untuk mengambil gambar (ketika ini aku cuba untuk pelajari slow shutter).
Selain itu, aku juga tidak malu untuk meminta tunjuk ajar dari orang lain (especially mereka yang professional dalam bidang fotografi). Pada asalnya aku memang tak pandai nak approach orang, tapi aku jadikan ini sebagai salah satu cabaran untuk melakukan sesuatu di luar zon selesa aku.
Aku sedar, semua ini hanyalah permainan mental dan emosi kita. Jika kita rasa sesuatu itu susah, maka susahlah ia. Jika anda rasa setiap kesukaran itu pasti ada jalan penyelesaiannya, tidak mustahil untuk anda berjaya.
Itulah yang aku lakukan tatkala diri ini hampir-hampir berputus asa. Keep on reminding myself that there is nothing impossible for us to do. Aku sentiasa cuba untuk berfikiran positif, kawal emosi serta pastikan fizikal sentiasa dalam keadaan yang bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran. Memang perit kalau ingat balik cabaran-cabaran yang aku hadapi ketika itu, namun tak sangka juga yang aku telah berjaya sampai ke tahap yang tak pernah aku sangkakan.
Masih teringat lagi apa yang dikatakan oleh salah seorang pensyarah aku
“I know you’ll be somebody in future. Just believe on what you feel. Be confident. Jangan berhenti untuk berusaha. Belajarlah dari segala kesilapan yang awak lakukan ketika ini,”.
Alhamdulillah, aku berjaya perform pada masa itu. Aku berjaya mendapat title “Best Photographer” serta meraih keputusan yang baik. Ini juga menandakan bahawa aku sudah hampir mencapai matlamat aku, iaitu ingin mempelajari bidang fotografi.
Selain itu, aku juga dijemput oleh syarikat penerbangan dan juga majalah pelancongan untuk mengikuti jelajah media di dalam negara dan juga luar negara.
“We choose you because you can produce good pictures. We enjoyed looking through the pictures posted by you, on your blog”.
Itulah kata-kata yang sentiasa memberi aku semangat. Selain itu, yang penting… aku dapat menangkap gambar melalui pengembaraan aku ke beberapa buah negara seperti Thailand, Cambodia, India, Norway dan banyak lagi.
Majalah Libur Mei 2015 |
Majalah REMAJA Oktober 2011 |
Pengalaman keluar dalam majalah atau surat khabar juga merupakan saat menarik buat aku dimana ianya sebagai tanda bahawa usaha aku selama ini mendapat perhatian orang luar.
Destinasi Blogger (Majalah LIBUR – Mei 2015) |
Tidak lupa juga, aku mula menulis artikel untuk majalah-majalah tempatan dalam negara dan kebanyakkannya adalah berkenaan dengan cerita pengembaraan aku.
Memang sukar tapi tidak mustahil untuk kita semua lakukan. Sepanjang perjalanan untuk sampai ke tahap ini, aku pelajari banyak perkara (Tidak mudah berputus asa dan sentiasa cari jalan penyelesaian), berjumpa dengan orang ramai yang datangnya dari latar belakang yang berbeza serta banyak lagi.
Walaubagaimanapun, perjuangan aku tidak hanya sampai di sini, aku akan cuba untuk terus berusaha dalam mempelajari segala perkara. Next target ialah aku ingin bergiat aktif dalam bisnes fotografi. Tidak kira secara sepenuh atau separuh masa.
Tahniah Pojie. Pojie memang layak menjadi ikutan @ #idola remaja hari ini. Susah untuk jumpa someone seusia Pojie yang mempunyai vision dalam hidup sejauh ini. Diam tak diam sudah hampir 3 tahun kita menjadi classmate di u ni. Banyak yang Sheril perhatikan pasal Pojie. I salute you Pojie. Pojie sentiasa berusaha untuk capai apa yang Pojie mahukan. And thanks God sebab dipertemukan dengan rakan seperti Pojie. Selalu menjadi inspirasi untuk ramai orang. Walaupun kadang-kadang angin dia tu ada juga hahaha! Jangan stop berusaha ya. Be someone ya. I will always support you Shahril Fawzy even nanti kita dah habis study, kita dah jauh, don't worry, Sheril akan terus support Pojie and akan selalu baca your blog. You deserve it what you have nowadays.Proud of you Pojie.
you did a great job, pojie! 🙂 yeah like people said, you deserve it with what you have been through. yg penting, teruskan semangat okay! will support you, always!
Tahniah Pojie, kak ana memang peminat gambar2 dari lensa Pojie 🙂
ramai yang ambil mudah pasal bidang photography when it is actually not just about holding the camera. your story can inspire other people especially young people out there. congrats for what have you achieved till today!
goodluck! jenis kamera tu tak penting. yang penting adalah orang yg dibelakang kamera 😀
Tahniah.. tak sia-sia wang, masa dan tenaga yang awak curahkan dalam dunia fotografi, kerana hasilnya memang berkualiti.. keep up the good work!
One thing for sure I would like to say . AMAZING !! . Sure you do a lot of homeworks to make it happen . Salute you bro . Furthermore , this experienced is like a gold , travel through this exciting world make us amazed how beautiful it is and "Alhamdulillah" I'm glad to see muslim travel conquer this world and tell a good stories to his readers ( Like me ) eheee ..Keep it up a good works . One of the blog that already inspired me 🙂
your photography skill always amaze me ! =)
tahniah bro..
nampak permulaan dari zero to hero..
satu kisah hidup yg memberi inspirasi..
ya jangan malu..nak mengejar impian kita..
btw skill photograpy kau bro.. memang awesome!
suka tengok gambar2 kat blog ni.. menarik..
membuatkan org yg membaca terasa sekali
pngmbraan kau buat..
btw good luck and all the best.. jgn bhenti menulis blog..
p/s:saya suka guna #p1 eh 😛
Tahniah pojie..kak lya doakan pojie akan terus terbang tinggi dlm bidang fotografi..Wahh sejak skolah dah angkut kamera ya..fuyoo bagus ler tu ..cari ilmu ..kena rajin dan sentiasa berusaha majukan diri ke arah yg lbh baik..semoga pojie akan terus maju dan maju ke depan ..insyaallah
assalaam 'alaikum wa rahmatullah
dear fawzy
as a long time mostly silent reader of your blog, your progress and growth is evident to me.
remember though, the search for knowledge and self improvement is an endless journey.
even if you have become the best, there will always be others who are better.
congratulations on all your success thus far!
may you stay humble, stay motivated and remember the One who gifted you with this talent always… 🙂
Tahniah bro… gambar2 yg dilihat dlm jurnal blog ni mmg cantik sentuhannya. Bukan calang2 photographer. Banyak ilmu dan pengalaman.. kipidap fren, moga terus maju dan sukses… aamiin 🙂
It a great, inspirational long journey… Tahniah bang. It is so great and I am humbled knowing a person like you. Keep your chin up and flying high!
gambar Pojie semua dah lawa-lawa sekarang. Editing pon lawa tau. Sampai Momi buat reference dekat blog Pojie hahaha. Keep it up! Hasilkan gambar yang best best untuk pembaca 😀
Terima kasih.
Tahniah pojie..kak lya antara salah sorang yang mengikuti pojie sejak dlu dan sangat2 suka melihat gambar2 yang pojie lampirkan pada blog dan juga instagram.. semoga terus maju jaya pojie..