Iftar ‘Citarasa Ramadan’ di The Zon, Kuala Lumpur
Selain beli secara berlebihan di pasar ramadan, buffet hotel juga antara salah satu faktor berlakunya pembaziran. Ye la, dah bayar mahal-mahal. Makan sikit je. Lagi teruk bila ambil makanan sebanyak yang mungkin tapi semua tak habis, terbazir dengan begitu sahaja.
Sejujurnya, aku bukanlah jenis yang makan banyak. Senang cerita rugi la kalau bawa aku berbuka secara buffet. Dengan ini, bagi mereka yang lagi prefer buffet yang ala kadar dengan harga yang tak terlampau mahal, dekorasi dan susunan hidangan yang straight forward, boleh la cuba The Zon Hotel Kuala Lumpur terletak beberapa mini sahaja dari Suria KLCC dan Avenue K.
Bertemakan ‘Citarasa Ramadan‘ tahun ini, The Zon Hotel Kuala Lumpur menghidangkan buffet ramadan mereka di Terracotta Restaurant. Suka aku gunakan pepatah “Don’t judge a book by its cover” untuk describe ramadan buffet di sini kerana secara jujur, dekorasi dan suasana di sini mungkin tak la semeriah dengan yang lain tapi menu-menu yang dihidangkan not bad. Some of them are my favourite. Nak tahu apa dia? Teruskan baca entri ini.
Menu Menarik
Makan nasi dan lauk tak akan complete tanpa semua ni. Sila pilih yang mana kegemaran korang.
7. Mini steamboat
Seafood/steamboat lovers, this is your space. Go ahead.
8. Pelbagai jenis kek dan kuih-muih tempatan
Kepada yang suka manis-manis tu, boleh cuba.
9. Bubur kacang
Nyum, bayangkan kalau ada durian pula. Mesti lagi, nyummy ah.
10. Cendol
DIY (Do It Yourself) cendol. Simple dan refreshing.
Harga
RM 89 (dewasa) dan RM 49 (kanak-kanak dan warga emas)
Promosi:
a. Para in-house guest boleh nikmati diskaun sebanyak 30%
b. Percuma 1 (SEORANG) bagi setiap tempahan untuk 9 orang
Buffet sahur:
RM30 (dari 3.30 pagi ke 5.30 pagi)
Tarikh dan Masa
Fasiliti
Lokasi
Alamat: 161-D Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
GPS: 3.158723, 101.717056
Hubungi
Telefon: 03-21648000 (sambungan 3115/3118)
E-mel: fb@zonhotel.com.my
Website: www.zonhotel.com.my
Mieza S
terbaca di siang hari pulak -_-
Busyra Takiyudin
ternampak kek tu pun dah gluppp.. hehehehe
kakitravelkhairuddin.blogspot.com
nice sharing
Unknown
Sebab semua lauk-lauk kampung.Nampak macam sedap. ?
Mazni Munawar
nampak sedap kek tu :9