Blogging, masih relevan lagi?

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email /muka bajet khusyuk tengah menaip (konon)/ Otak semakin tepu membuat persiapan untuk paper terakhir jumaat ini. Itulah padahnya…

/muka bajet khusyuk tengah menaip (konon)/
Otak semakin tepu membuat persiapan untuk paper terakhir jumaat ini. Itulah padahnya kalau dapat jarak masa yang begitu panjang. Terasa otak dah tepu semacam, mulalah tangan ni nak menaip dalam blog. Tak tahu kena but memang dah sifat semula jadi agaknya.
Bercakap berkenaan dengan blog, dulu memang aktif update blog (hampir setiap hari) sampaikan perkara yang merepek pun dipost dalam blog. Kebetulan masa tu blog ni memang ‘in’ thing. So, tak kisah la apa jua jenis entri yang korang post, orang still akan enjoy. 
Selepas beberapa tahun tak aktif, kali ini aku cuba untuk aktifkan diri dalam menulis blog. Bukan apa, aku sedar bahawa skill penulisan aku ni semakin teruk sebab kurangnya menulis. Antara cara yang baik untuk kita improve penulisan kita ialah dengan menulis dan membaca blog. 
Antara kebaikan apabila anda berblogging ini ialah:-
  1. Anda boleh menambah ilmu pengetahuan dengan membaca penulisan daripada blogger lain.
  2. Selain external hardisk dan laptop, anda juga boleh menggunakan blog ini sebagai salah satu medium untuk simpan gambar-gambar dan cerita anda (kira macam backup)
  3. Berkenalan dengan ramai orang – blogging ni bukan sahaja anda post cerita and thats it! Ia juga membolehkan anda semua buat komuniti khas dan organize event yang boleh mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
  4. Seperti yang dikatakan sebentar tadi, secara tidak langsung anda juga boleh memperbaiki teknik dan kreativiti anda dalam penulisan. Siapa tahu nanti boleh jadi freelance writer? 
  5. Boleh jana pendapatan sampingan dengan membuat review product, pengiklanan (Nuffnang dan lain-lain lagi).

Alhamdulillah, tahun baru ni Nuffnang bagi rezeki 4 CPUV pertama untuk bulan Januari. Ini juga dijadikan semangat untuk terus menulis blog disamping hobi yang gemar berkongsi pengalaman dan cerita kepada orang lain. 
Walaubagaimanapun, ramai pembaca blog pada masa kini lebih gemar membaca cerita sensasi seperti unsual events dan hiburan. Kita? Just stick dengan cara penulisan masing-masing. Stick to our main purpose of blogging (which is sharing our experiences to others).
Natijahnya, aku masih lagi anggap berblogging ini adalah satu perkara yang masih relevan pada masa kini. Teruskan menulis blog ya. 
Regards,
Pojie

23 comments

  1. Salam, haha blog never die~~~ kecuali kalau penulisnya yg 'pergi'. Ya, aku kadang2 pelik macam mana ada certain blogger yg boleh campur adukkan kisah personal dia + kisah2 sensai artis dan kejadian yg berlaku di seluruh dunia ni, dalam blog dia….haha aku tak mampu.
    Blog aku personal blog. Aku share benda yg aku suka dan life journal aku je. Pernah gak try nak update pasal hiburan, tapi rasa macam tak masuk dgn jiwa~ hahah.
    Okay tu je, panjang pulak komen aku :p

  2. penulisan kau dah ok dah bro, aku rasa way better dari penulisan aku, aku pun dah tak update dah lama sebab dah kerja. dulu masa study dulu update macam orang gila. sehari 7,8 entri pun penah, skrg? lebih kejar tidur dari update blog

  3. tulah, dunia blogging mcm dh xrelevan lah skrg nie. lagi kalau blog2 baru, memang payah lah nak ad pengunjung. unless kalau dh mmg establish, boleh lah dok merapu kat blog mcm2 sbb dh ada pembaca setia. org skrg lebih memilih instagram kot utk bercerita. maybe sbb lebih mudah.

    tengok jelah blog2 yg femes, semua dh jrg update. semua mcm dh xde minat nak menulis blog. xlah semua, tp kebanyakkannya mmg ye pon. kalau update pon alahai sebulan sekali. tu pasal dunia blogging skrg makin sepi.

    well, keep on blogging fawzy, kalau tak mmg timeline blogger nie tak bergerak. hahahaa
    Good luck !

  4. Blog mmg ada tarikan yg tersendiri buat sesiapa yg minat menulis dan pastinya akan kekal relevan. Semoga sentiasa bersemangat berblogging & berjaya dlm setiap perkara yg dilakukan… aamiin.
    All the best Pojie.. 🙂

  5. Salam. I truly agree on your points. Kita just stick to our purpose of blogging. Kalau nak share pasal personal lifestyle, go on but jangan campurkan elemen lain such as kisah sensasi artis or politik as you said earlier. Done following your blog. Keep on blogging ya!

    Regards

  6. Thanks. Yelah, sekarang ramai yang busy dengan kerjaya masing-masing. Itulah sebabnya ramai dah berhenti atau jarang menulis blog. Kalau boleh, rajin-rajinkan la update blog. Hahah!

  7. Betul tu. Blog nowadays bukan lagi 'in' thing kan. But I don't care about that. I'll just keep on blogging. Hahahaha. Famous bloggers sekarang pun update blog lebih kepada advertorial instead of personal life. Hmmm. Sad truth.

    Anyway, keep on blogging too. Post more about your experiences when you're in US. Please!

  8. Lama dah tinggal blog bersawang. Sibuk sengat sekarang nak berblogging. Btw, saya nampak ramai yang mula aktif blogging tahun 2015 ni, termasuk pojie! 😀

  9. Salam, memang best dunia blogging kalau digunakan ke arah yang betul. Masa mula-mula blogging dulu, kemain taksub jugalah update post, blogwalking sana sini, kenal ramai kawan alam maya katanya. Buat blog pun sebab minat menulis walaupun tak sehebat penulis novel. Bila kekangan masa, nak update post pun payah. Sekarang, dunia blog semakin relevan di kalangan orang ramai. Tambah-tambah, bila kata berblog dapat jana income. Lagilah orang bergasak buat blog. Tak fahamlah kita. T_T Apa-apapun blog personal (lifestyle) lebih okay jika dibandingkan dengan blog berkisah gosip artis. Selamat kembali berblog! >_<

  10. Hahahaha.. Masyyyuuuukkkkkkk laaa sgtnyeee ponn…. Aamiin.. Insyallah.. Mula slow2.. One day nnt petik hasil.. Kakakaka.. Wish u luck jugakz…

  11. Yup. Dulu memang tinggalkan blog ni bersawang but now i'm not going to let it happen again. Tetap akan rajinkan diri untuk update! Silalah mula berblogging balik please! 🙂

  12. Setuju 100% dengan awak. Walaupun sesetengah pihak berpendapat bahawa menulis blog ni bukan la lagi perkara yang relevan… tapi bagi kita, menulis blog ni perlu diteruskan tapi make sure ke arah yang baik la kan. Apa pun, I truly enjoy reading your blog. Keep on blogging ya AS! 🙂

  13. eh mestilah lagi relevan! selagi adanya internet dan laptop hehehe.. walaupun kita dah ada facebook, instagram dan mungkin ada banyak lagi yg akan datang, tetapi blogging ni mcm perkara asas dalam dunia penulisan online. btw, tu muka khusyuk ke muka marah hahahaha

  14. hai..hai..hai..sis JM datang sini..yess..i like this entri…tapi sis JM ni lebih kepada kongsi kisah travel je tak pandai nk kongsi personal life semua tu then as u said masing2 kan ada genre blog tersendiri so terserah cite apa yg ingin di kongsi..bab menulis blog utk mengasah cara penulisan tu betul jugak tapi blog sis JM tu ttatabahas berterabur huhuh…main belasah je itu sbb x mesra SEO

  15. Betul. Blog tetap menjadi medium pilihan untuk berkongsi cerita. Teruskan blogging eh. Btw, tu muka khusyuk plus marah sebab tak reti pose haha

  16. Sis JM! Long time no see. Teruskan berkongsi pasal travel sebab sis JM memang banyak travel. Nanti one fine day boleh ajak saya pula. hehehe. Teruskan menulis blog ya kak! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *