Facebook, Dulu dan Sekarang.

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Alhamdulillah, aku selamat sampai di kampung halaman aku dan bakal bercuti…

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Alhamdulillah, aku selamat sampai di kampung halaman aku dan bakal bercuti disini selama sebulan lebih. Alhamdulillah, sihat sejahtera. Ahli keluarga semuanya sihat-sihat saja. Hope korang semua pun sihat la yer. Kepada bebudak UiTM yang lain, selamat berkerja (bagi yang buat kerja sambilan) Nanti dah dapat gaji, janganlah segan-segan untuk belanja aku yer.
Cuti ni la masa untuk aku luangkan diri aku dengan blog, since kerja tak ada. Goyang kaki, makan tidur saja la kerja aku. Minta-minta dengan itu, dapat juga aku turunkan berat badan sebanyak 30kg dalam sebulan. (angan-angan terlampau). Cuti ni juga aku bakal update akaun Facebook aku tu yang dah agak bersawang dah. Hmmmm, bercakap pasal Facebook, semalam sempat terbaca salah seorang twitterians yang menulis tweetnya berbunyi seperti ini “Facebook dulu dan sekarang adalah sangat berbeza“. Aku dok fikir apa yang berbezanya, bila tengok dan fikir kembali memang ada bezanya. Nak tengok? Jom kita teliti satu persatu.
Pada masa Facebook belum lagi begitu terkenal, MySpace la menjadi kegilaan para remaja dan juga segelintir orang dewasa. Setiap masa MySpace la jadi peneman mereka semua, tanpa sambungan internet, perasaan gelisah tidak dapat melayari MySpace akan timbul. Tak tipu, kerana saya juga pernah rasa. Apa yang berbezanya Facebook dulu dan sekarang?
1. Dulu, Facebook ni tak ramai pengguna. Jika kita tengok pada waktu sebelum pembukaan Facebook tu, semua orang dok maki Facebook ni bosan. Facebook ni susah nak guna.
2. Dulu, Facebook ni cuma tempat untuk berkomunikasi, tapi sekarang Facebook menjadi landasan untuk seseorang itu mengiklan pelbagai benda. Termasuk blog sendiri. (Betul, itu memang betul).
3. Dulu, Facebook cuma jadi tempat untuk kita mengupload gambar kita sendiri untuk orang lain tengok. Tapi sekarang kebanyakkan orang mengupload gambar yang tidak ada kena mengena dan ‘tag’ kawan-kawan yang tidak ada kaitan lansung.
4. Dulu, Facebook cuma jadi tempat untuk orang mengemaskini update sekurang-kurangnya 2 kali untuk selang 3 hari (For at least). Tapi sekarang, mak aih. Setiap setengah jam pun ada.
5. Dulu, Facebook tidak ada perkara yang berunsurkan lucah. (Akaun, Gambar). Tapi sekarang, sewenang-sewenangnya orang boleh upload gambar lucah dalam Facebook. SIAP DIJADIKAN SEBAGAI GAMBAR PROFIL LAGI. Apa kes?
6. Dulu, pengguna-pengguna Facebook tidak mengemaskini status ataupun menulis komen pada wall orang dengan tulisan yang sukar untuk dibaca, tapi kini jangan hairan jika penggunaan penulisan berformatkan “Wempit(rempit)” adalah sangat berleluasa.
7. Dulu, sistem komen dan berkomunikasi adalah berbeza, tetapi sekarang. Setiap ‘reply’ akan dipost dekat wall seseorang itu dan bukannya dipost dekat bahagian conversation mereka.
8. Dulu, tiada istilah ‘Tolong Like’ dalam Facebook. Tapi sekarang, hmmmm. Dimana-mana kita boleh nampak. Permintaan untuk kawan like Gambar, Status dan sebagainya.
9. Dulu, tiada sebarang contest yang dibuat dalam Facebook. Sekarang, setiap contest yang dibuat adalah berdasarkan jumlah ‘like’ daripada rakan-rakan dalam Facebook.
10. Dulu, Hi5 kena maki sebab Friendster. Lepas tu Friendster kena maki sebab MySpace. Lepas tu MySpace kena maki sebab Facebook. Lepas Facebook, apa pulak yang kena maki nanti?
pssst! Ada lagi nak tambah? 🙂
p/s : Ini bukanlah tips, tapi satu recommendation. Jika anda merupakan seorang yang ingin kawan-kawan atau orang tau tentang apa yang korang sedang buat atau apa yang sedang terjadi dekat korang, apa kata korang buat akaun Twitter. Disana korang boleh kemaskini status setiap 5 saat pun takpa. #TapiJanganSampaiKenaLimitOlehTwitter lah. 🙂

3 comments

  1. last tuh suka. Annoying gila orang yang update status kat fb every minute. Pon ada. Rasa cam nak kenalkan twtter kat diorang je Sigh

    Word verification kat bawah nih : sentab

    hahahha comel je

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *