Ceritera OFFDAY yang kedua kali.

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Hello, Salam! Bertemu lagi kita di episod yang seterusnya. Adakah anda terasa terpaksa untuk bertemu dengan saya di…

Hello, Salam! Bertemu lagi kita di episod yang seterusnya. Adakah anda terasa terpaksa untuk bertemu dengan saya di episod terbaru ini? Silalah jangan jujur sangat, jagalah sikit hati ini. Jangan sampai terguris ek. Biarlah, tipulah macam mana sekali pun, tapi asalkan saya tidak berkecil hati. Nanti susah nak besarkan hati saya ni tau. Hey ya, adakah kerja itu beerti sekiranya tiada offday? Sudah tentulah tidak, its a big NO! Offday merupakan hari kemuncak dan juga hari kegembiraan bagi setiap pekerja, siapa yang tak happy kalau offday? Cuba mai habaq dgn aku, meh aku nak bagi rm100, kalau memang betul dia tak suka offday. Cewah, siap buat offer lagi nak bagi rm100. HAHA

Ceritera offday?
tiada ceritera yang menarik sangat, cuma cerita yang suam-suam je. Sekadar nak memberi blog ini kelihatan hidup dengan cerita yang kurang menarik, asalkan blog ini hidup, Aku puas hati. Alhamdulillah, rating para pembaca saya semakin meningkat. Tengok, bila blog ini hidup, maka adalah pembacanya. Untuk perhatian korang, jika aku punya masa free selama 24/7 jam, akan ku ceritakan semua kepada anda semua. Kerana aku sayang korang bila korang baca blog aku ni, kalau tak baca pun aku tetap sayang juga. Saja nak gatal-gatal kan? HAHA
Hujung bulan disember yang bakal tiba ini, saya bakal berpindah. Pindah ke mana? Tengoklah, nanti kalau korang jumpa aku, jemputlah aku tinggal kat umah korang ek. Kesian tengok aku nanti dengan mengusung beg ala-ala budak Akademi Fantasia yang feeling-feeling sedih. Dengan baju yang kusut, muka dah 2 tahun tak makan. Kalau korang tengok, taknak tolong ke? Kesianlah.
(dah start melalut, baik aku cabut dulu sebelum kena baling para pembaca)
Cuti offday diisikan dengan aktiviti mengemas barang-barang kerana diri ini akan membawa dirinya ke tempat baru, biarlah dalam kenangan. Boleh tahan juga, tengok dari luar macam okay, tapi bila digali-gali, dikorek-korek, mak aih. Boleh pengsan tengok. Eh! Ape ni, lain macam bunyinya. Jangan tersalah faham okay. Barang-barang dalam beg laa, aku telah diberikan amaran daripada puan rumah untuk berkemas cepat, jangan tangguh-tangguh, nanti lambat pulak. So, aku terpaksalah mendengar arahan puan tersebut. Sedang aku kemas mengemas,
terjumpa la antara sisipan yang pernah menceriakan hidup aku pada masa lalu. 😉

Mari kita lihat satu persatu :




Ingat lagi yang ini?
Haaa, handsome? comel? hahaha. Saje nak bagi para pembaca berapi jap. Jangan marah heh, sampai dah tak jenguk-jenguk blog ni lagi. Hehe. Inilah sisipan majalah Yezz! dalam slot Boyfriend edisi bulan February. Untuk pengetahuan anda semua, masa ni merupakan pertama kali mengadakan official shooting bersama krew Karangkraf, dan pada saat itu. Akulah orang yang paling agak kaku. Maklumlah, first time kan. HAHA. Keratan ini saya jumpa dalam beg kecil masa sekolah dulu, dah berhabuk macam 10 tahun tak kena pakai. Macam tipu je kan? Alaa, ye la. macam dah 1 tahun tak kena pakai. Kemas punya kemas, nampak la keratan ini. Sempat lagi baca balik ape yang tertera di atas helaian kertas tu, nak kau tergelak macam orang kurang siuman. 😀

Ini merupakan slip peperiksaan SPM 2009, tengok! Lain kan rupa slip ni? Macam bukan slip SPM je. SPM2009 dah lama lepas, tapi aku masih simpan slip ini. Sebab, cikgu pernah pesan. Janganlah buang slip tu, kalau nanti awak dapat result baik, bila awak tengok slip ni awak akan rasa tenang, lega dan happy. Tapi kan cikgu, kalau result tak baik macam mane bila terlihat slip ni? Boleh saya bakar slip ni tak jika result tidak baik? :d

Ehem, ehem. Agak malu, tapi tidak mengapa. Tebalkan muka sekejap. Guna pasir tandas kucing tu, biar terlebih tebal. Takda orang nampak apa yang jadi dekat muka aku. HAHA.
Untuk yang ini, malas nak buat banyak ulasan. Jika anda perhatikan gambar, maka anda dapatlah jawapannya. Manis bukan? Tapi sekarang tinggal kenangan je ibarat gula-gula chupa chups tu.
Hah, ni dia antara hasil karya yang pernah aku bawa untuk menghadiri sesi temu duga dulu. Takde la gempak mana pun, at least menunjukkan bahawa aku punya bakat. Lagi sekali, angkat bakul sendiri. HAHAH.

Memori, gambar yang di ambil semasa menjadi budak sekolah yang sangat nakal dulu.
Macam-macam, bila tengok gambar tu aku macam kena pukau sekejap terimbau kembali segala kenangan. Bestlah jadi budak sekolah dulu, haish. Menyesal merungut “Malaslah nak pergi sekolah, cepatlah masuk U!” Haaaa.

Eh eh, cepat scroll ke bawah!
CAK CAK CAK!
si budak kecik bernama syamimi. Inilah dia. 😉

Maaf ya wahai para pembaca uncle pojie punya blog, saya terpaksa landing dekat katil beliau. Sambil memeriksa handphone beliau. Nak jugak kenal bakal aunty nanti.
Ops! Maafkan acamimi ye uncle pojie” begitulah syamimi berbicara dengan pelat budak kecik 7 bulan ni.

Muka syamimi semasa nak melawat rumah baru, putih suci dan berseri. Padahal bucuk-bucuk lagi, baru bangun terus kena angkut naik kereta. Hehe.

Pagi tu, puan rumah membawa kitaorg melawat ke bakal tempat baru.

Tengoklah :

Rumah dalam progress nak siap

Pintu Masuk

Stor dan tangga naik atas
Dapur
Bahagian belakang rumah


bilik pink, bakal bilik budak comel yang bernama syamimi tu 🙂
bilik biru ni sape punya pulak? Ehem-ehem.
Biru : Tengoklah reaksi syamimi. Macam tak suka biru je. Ish ish, baju pun nak pink jugak! 😀

Pink : Yeay! Saya suka pink. Umi, nanti belikan syamimi barang dan baju semuanya bewarna pink ye. Taknak warna biru. 😀

Tengoklah, bestkan hari offday saya? at least, ada juga benda yang menarik nak dibuat.
Tidak lama lagi bakal berpindah. Hush Hush.

p/s : saya nak rumah sendiri. nak cat warna warni! HAHA

Jumpa lagi,
Regards,
Pojiegraphy.

11 comments

  1. Fiq, haha. mesti ah. mana boleh bising!

    Sudirman, yeay. memang kebabommm!

    Thanks Gadis Kampung 🙂

    Nyna, agak menarik kan warna bilik? heee

  2. pojie…suka sgt pics acamimi b4 thisnye entry…love so2 much si comel2 tu… am proud of u…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *