Bicara Tentang Diri Sendiri

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Selamat Sejahtera para pembaca yang masih lagi tegar untuk melawat blog ini. Jom kita menuju lurus terus kepada…

Selamat Sejahtera para pembaca yang masih lagi tegar untuk melawat blog ini.
Jom kita menuju lurus terus kepada topik yang kurang hangat ini, Berkata tentang diri sendiri.

Rasanya tak perlulah kot aku terangkan lebih tetang pemilihan topik tersebut okay?
Umur korang pun dah semakin meningkat, rupa korang pun semakin kacak dan cantik, kehidupan semakin kucar-kacir dengan pelbagai masalah … Adakah semua itu berpotensi untuk mengubah siapa diri kita ni? Jom kita lihat dan bincangkan ia sebetul-betulnya.

Adakah kita mudah berubah dengan perkara-perkara di sekeliling kita?

Adakah kita tetap dengan diri kita sendiri dari awal sampai habis?
Seboleh-bolehnya, jadilah diri sendiri dalam setiap benda yang anda lakukan.

Pergi Makan? Jadilah diri sendiri. Biarlah makan gelojoh.
Berpakaian? Pakailah apa yang anda rasa sesuai dengan anda.
Bercakap? Bercakaplah sebagai diri anda sendiri, bukannya lakonan semata-mata.

Kenapa manusia sukar untuk jadi diri sendiri?
Satu. Mereka cuba untuk menyembunyi sesuatu daripada orang lain. Latar belakang, rahsia diri dan sebagainya. Kedua. Mereka takut kehilangan kawan, bagi mereka menjadi orang selain daripada diri mereka adalah sesuatu yang mampu menarik perhatian ramai untuk berkawan.

INGAT!
Jadilah diri sendiri, janganlah cuba untuk menyeksa diri anda untuk terperengkap dalam personaliti yang sebernya bukanlah diri anda. Nanti anda yang merana. Suka atau tidak mereka, itu hak mereka yang penting kita dah jadi diri sendiri. Dengan itu juga, kita boleh kenal/pasti siapa yang ikhlas dan betul-betul KAWAN kita. Setakat berlakon jadi orang lain hanya untuk mendapat kawan lebih? Go check your temperature people!

Kepada rakan-rakan aku yang disayangi, korang kena tanam ni dalam kepala okay.
Aku dah jadi diri aku sendiri, apa aku buat, apa aku bicara, apa juga aku pakai itu adalah berdasarkan diri aku sendiri. Nak tau apa yang aku rasa? Sangat selesa dan ringan tanpa sebarang beban nak memikirkan ‘artis’ yang mana lagi kita nak jadi ni. Yang penting, aku dah jumpa kawan aku yang bukan bergelar hanya sekadar kawan. Ianya adalah SAHABAT.
Susah dan senang kitaorang tetap bersama. Bukanlah hanya mencari orang apabila berdalam di alam kesusahan, dan bila dah mencapai kesenangan … Jangan cakaplah.. Manusia kadangkala pentingkan diri sendiri juga. Tapi, Janganlah kita terlampau pentingkan diri sendiri.


Tak suka tetang diri aku?
Takpe kawan-kawan, itu adalah hak masing-masing. Tiada sebarang paksaan pun.
Yang penting aku dah jalankan semua perkara dengan menjadi diri sendiri.
Yang teramat penting ialah, aku dah jadi diri sendiri. Apa yang aku buat semua itu adalah sememangnya aku.

Apa lagi ya?
Haaa, tidak lupa juga. Hargailah diri sendiri, dan hargailah apa yang korang semua buat kerana ianya ikhlas datang dari diri anda sendiri.

p/s : Jadi diri sendiri juga, aku mampu menemui cinta sejati. Cewah!

Till then,
Regards!

8 comments

  1. tak yah la perasan ENSEM BRO. laki lain hensem lagi dari kau tak kecoh pon macam kau

  2. me too .. .ramai puji me comel tp xpernah pun ngaku dan terus tolak andaian diorang tu.. bak posting ni.. jadilah diri sendiri bro 🙂

  3. Ramai ye yang jeles kat pojie.ok what, aku hensem aku ok. ada masalah? tak suka jgn la melawat blog budak pojie ni. habes citer settle.ni la Melayu, suka dengki mengdengki.pojie cuba teka siapa aku? hahaha (padalah jeles muka mcm mangkuk jamban siapa nak dgr cerita pasal kau?) muahahha *gelak jahat

  4. Ramai ye yang jeles kat pojie.ok what, aku hensem aku ok. ada masalah? tak suka jgn la melawat blog budak pojie ni. habes citer settle.ni la Melayu, suka dengki mengdengki.pojie cuba teka siapa aku? hahaha (padahal jeles muka mcm mangkuk jamban siapa nak dgr cerita pasal kau?) muahahha *gelak jahat

  5. ahakz…kelakar… tp ko memang artis kot pojie… tp bab hensem tu.. ekkkkkk pengsannng !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *