Atas rezeki yang diberikan, aku berpeluang untuk melawat ke beberapa tempat di Jepun termasuklah Tokyo, Osaka, Kyoto dan Hokkaido through multiple trips. I tell you what, one thing about Jepun ni kita memang tak akan pernah selesai dan bosan meneroka bandar-bandar di negara ini. Ada je benda baharu yang boleh dipelajari.
Selepas mencuba aplikasi Ikidane Nippon, berikut merupakan beberapa perkara menarik tentang aplikasi ni:
Panduan melawat tempat-tempat menarik
Ia menyenaraikan beberapa panduan seperti tempat makan, spot hiburan, event, spot beli-belah serta sightseeing. Kita tahu bahawa nak buat research online melalui beberapa sumber maklumat ni interesting but complicated dan boleh memakan masa yang agak lama. Dengan adanya aplikasi seperti ini, semestinya proses perancangan anda lebih mudah.
Biasanya aku suka baca artikel tentang tempat tersebut sebelum ke sana. Ia dapat beri aku idea tentang apa nak expect dan sedikit cerita latar belakang tentang tempat tersebut. Sekurang-kurangnya kita ada idea la tentang apa yang kita nampak. Betul tak?
Cara-cara:
1. Buka aplikasi Ikidane Nippon (iOS / Android)
2. Cari bahagian ‘Popular Areas‘.
3. Klik tempat yang anda berminat. Ada Tokyo, Kyoto, Osaka, Hokkaido, Chiba dan banyak lagi.
4. Pilih kategori yang anda nak explore seperti Eat, Entertainment, Events, Shopping. Sightseeing dan How-to.
Tawaran Kupon Diskaun
Bagi mereka yang suka beli-belah, anda boleh gunakan beberapa kupon diskaun yang ditawarkan melalui aplikasi ini. Ada macam-macam jenama Jepun yang anda boleh beli dan nikmati diskaun seperti Matsumoto Kiyoshi (diskaun sehingga 13%), Joshin (diskaun sehingga 16%), BIC CAMERA (diskaun sehingga 14% untuk barangan elektrik dan 13% untuk ubatan atau kosmetik) serta banyak lagi.
Cara-cara:
1. Buka aplikasi Ikidane Nippon (iOS / Android)
2. Klik butang ‘Coupon‘.
3. Pilih jenama dan klik pakej diskaun yang anda nak.
4. Klik butang ‘Use Coupon‘ dan guna barcode yang diberikan.
Perkongsian Artikel Menarik
Semua pendapat adalah milik penulis sepenuhnya.
lama dah teringin nak pergi japan nie, entah bila ada peluang 😀
kalau ada peluang nanti boleh la check app nie :3