Dapatkan Cabin Zero 44L Malaysia Flag Series Backpack (Limited Edition) sekarang!

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Jika anda suka travel dan penggemar beg jenis backpack, koleksi edisi terhad dari Cabin Zero ni pasti akan…

Jika anda suka travel dan penggemar beg jenis backpack, koleksi edisi terhad dari Cabin Zero ni pasti akan menarik hati anda.

Baru-baru ini aku berpeluang untuk menghadiri official launching untuk koleksi backpack Cabin Zero (Malaysian Flag series) di Acquire Shop, Bangsar Village II.

Some of you yang dah follow my journey through my social media dan juga real life, mesti perasan yang aku sering pakai backpack dari Cabin Zero, iaitu jenama backpack British khusus untuk mereka yang suka travel secara backpacking atau malas nak travel dengan luggage.

Aku suka backpack Cabin Zero atas beberapa sebab – design yang simple, tahan dan yang paling penting selesa especially saiz 44L (walaupun beg berat macam bawa batu kalau letak kat bahu confirm tak terasa sangat berat tu). Sebelum ni aku pernah tulis 5 reasons why you should own a Cabin Zero backpack. Sudikan la diri baca artikel tersebut ya. Kalau nak tahu lebih mendalam lagi tentang jenama ni, boleh layari laman web rasmi Cabin Zero.

 Cabin Zero 44L Malaysian Series Backpack 

Macam yang aku mention dekat atas, Cabin Zero baru-baru ini telah memperkenalkan backpack baharu edisi khas dengan patch khas berunsurkan negara tercinta kita iaitu bendera Malaysia, bunga raya dan wau. Cool kan?

Buat masa sekarang, backpack edisi khas ini hanya terdapat dalam saiz 44L dan ianya terhad kepada 100 unit sahaja yang dijual dalam pasaran. Aku sempat pegang dan cuba pakai masa dekat launching event. I like it!

The feel masa pakai backpack tu is just the same bila pakai other 44L backpacks. The only different is of course rasa bangga bila pakai backpack edisi ni sebab bila kita travel, kita indirectly showcase our country dekat orang luar bila mereka tengok backpack kita. Start dari situ la kita boleh promote keindahan negara sendiri, kan?

So far belum berpeluang lagi nak travel dengan this new backpack. InsyaAllah kalau travel nanti aku akan tulis ulasan dan kongsikan dalam media sosial aku, ya?

 Harga dan mana nak beli? 

Harga backpack Cabin Zero Malaysia Flag Series (Limited Edition) ni ialah RM399.

Before this, aku beli backpack Cabin Zero melalui laman web rasmi. Diorang juga sediakan servis penghantaran ke destinasi antarabangsa termasuklah Malaysia.

Tapi untuk edisi Malaysian Flag ni, anda boleh ke store Acquire Shop yang terletak di Bangsar Village II. Boleh juga order melalui Facebook page rasmi kedai ini dan mereka juga boleh buat penghantaran ke alamat anda.

Jika anda bukan berada di sekitar Kuala Lumpur, anda boleh beli backpack Cabin Zero Malaysia Flag atau koleksi-koleksi Cabin Zero yang lain melalui Facebook, buat pembayaran (termasuk caj penghantaran pos laju), berikan alamat dan bukti pembayaran dan tunggu item sampai di tempat anda.

Berikut merupakan maklumat pembayaran Acquire Shop:

Account name: Private Label Sdn bhd
Account no: 04600215071
Bank: Hong Leong Bhd

Selepas buat pembayaran, sila hantar maklumat-maklumat seperti bukti pembayaran, alamat penghantaran kepada mereka di page Facebook Acquire Shop.

 Acquire Shop 

Kepada mereka yang tinggal di sekitar Klang Valley dan tercari-cari barangan travel seperti backpack, anda boleh datang ke Acquire Shop, Bangsar Village II. Mereka bukan sahaja jual backpack jenama Cabin Zero tapi ada pelbagai jenama berkualiti tinggi lain seperti Nava Design, Danish Design, Celdes Footwear dan Nannini Eyewear.

On top of that, mereka juga ada jual barangan-barangan rumah termasuklah pasu, frame gambar, perabot yang terdiri daripada jenama seperti Serax dari Belgium, ForLife dari USA dan tidak lupa juga beberapa jenama tempatan seperti MalayaCo, Biji-Biji, Lokamade, BingkaKL dan EarthHeir.

Acquire Shop

Alamat:
Lot 2F – 23, ( Second Floor) Bangsar Village II, 2 Jalan Telawi I (19.88 km)
59100 Kuala Lumpur Kuala Lumpur, Malaysia.

Telefon

+603-2287 1261

Waktu operasi
10.00 pagi – 10.00 malam 
Facebook
Terima kasih buat team Acquire Shop kerana menjemput diri ini untuk menghadiri sesi pelancaran koleksi baru Cabin Zero backpack. Harap dapat bekerjasama lagi pada masa depan. Kepada mereka yang nak beli backpack baharu, boleh datang ke store mereka di Bangsar Village II.

5 comments

  1. Stylishnya beg tu Pojie! Kalau bergambar waktu travel pun mesti jadikan gambar lebih cantik. Senang kata, Instagram-worthy sangat! Haha..

    Nanti bolehlah terjah tengok beg ni!

Leave a Reply to Cataserene99 Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *