Floating Village at the Tonlé Sap Lake

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Perjalanan selama satu jam setengah di sekitar kawasan Tasik Tonle Sap ini ternyata begitu penuh dengan emosi. Selain…

Perjalanan selama satu jam setengah di sekitar kawasan Tasik Tonle Sap ini ternyata begitu penuh dengan emosi. Selain daripada pemandangan yang begitu cantik, aku juga turut tersentak selepas melihat kehidupan mereka yang tidak pernah kita bayangkan. Teruskan membaca untuk mengetahui cerita pengalaman aku ketika datang ke sini sekali gus carilah sebab mengapa kita perlu (at least sekali) datang ke sini.

Did you know that Tonlé Sap Lake or well known as Large Fresh Water River is a combination between a lake and river system which is also considered as major importance to Cambodia. Selain itu, tarikan pelancong ini juga merupakan tasik yang terbesar di Southeast Asia dan telah diiktiraf oleh UNESCO sejak 1997.
Untuk ke Tasik Tonle Sap, terdapat pelbagai jenis kenderaan yang boleh membawa anda ke sana. Untuk lebih selesa, naiklah kereta. But if you’re looking for something which is more adventurous and breathtaking, naik tuktuk pun best juga. Perjalanan akan membawa anda ke Kampong Phluk.
Fee: $18

Gambar diatas merupakan boat yang anda akan naiki untuk pergi ke tasik dan lalu perkampungan Phluk (floating village)

Sepanjang perjalanan untuk sampai ke kampong Phluk, berpeluanglah juga kami untuk melihat panorama keindahan di sekitar tasik ni. Tiupan angin kuat tu menambahkan lagi feeling. Hahaha! 
Finally, sampai pun floating village ni dan di sini jugalah tempat yang membuka mata aku & buat aku sedar bahawa ramai lagi mereka diluar sana yang hidup susah, jika dibandingkan dengan hidup kita. Sampai je dekat kampung ni, anda boleh la nampak beberapa rumah dan juga orang yang sedang melakukan aktiviti harian mereka. 
The best part bila dapat tengok budak-budak yang sedang sibuk mendayung sampan kecil mereka untuk pergi satu tempat ke tempat yang lain. Ya, budak kecil! Budak kecil dekat sini dah kena ajar untuk hidup berdikari. 
KAMPONG PHLUK
Below are some of the photos

Nampak tak apa yang aku cuba sampaikan? Walaupun susah mana hidup, mereka tetap bersyukur dan gembira dengan apa yang mereka anda. Strong friendship between each other. Lain pula dilihat kepada budak-budak kita zaman sekarang dimana ramai yang selalu terikat dengan teknologi. 
KAMPONG PHLUK SECONDARY SCHOOL
Gambar-gambar dibawah ni menunjukkan senario kehidupan budak-budak ketika di sekolah

Sekolah di atas air? Pergi sekolah dengan menaiki perahu? Pernah bayangkan tak tiap-tiap hari kita kena pergi sekolah dengan menaiki perahu? Kita ni, pergi kelas naik motor, kereta dan jalan kaki pun dah malas #NoteToSelf hmmmm
Dalam perjalanan untuk ke Tasik Tonle Sap, anda juga boleh buat forest ride which will cost you around $7. Nothing much, just pusing-pusing dan merasai keindahan hutan sambil menghirup udara segar. 

Untuk forest ride, sekejap saja. Tak lama pun. Tapi best la juga dapat ambil gambar dan enjoy tengok suasana hutan. Selepas tu, sambung lagi perjalanan untuk ke tasik.
Tonlé Sap Lake

Boleh juga pose masa dekat atas boat ni. Kalau tak ramai orang la. Luckily masa kitaorang pergi tu cuma ada tiga orang je termasuk aku. Senang la sikit nak switch tempat duduk untuk ambil gambar.
Some random photos

Tanpa sebarang kata, tengok gambar-gambar dekat atas tu pun anda dah boleh tahu dan dapat membayangkan macam mana kehidupan mereka di sana. Jika dibandingkan dengan mereka, apalah susah sangat pun hidup kita ni kan? Bersyukurlah.

My journal 
Its gonna be our last destination before leaving Siem Reap to Phnom Penh. Next entries will be about my Phonm Penh journey. Sorry for the excessive amount of pictures included in this entry. I just couldn’t resist myself to do it so. LOL

22 comments

  1. terima kasih Pojie perkongsian, kehidupan dekat dengan alam, paling unik bila disana menggunakan istilah kampong juga, bahasa nusantara. 🙂

  2. Sekali tengok ada sikit2 mcm kat kuala selangor.. cuma gaya hidup atas perahu hari2 tu mmg berbezalah dgn kita. Suasana pun nampak bersih walaupun agak ketinggalan berbanding kita kan. Pengalaman yg berharga dan menarik dikongsikan ni Pojie.. best.. 🙂

  3. Fuhh seronok la naik bot..Wah angin kuat eaa..Mat salleh ngan minah salleh tu pakai topi tak tercabut ke topi diaorg sebab angin kuat hehehe…Nampak tempat ni sangat menarik kan..Wah mesti budak2 kat sana tak takut ngan air..Masing2 nampakpro jer duk mengayuh sampan ..Tak pakai safety jacket pon ..Huhuhu kiranya mmg dah expert la ni ngan air..Gambar 38 ,39 tu akak suka …Pastu gambarawan penuh tu ada sampan sgt menarik…Wah siap ada kuda kigak tuu..Boleh la naik kuda .,..

Leave a Reply to Pojiegraphy Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *