Hembus nafas perlahan-lahan. Mohon behave wahai diri. Ada something nak kongsi ni!
Rasa macam baru minggu lepas. Sudah sebulan berlalu.
Tahu, teknik penulisan aku tidaklah sebegitu menarik tapi orang kata perkara yang terbaik ialah apabila kita pelajari segala kesilapan yang kita buat. Practice makes perfect (walaupun dalam hidup memang tak ada yang sempurna).
Baru-baru ini Majalah Maskulin telah menyambut ulangtahun ke 15 dan dengan itu, Maskulin turut hasilkan majalah edisi bumper. Cover dia memang kebaboom dan yang penting artikel aku ketika di Norway sempat juga menempah tempat dalam ruangan “LIBUR” dalam majalah ni.
Jom tengok!
Cover menarik
Tadaaaaa!
Ni edisi bulan September. Rasanya sudah tak ada dekat pasaran. Oleh itu, aku hanya mampu berkongsi gambar je la.
Pengalaman ke Norway memang something yang susah betul nak dilupakan. Bila rindu, confirm aku akan buka folder bernama “Norway 2015”. Dalam itu ada beribu kenangan yang disimpan dan tidak sabar untuk aku kongsikan kelak.
Lagi?
Tadaaaa. Terima kasih kepada editor MASKULIN kerana beri aku peluang untuk menulis dan berkongsi di medium yang lebih baik selain blog. I’m looking forward to write my other journeys!
Gambar takda kena mengena. Saja nak tunjuk betapa happynya aku. Kemain!
tahniah pojie 🙂
best.. tahniah 🙂
tahniah pojie…kipidap
double kipidap pojie!