Batu Tumonga – Kampung Di Atas Awan (Tana Toraja)

Sharing is caring!

Pernahkah anda dengar/baca sebuah ‘daerah’ bernama Batu Tumonga? 

Batu Tumonga atau dikenali sebagai perkampungan atas awan merupakan salah satu wisata terbaik yang korang tak boleh lepas pandang bila datang Tana Toraja. Dan ini juga sebagai entri terakhir aku di Tana Toraja sebelum bergerak ke Makassar dan balik Malaysia.
Dengan kedudukannya pada paras 1400 meter di atas permukaan laut, namanya juga terdapat maksud tersendiri iaitu Batu (batu) Tumonga (sombong) which means tempat ni isolated dan jauh dari segala benda.
Apa yang menarik berkenaan dengan Batu Tumonga ni? Teruskan membaca ya

Selepas berkunjung ke Bori Paridinding, kami terus ke wisata seterusnya iaitu Batu Tumonga sebab ianya melalui arah jalan yang sama. Perjalanan dari Toraja Utara mengambil masa yang agak lama tetapi aku bertuah sebab sepanjang perjalanan, aku dapat nikmati pemandangan yang cantik.
Bila nak sampai ke puncak, baru aku tahu bahawa tempat ini adalah perkampungan. Ye lah, biasanya tempat macam ni memang tak ada kampung kerana sukar untuk mendapat akses kepada keperluan – makanan, minum, beli barang dan sebagainya (atas faktor jarak agak jauh).
Menurut Pak Imanuel, orang-orang di sini masih lagi mengamalkan budaya Toraja dan mereka lebih selesa tinggal di tempat yang terpencil seperti ini kerana tenang dan rasa selamat. Untuk sumber makanan pula, mostly diorang depend on hasil tanaman dan ternakan mereka sendiri. Kalau desperate, mereka akan ke Toraja Utara untuk membeli barang keperluan (aku berpeluang tengok orang naik motor sambil bawa babi masa naik kawasan ni).

View bila nak sampai ke puncak

Sepanjang perjalanan ke puncak, nanti akan ada pondok atau kedai yang korang boleh singgah untuk menikmati pemandangan cantik sambil minum kopi Toraja.

Dekat pondok ni, korang boleh tulis sebarang ayat dekat dinding untuk dijadikan kenangan kekal di Tana Toraja. Hehehe. I don’t know wether it is legal to do so but seems like everybody did it. LOL

Kini kita sudah hampir tiba ke puncak Batu Tumonga. Untuk pengetahuan anda semua, dekat atas ni ada few homestays or hotel kecik yang korang boleh stay untuk enjoy view sunset/sunrise. Too bad, aku tak berkesempatan untuk stay dekat sini sebab atas faktor kekangan masa. CLICK HERE to browse hotels in Batu Tumonga.

Finally, I’m here at the top of Batu Tumonga. Couldn’t wait to enjoy its magnificent view.

Like I mentioned earlier, selain daripada homestay, di sini juga korang boleh beli souvenirs yang datang daripada pelbagai bentuk/jenis. Macam-macam ada. Jangan la pula angkut souvenirs yang besar gedabak tu kang terlebih pula luggage.

Gambar-gambar diatas merupakan gambar sekitar homestay dekat atas puncak ni. Not bad. Dengan konsepnya yang more to nature akan menambahkan lagi ketenangan buat mereka yang stay dekat sini. Di sini juga tempat untuk mereka menyaksikan view cantik masa pagi (sunrise) dan petang (sunset). 

Amazing view dari puncak
Video by The Big Mango Life

Hey! Thats me and the mini Torajan traditional house

Dekat atas ni juga ada cafe untuk korang santai-santai. For me, nothing much. Duduk dekat cafe ni semata-mata untuk enjoy their coffee and view yang betul-betul menakjubkan. (Korang juga boleh nampak panorama kota Rantepao dari atas ni).

Agak sedih sebab inilah entri terakhir aku berkenaan dengan penerokaan bumi Tana Toraja juga dikenali sebagai Land of Heavenly Kings. Honestly, I’m not gonna coming back (you can ask me personally about this) but truly enjoy my journey here. I learned lot of things along this almost a week journey. 
Terdapat dua cara untuk ke Batu Tumonga iaitu dengan menaikan bas dari Pasar Bolu atau menaiki kereta sewa/ikut tour guide. Untuk tengok pemandangan sawah hijau, pergi masa bulan Mac atau April. Tapi kalau nak tengok pemandangan sawah kuning, pergi masa bulan July atau Ogos. 

Maka dengan ini selesailah sudah entri travelog untuk Tana Toraja. 
Entri seterusnya: Persinggahan di Makassar


Regards,
Pojie

hello@pojiegraphy.com

Travel and Social Media Junkie

Comments

  • 01/30/2015

    Wah Pojie, cantiklah gambar pakai wide angel tu!!

    reply
  • 01/30/2015

    Sedih pulak ye dah habis entri tentang tanah Toraja… tak apa, kita tunggu pulak cerita dari Makasar ๐Ÿ™‚

    reply
  • 01/30/2015

    tertarik dgn konsep rumah kat situ ๐Ÿ˜€ bila baca ayat awal2 tu pasal atas awan, entah kenapa terbayang ayah pin. errr.

    hehe, dapat minum hot drinks sambil menikmati pemandangan indah macam, subhanAllah, best sangat!

    reply
  • 01/30/2015

    semua gambar tu cantik mesti tgk depan mata lagi cantik…

    reply
  • 01/30/2015

    subhanAllah semuanya Indah. ๐Ÿ™‚

    reply
  • 01/31/2015

    Chapter ends itu yang cutenya…..saya belum ke sana…nanti jadikan anda sebagai contoh…

    reply
  • 01/31/2015

    canteknya gambar2 dia T_T

    reply
  • 01/31/2015

    Rumah tu cantik. Tapi pelik. hahahha

    reply
  • 01/31/2015

    mmg cantik tempat ni..sumber inspirasi dan ketenangan minda….

    reply
  • 01/31/2015

    Waahhh menarik ni ..Kat pun cak camni pon ada org tinggal … Seronoknyer dapat pegi ..tenang jer tempatnya ..Memang best lerrr tu duk kat situ tu tu tu ..Tgk pon dah tahu cam tak nak balik jer hahaha ..

    reply
  • 01/31/2015

    Mini Torajan traditional house tu boleh duduk kekaat dalam tuuu ..ke untuk hiasan jer hehehe

    reply
  • 01/31/2015

    Honestly, I'm not gonna coming back (you can ask me personally about this) but truly enjoy my journey here.. Hhehee nak tanya PUBLICLYYYYY boleh tak hahahaha ..KENAPA ?? Cer citer cer citer PM FB laaa hehehe

    reply
  • 01/31/2015

    Sangat cantik dan sangat mempersona… tanah yg belum begitu tersentuh kemajuan… masuk list masuk list… kalau sejuk better nak stay sana satu malam… beautiful house… I love Toraja punya bumbung…

    reply
  • 02/01/2015

    Wow… bestnya dpt menikmati suasana alam mcm tu.. kehijauan semulajadi.. menyegarkan hati dan jiwa…

    reply
  • 02/02/2015

    cantik memang cantik. but now im curious why are you saying that you're not gonna come back? ada something2 eh? ๐Ÿ˜ฎ

    reply
  • 02/02/2015

    seronoknya rasa macam nak je pergi sekarang

    reply
  • 02/03/2015

    Thanks Kak Eny! Saya guna wide lens untuk phone je tu. Quality gambar pun tak berapa nak tip top hehe

    reply
  • 02/03/2015

    Itulah. Rindu pula tiba tiba journey dekat sana. TQ Kak Amie

    reply
  • 02/03/2015

    Hahaha! Lain macam je bunyi atas awan tu kan. Indeed indescribable moment tuh bila dekat atas sana!

    reply
  • 02/03/2015

    Indeed. Mestilah lagi cantik kalau depan mata kan. Hehe

    reply
  • 02/03/2015

    Semuanya datang dari Dia. Memang indah!

    reply
  • 02/03/2015

    tambah sikit effect penulisan hehehe. Boleh, nanti kalau rasa nak datang ke sini, bagitau la ya.

    reply
  • 02/03/2015

    Terima kasih. Biasa je la awak. Hahaha!

    reply
  • 02/03/2015

    Betul. Tu la signature rumah diorang. Bila nampak rumah tu, orang tahu itu rumah orang Toraja.

    reply
  • 02/03/2015

    Betul! Tenang betul bila dekat atas sini. Syukur!

    reply
  • 02/03/2015

    Eheee. Memang cantik pun kak tempat ni. Yang mini Torajan house tu just perhiasan je. Tak muat pun nak masuk. Hehehe.

    Pasal tak nak datang tuuuuuuu, nothing much pun. Journey dia agak memenatkan dan banyak makan masa untuk perjalanan je instead of buat aktiviti. Hehe

    reply
  • 02/03/2015

    Yeap. Me too, bumbung dia memang cantik kan. You'll enjoy bila datang sini nanti!

    reply
  • 02/03/2015

    Terima kasih awak

    reply
  • 02/03/2015

    Alhamdulillah la KK. Hehehe. Tenang je rasanya datang dekat sini

    reply
  • 02/03/2015

    Kalau ada rezeki nanti, jangan lupa datang eh BBL

    reply
  • 02/03/2015

    Hahaha. Nothing much. Just cukup la sekali je datang. Hahaha

    reply
  • 02/10/2015

    menarik cerita ini bro…

    reply
  • 12/17/2016

    judulnya menarik sekali, tp setelah baca dan melihat foto mirip diatas awan

    reply
  • 12/21/2016

    benar-benar indah, biaya masuknya brp kak?

    reply
  • 12/21/2016

    Thank you for your feedback. Really appreciate it! ๐Ÿ˜‰

    reply

Post a Comment

Hello, welcome to my blog!

follow me
Follow us on