Dikala mengenang dan terimagine kawan-kawan yang lain sibuk dok beraya di rumah sanak saudara mereka…
Terdetik juga hati ni untuk menulis entri blog. Assalamualaikum kepada semua orang. Masih lagi belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat hari raya kepada semua umat Islam diluar sana. Entri kali ini tidaklah sepanjang mana. Ringkas je since semua orang pun masih lagi sibuk beraya dan tak ada masa nak surf internet untuk tengok blog aku yang agak sikit usang ni.
Rendang? Ketupat? Lemang? Whoaa! Untunglah semua dapat merasa. Aku ni haaa, beraya di Shah Alam saja. Peluang untuk pulang ke kampung masih lagi terlalu nipis. Kalau dulu beraya di kampung, memang terasa gila la mood raya tu. Tapi dekat Shah Alam ni, hmppph. Macam hari biasa saja. Dah la kawasan rumah kosong macam tak hidup je tempat ni. Apa-apa pun, enjoy la korang. Raya datang lagi!
Jangan lupa! Walaupun tak balik kampung, aku tetap happy dapat beraya dengan ahli keluarga. Lengkap ya! 🙂
Nyum nyumm di pagi raya. Selepas berhempas pulas berpuasa ni, terasa agak janggal pulak dapat makan dipagi hari. Yang penting, perut makin ‘comel’. Alhamdulillah!
Macam-macam kuih yang ada. Bukan selalu, cuma setahun sekali ja dapat merasa semua ni. Percayalah!
Selepas enak dan puas melihat makanan-makanan yang bakal dihidangkan dan selesai solat sunat Aidilfitri, apa lagi. Its time for bergambar. Haa, part itu yang sangat penting okay setiap kali pagi raya. Baik mak, ayah kakak, mahupun abg dan adik. Semuanya gila kamera!
Inilah keluarga aku. Ditambah lagi dengan 3 orang ahli baru. Firhan, Adam dan Syamimi. 🙂
Merekalah penyeri dan pembuat kecoh dipagi raya. Tidak tentu hala jadinya rumah. Ada saja nak kacau. Lagi-lagi sibaju pink tu. Sabar sajalah orang melayan dorang ni.
wah! Acaimimi kecik-kecik lagi dah dapat pakai baju kebaya dan juga … DUIT RAYA!
weh. duit raya weh! 🙂
Sesi membersihkan silap dan salah. 0-0 ya semua. Nanti esok lusa bertambah la lagi. 🙂
Mereka inilah nadi jantungku.
Selesai bergambar, semua rasa agak kepenatan. Yelah, penat berposing itu ini. Apa lagi, jom melantak! 🙂
Sesi bergambar episod 2 🙂
Bersama kakakku dan juga Nisa serta Firhan.
Untunglah baju dapat sedondon tahun ni. Jeles! Menyesal beli colour yg xda matching lansung. TSK TSK.
Bersama dengan geng-geng Empire yang datang beraya.
Lagi, Nisa dengan kakak serta aku 🙂
Sesi bersiap untuk photoshoot lagi. Selipar tu abaikan la yer!
Cantik tak gambar yang aku shoot ni? Heee.
Gambar bersama dengan adik beradik 🙂
gambar bersama dengan adik-beradik lelaki 🙂
Bila uncle nak berposing depan camera, sibuk jugalah anak buah dia nak join. Last-last gambar uncle jadi separuh daripada setengah. Tsk Tsk.
Anak buah yang juga gila camera. Sorrylah, terlampau over didik dia. HAHA
Last but not least, Eh tunggu kejap! Nak siap-siap. Bagi samping agak kemas, Songkok agak tidak senget. Dan sebagainya..
Yeah, hampir kemas semuanya.
Inilah hasilnya. Photo yang kira agak terbaik untuk raya kali ini.
” Menjadi seorang jurugambar ini kelemahannya ialah dihari raya. Dimana gambar orang lain agak menarik dan cantik bila kita snap. Tapi bila part suruh orang snap gambar kita, jangan ditanya mengapa gambar aku kurang untuk raya tahun ini. Tsk Tsk “
Apa-apa pun, nantikan cerita sepanjang aku tidak beraya di kampung halaman ya. Makan hati dengar kawan-kawan excited beraya sampai lupa aku. Tak kira, nanti aku nak kutip duit raya. Sekali lagi, mohon maaf dipinta. 0-0 yer sekarang.
Makan lemang, ketupat dan rendang tu janganlah lupa tuan punya blog ni yer.
beraya ngan bergambar mmg wajib kan,.. rasa satu kerugian kalau x bergambar masa raya kan,.. :))
nice pic
Chantek gambar.. selamat hari raya.. @~@
terasa keakraban anda semua…selamat hari raya;-)