Critique Session 1

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan sebelum bermulalah cerita seterusnya.  Setelah hampi 9 minggu berhempas pulas menghadapi segala dugaan…

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan sebelum bermulalah cerita seterusnya. 

Setelah hampi 9 minggu berhempas pulas menghadapi segala dugaan dan cabaran menghasilkan hasil kerja yang boleh memuaskan hati semua pensyarah, finally tibalah waktu untuk ke hampir dipenghujungnya. Senang cerita, a step closer to success.

Last few days, our first Internal Critique Session for my batch was held at Marvelux Hotel, Melaka. Dihadiri oleh hampir 40 orang pelajar serta pensyarah-pensyarah daripada jabatan Fotografi dan Pengimejan Kreatif UiTM Alor Gajah Melaka.

Okay, ni nak cerita sikit kisah-kisah disebalik sesi kritik ini. Malam sebelumnya, berhempas pulas touch up finishing, touch up slides and touch up gambar. Tak tidur satu hari, takut punya pasal. Siapalah yang tak takut beb, saat genting. Naik sejuk badan ni. Aku cuma dapat tidur sejam sahaja. Badan tetap kuat pada awalnya sebab dah set mind “Esok ada sesi kritik. So badan tolonglah jangan malas-malas”. 

Beginilah suasana rakan-rakan lain pada awalnya. 

Disaat sesi kritik nak bermula, pergh! Harapan agar nama tidak dipanggil seawal-awalnya. Mendengar kritikan yang diberikan kepada rakan-rakan sebelumnya, memang aku akui bahawa aku sangatlah gementar. Gementar kali ini lain macam. 

 Gambar bersama dengan syafiq. Abaikan muka aku. Fokus kepada orang dibelakang. HAHA



Alhamdulillah, nama aku dipanggil setelah 5 orang rakan saya selesai mempersembahkan hasil karya mereka. Pada saat aku melangkah naik atas stage, aku dah set awal-awal mind ni “Ingat, pasti ada benda yang akan dikritik walaupun aku dah rasa hasil kerja aku cukup memuaskan”. Tujuan mind set ini dibuat agar tidak akan berlaku sebarang tragedi patah hati dan seangkatan dengannya.

Thank you to the lecturers for giving such inspiring comments and critiques.

Gambar bersama dengan Adele Malaysia, Mony. Hihi.

Selesai saja turn aku, terus masa syang lainnya aku isi dengan tidur disudut belakang. Memang sedap tidur walaupun ditemani dengan bunyi kritikan dari lecturer-lecturer dekat depan.

With the lecturers and the batch-mates after selesai sesi kritik.
Selesai saja sesi kritik, terus get ready for iftar. Perut dah lapar sehari berkurung dalam bilik aircond. Tekak lagilah, kering yang amat.

Muka kanak-kanak riang tak sabar menanti waktu berbuka.

Wassup! Its Pija.

Geng gila kamera, mana ada flash disitu la mereka beraksi. BHAHAHA!

With syafiq, syiz, anep, nadde and maula.

With all the lecturers! 🙂

CONCLUSION: PERGI – SEMUA DIAM. BALIK – SEMUA KECOH MACAM BARU HABIS SPM. 

Selepas selesai semuanya, rasa memang lega gila. Kepala terasa agak ringan. Beban itu sudah dilepaskan. Tidur yang sikit itu sungguh berbaloi buatku. Balik saja rumah terus semua melantak tidur. Dalam kepala hanya “NAK BALIK KAMPUNG BERAYA!

Tinggal lagi satu preview dan juga satu lagi Internal Critique Session 2 for Major Project and then that’s it. I’m done with my final semester. Cuma tunggu untuk hari final presentation dan juga Diploma Show. Alhamdulillah Alhamdulillah! ;]

To everyone, selamat pulang ke kampung masing-masing untuk menjalani hari-hari terakhir berpuasa. Last but not least, SELAMAT HARI RAYA IN ADVANCED!
Maaf jika ada terkasar bahasa atau apa apa sahaja yang buat korang semua terguris hati.


See you guys again in my next entry. Assalamualaikum


One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *