Assalamualaikum semua. Pejam celik pejam celik tak sedar kita dah masuk di pertengahan bulan Ramadan dan ini bermaksud hanya tinggal dua minggu saja lagi sebelum kita meninggalkan bulan mulia ini sob sob.
Bercakap mengenai bulan Ramadan ni. Kebiasaannya, minggu-minggu terakhir ni dah rasa malas semacam nak masak atau ke bazar Ramadan. Biasanya time ni la orang pulun jumpa dan berbuka dengan kawan-kawan atau kenalan lain. So, restoran la menjadi tempat ideal untuk berbuka bersama.
Hah, kalau anda peminat makanan Thai dan sedang mencari tempat berbuka puasa yang menyediakan hidangan Thai, aku cadangkan anda cuba hidangan buffet Ramadan yang disediakan oleh Chakri Palace, Pavilion, Kuala Lumpur. Baru-baru ni aku sempat cuba hidangan buka puasa mereka, mungkin ada bagusnya aku kongsi dalam blog.
Dengan lokasinya yang agak strategik, bagi aku ianya antara salah satu tempat sesuai untuk berbuka. Ye la, sementara tunggu berbuka atau selepas berbuka tu anda boleh la sambung shopping barang keperluan untuk raya like baju and other thing (Kemain shopping raya di Pavilion LOL).
Apa yang dihidangkan?
Kalau nak cerita pasal menu-menu yang mereka hidangkan, ya Allah. Tergugat juga la iman saat bila teringat balik masa berbuka kat sana. Ada pelbagai lauk-pauk yang mereka sediakan.
Kalau anda jenis tekak melayu yang nasi memang wajib ada, kat sini la tempat untuk anda. Terdapat sekitar 30 lebih jenis makanan yang anda boleh nikmati bermula la dari appetizer, salad, main dish hinggalah ke pencuci mulut.
Menariknya tentang buffet Ramadan Chakri Palace ni ialah menu-menu mereka berbeza mengikut hari. Ada tiga jenis menu iaitu Menu A (Isnin dan Selasa), Menu B (Rabu dan Khamis) dan Menu C (Jumaat hingga Ahad).
Berikut merupakan senarai hidangan bagi setiap menu sebagai rujukan anda semua.
Memandangkan aku pergi pada hari Khamis, so menu-menu yang sempat aku antaranya bermula dengan appetizer iaitu kuih-muih tradisional, spring roll, samosa dan mieng kham (my favourite).
Mieng Kham ialah salah satu makanan ikonik Thai yang terdiri daripada bawang, kacang, udang kering, cili api, limau yang dibalut dengan daun kaduk. Sounds weird tapi sedap. Makan sekali confirm nak lagi.
Untuk main dish pula, antara kegemaran aku ialah Deep Fried Chicken with Pandan Leaf (ayam goreng daun pandan), Deep Fried Fish with Spicy Thai Herb Sauce (ikan goreng masak dengan sos herba Thai), Thai Green Curry with lamb (kambing masak green curry) dan banyak lagi.
Selain itu, ada juga Live Station yang menyajikan satay ayam dan daging, tom yam dan ikan bakar. Untuk nasi, anda boleh pilih nasi putih atau nasi briyani.
Selepas selesai menikmati lauk appetizer dan lauk utama, time for pencuci mulut. Ini yang aku nanti-nantikan dari pertama kali aku masuk kat restoran ni. Mata terus secara automatiknya tertumpu pada bahagian pencuci mulut.
Bagi mereka yang umum tentang makanan Thai ni pasti mereka setuju bahawa dessert mereka sedap-sedap belaka. Aku kalau ke Thailand, mesti tak lepaskan peluang menjamu pelbagai jenis dessert. Sama juga di Chakri Palace, anda wajib cuba dessert di sana antaranya ialah Mango Sticky Rice, Ruby Water Chestnut, Red Bean with Sago in Coconut Milk dan macam-macam lagi la. So, make sure anda simpan ruang lebih untuk dessert ya.
wuihhh gambaq dia… betoi2 menggoncang iman ni. haha
sedapnyaaaa
daun kaduk la bukan daun sireh.hehe
The food looks delicious and in the holy month of Ramadan, we have a tradition to break our fast with our special ones, this place looks amazing. I loved reading the blog. Thanks for sharing.