Cara untuk ke Koh Samui dari Kuala Lumpur
Anyway, entri kali ini aku akan kongsikan sedikit pengalaman dan cara-cara untuk ke Koh Samui.
Seperti yang dikatakan dekat atas, nak pergi ke Koh Samui ni memang ada banyak cara. Untuk trip ni, kami memilih untuk naik flight Air Asia dari Kuala Lumpur dan turun di Surat Thani.
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Surat Thani ialah selama 1 jam 30 minit.
Untuk pengangkutan feri, kami pilih servis dari Lomphraya (bus dari Surat Thani Airport to feri pier + feri from Surat Thani to Koh Samui pier). Boleh book secara online dalam harga RM60 DI SINI
Perjalanan dari Surat Thani pier ke Koh Samui mengambil masa sekitar 2 jam 30 minit.
Best part pasal Lomphraya ferry ni ialah korang ada dua pilihan iaitu nak duduk dalam or duduk dekat bahagian atas which is open air. Boleh la menikmati tiupan angin sambil melihat pemandangan cantik.
Tapi adalah digalakkan untuk korang pilih tempat duduk di bahagian dalam. Sebab, kadang-kadang journey agak bumpy so korang memang akan basah bila duduk dekat bahagian open air. Berdasarkan pengalaman sendiri, sejujurnya memang agak tak selesa sebab melekit kena air laut dan pening sikit.
Dalam feri juga korang boleh beli snack or minuman (kalau perlu). Harga sudah tentulah boleh tahan mahal. Macam tak berapa nak berbaloi beli but kalau terdesak, apa salahnya.
Fyda Noh
Berbaloila perjalanna jauh yang penuh cabaran kalau tempat tu cantik..
Busyra Takiyudin
nice view.. 🙂
gun firdaus
walaupun penat memang perjalanan seperti itu memang memberikan kepuasan tersendiri kan Bang Pojie
Pojiegraphy
True. Pemandangan sini sangatlah berbaloi dengan perjalanan jauh dan agak memenatkan. Phew
Pojiegraphy
True. Indah betul ciptaanNya 🙂
Pojiegraphy
Iya. Betul tu. Indah sekali tempat ini!
Uncle Zuan
pergh. ramai giler rupanya ke koh samui ni.
next trip wajib ajak aku..
(tapi lepas bulan 5 la hehehe)
Unknown
Hi I nk tanya kalau pergi bulan 5 sesuai x?
Unknown
I nak pergi koh phangan island which is kalau naik flight akan turun ke surat thani jugak because xde flight yg sampai ke sana then naik feri . So it is the same way you go to koh samui ?
Unknown
Lain kali kalo visit Samui, inap di hostel saya yaaa https://www.facebook.com/baanhinlad/