Graduation Day

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang sudi singgah blog ini (ayat poyos). Harap anda semua dalam…




Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang sudi singgah blog ini (ayat poyos). Harap anda semua dalam keadaan yang sihat sejahtera dan juga berbahagia disamping mereka yang tersayang. These few days agak busy dengan macam-macam perkara dan yang paling pentingnya ialah persediaan untuk…… HARI KONVOKESYEN

Nothing much. Cuma agak berdebar dan juga excited yang amat menunggu hari bakal tiba. Persediaan tidaklah begitu banyak dan semuanya dilakukan pada saat-saat akhir kerana kadangkala yang dilakukan pada saat-saat akhir itulah yang terbaik. But dear kids, jangan selalu amalkan sikap suka buat kerja pada saat-saat akhir ini especially when it comes to HOMEWORK thingy. Sempat lagi bagi nasihat.

Let’s just jump to the topic then.
Baru-baru ini, UiTM melansungkan Istiadat Konvokesyen yang ke 78 dan kini bukan hanya di kampus induk malah majlis konvokesyen ini telah pun dilaksanakan di 4 kampus UiTM cawangan iaitu Perlis, Perak, Terengganu dan juga Sarawak. First of all, Tahniah buat semua yang telah berjaya dan terlibat dalam Istiadat Konvokesyen yang ke 78. 

Kebetulan pula saya menghadiri majlis ini di kampus induk iaitu UiTM Shah Alam. Alhamdulillah, mudah dan senang segalanya since memang dekat dengan tempat tinggal. Buat persediaan last minute pun tidak ada masalah. LOL

Bagi course Art & Design, hari konvokesyen kami pada 19 Mei bersamaan dengan hari ahad (Sidang Petang). Sidang petang? Hanya Allah saja tahu azabnya menunggu untuk masuk dalam dewan. Air peluh menitis macam air paip yang lupa ditutup. Cewah! Ayat nak menang saja. But yeah, memang agak panas pada masa itu. Bagi graduan wanita, tawakal sajalah mereka takut make up yang dipakai mereka cair sebelum masuk ke dalam dewan. But, it was fun though! Bukan selalu pun dapat pengalaman macam ni. Berkumpul dengan rakan-rakan seperjuangan semula gelak ketawa bersama bagi ceria lagi suasana yang cukup panas itu. 

Pada awalnya, rasa macam konvokesyen ini tidaklah begitu penting dan jika tidak menghadirinya mungkin tiada sebarang masalah tapi…. Come on! Kita dah bersusah payah dalam hampir 3 tahun untuk menimba ilmu dan mengharungi segala cabaran yang mendatang, so this is it! Hari untuk kita meraikan kecemerlangan kita. Usaha kita selama hampir 3 tahun. Percayalah, bila anda sudah betul-betul berada disuasana sebagai graduan yang diraikan, anda pasti akan merasa diri dihargai. Baik daripada keluarga, rakan-rakan dan juga mereka yang mengenali anda. Dua hari dibanjiri dengan ucapan “Tahniah!” bukankah itu adalah suatu yang harus dibanggakan? For me, it is! 

Sedikit cerita tentang susah payahnya kami dalam hampir 3 tahun itu sebagai pelajar Seni Lukis dan Seni Reka (Art & Design);
Pada awalnya, kami sudah dilatih untuk lebih tabah dan kuat untuk menghadapi segala cabaran, dibanjiri dengan kerja kursus, kelas, melukis sana sini, perah otak untuk menghasilkan idea baru. Kadangkala sampai sehari tidak tidur demi menyiapkan segala tugasan. Suasana bilik? Semua sedia maklum. Memang tiada ruang yang bersih apabila dalam proses menyiapkan kerja kursus. Hasil kerja dibuang kerana tidak menepati ciri-ciri yang diinginkan, kami nangis luka parah dalam hati. Tapi, kami tetap berdiri dan terus berusaha walaupun adakalanya rasa macam ingin putus asa. Kami tetap tahan, penat lelah yang kami hadapi, susah senang yang kami rasai selama hampir 3 tahun kini dapat kami lihat hasilnya dan hasilnya cukup menggembirakan. Alhamdulillah!


Here are some of the photos.

SOME OF THE PHOTOS BEFORE ENTERING THE HALL


Muka bajet cool walaupun peluh dah jatuh membasahi badan. Bukan badan, tapi seluruh anggota badan.


Another full shot of me.


With these two boys. Sahabat seperjuangan ketika Diploma.


SOME PHOTOS OF US WHILE IN THE HALL


Woot!


SOME OF THE PHOTOS AFTER THE CEREMONY

Suasana ketika diluar dewan selepas selesainya majlis.




My beloved family. Thank you so much for coming on my day.

With the sisters, brother and nephews!
Thank you to Lutfi Surol for coming. Really appreciate it! 🙂

My crime partner, Ellyn. We shared a lot together. My bestfriend since my secondary school time. Thank you for coming and also to Jijot!
Alhamdulillah. Terima kasih terutamanya kepada keluarga yang banyak membantu dan beri sokongan. Susah payah mereka bakal aku bayar apabila aku berjaya nanti. Thanks to lecturers yang tidak pernah jemu dan selalu ikhlas untuk menurunkan ilmu yang mereka anda kepada anak anak buah mereka. I love you guys! Thanks to my dearest friends and everyone that involved through out my journey directly and indirectly. Thank you very much!
COMING SOON. PRE CONVO PHOTOS!
Stay tuned people! 

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *